15 RENCANA
MAC 2022
jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan dalam kalangan lelaki. Ini kerana kedudukan wanita dalam barisan kepimpinan koperasi harus diberi perhatian yang serius. Jika sesebuah koperasi bergerak mengikut prinsip, falsafah dan nilai koperasi, maka kehendak serta keperluan koperator wanita harus di penuhi kerana mereka adalah sebahagian daripada koperasi. Namun, kaum wanita juga tidak boleh menunding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana mereka sendiri perlu sedar dan mempunyai semangat waja untuk memperkasakan diri mereka. Kedudukan dan nasib mereka tidak akan berubah jika mereka sendiri tidak mengubahnya. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat kementerian mahupun agensi dalam memastikan koperator-koperator wanita terus berdaya saing dan maju dalam ekonomi dan sosial. Sektor koperasi memainkan peranan penting kerana ia adalah ejen dan pemangkin kepada pembangunan usahawan terutama bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana yang mana mereka boleh mengumpul dana secara bersama membabitkan anggota. Koperasi juga dilihat sebagai instrumen utama untuk melonjakkan keusahawanan terutamanya dalam kalangan koperasi wanita. Maka, aktiviti berkoperasi dalam kalangan wanita merupakan platform yang berkesan dalam usaha mendekatkan wanita dalam gerakan koperasi dan sekali gus memberi kesedaran kepada golongan tersebut bahawa banyak peluang kerjaya boleh diwujudkan menerusi koperasi. Selain itu, pendekatan memperkasakan koperasi wanita menerusi berkoperasi merupakan jentera ekonomi yang terbaik dalam mewujudkan keseimbangan pengagihan kekayaan ekonomi negara secara saksama. Dalam memperkasakan gerakan koperasi untuk pertumbuhan sosioekonomi yang inklusif dan lestari, maka koperasi wanita perlu merangsang pembangunan yang lebih inovatif, kompetetif dan lebih bedaya tahan. Ini juga dapat diperkukuhkan lagi menerusi perkara berikut: 1. Pembudayaan dan kesedaran berkoperasi dalam kalangan wanita di Malaysia Penglibatan wanita dalam gerakan koperasi di Malaysia masih lagi rendah dan kebanyakkan pemimpin yang memegang jawatan pengurusan dan pentadbiran terdiri dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas. Penglibatan lebih ramai generasi muda dalam koperasi wanita terutama golongan belia serta graduan malahan siswazah untuk turut sama menggembleng idea dan tenaga bagi memperkasakan gerakan koperasi kerana golongan ini adalah pelapis dalam memacu pembangunan sosioekonomi negara. Justeru, usaha-usaha promosi haruslah dilaksanakan untuk mengkomersialkan falsafah dan kelebihan berkoperasi dalam kalangan belia wanita di Malaysia. Peranan ini boleh dimainkan oleh pihak koperasi sendiri dan pemegang taruh melalui program pembudayaan dan kesedaran
yang untuk golongan belia dan wanita di Malaysia. Melalui usaha ini akan dapat membantu meningkatkan penglibatan dan sokongan wanita dalam koperasi yang dianggotai. dilaksanakan khusus 2. Penglibatan koperasi wanita dalam aktiviti- aktiviti perniagaan bernilai tambah Koperasi wanita perlu mengorak langkah untuk menceburi sektor dan aktiviti perniagaan yang bernilai tambah untuk lebih kekal kompetitif dalam perniagaan masa kini. Penglibatan koperasi wanita pada ketika ini kebanyakannya lebih cenderung terlibat dalam sektor pemborongan peruncitan, sektor kesihatan dan penjagaan diri, haruslah dikembangkan lagi kepada sektor-sektor perniagaan yang lain. Maka, kajian pasaran haruslah dibuat oleh koperasi sebelum menceburi sesuatu bidang perniagaan. Ini bertujuan untuk memastikan koperasi terlibat dalam perniagaan yang signifikan menyumbang kepada ekonomi dan sosial anggota mereka serta ekonomi negara. Bagi meningkatkan perolehan, sudah tiba masanya koperasi wanita bergerak ke hadapan terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berdaya saing untuk menyumbang kepada prestasi tahunan perniagaan. 3. Sokongan Perniagaan Koperasi Kebanyakan koperasi wanita di Malaysia, menghadapi kekangan khususnya dari aspek modal dan pemasaran produk serta perkhidmatan Justeru, pelbagai bentuk bantuan kewangan diperlukan seperti pembiayaan modal pusingan, geran dan sokongan pemasaran haruslah diperluaskan lagi bagi membantu meningkatkan kapasiti dan keupayaan mereka. Tidak dinafikan, koperasi wanita juga turut terjejas dengan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Mereka kembali mencari kekuatan serta peluang bagi menstabilkan semula ekonomi keluarga yang terjejas. Ini adalah kerana ada segelintir mereka yang kehilangan pekerjaan sudah semestinya memberi lebih banyak tekanan untuk lebih berusaha mempelbagaikan cara bagi menjana pendapatan. Bagi menjamin kelangsungan perniagaan, koperasi wanita sepanjang berhadapan dengan pandemik ini, pembiayaan kewangan sememangnya amat diperlukan bagi menampung kos kerugian akibat tidak dapat membukaataumenjalankan perniagaan. Ini merupakan usaha ke arah pemulihan perniagaan koperasi. Di samping itu, sokongan perniagaan lain yang diperlukan adalah seperti memulakan aktiviti perniagaan baharu, maklumat atas talian, bantuan fasiliti, kebenaran beroperasi, pemantauan dan bantuan geran. 4. Pemerkasaan Modal Insan Dalam keadaan dan suasana persaingan perniagaan yang semakin mencabar, koperasi wanita harus bersiap sedia untuk memantapkan diri sebagai pemimpin wanita yang berkebolehan, mempunyai visi dan misi yang jelas, serta nilai-nilai positif dalam menangani
cabaran baharu. Para koperator wanita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan perubahan persekitaran. Justeru, perubahan gaya hidup dan peranan yang dipegang oleh wanita ini memerlukan pendidikan sepanjang hayat. Pembangunan modal insan melalui latihan seharusnya diperkasakan dengan mengikuti kursus atau program pengurusan perniagaandan pemasaran, kursus perniagaan atas talian dan kursus perakaunan dan kewangan yang perlu diberikan keutamaan. Koperasi wanita juga perlu berani mengambil peluang melakukan perubahan serta melonjakkan ekonomi digital di tengah-tengah situasi pandemik agar gerakan koperasi tidak ketinggalan dalam arus perdana ekonomi negara. Bagi membudayakan penggunaan teknologi masa kini, para koperator wanita juga haruslah mempelajari dan mengguasai penggunaan teknologi melalui kursus dalam talian atau digital contohnya kursus pemasaran dan perniagaan digital. Pemasaran digital adalah norma baharu perniagaan bagi menjangkau pelanggan berpotensi, bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia. Hakikatnya, pandemik COVID-19 menyedarkan kita betapa pentingnya ekosistem digital untuk mencegah kejatuhan perniagaan seterusnya ekonomi negara. Kesimpulannya, koperasi wanita harus keluar daripada kepompong keselesaan dalam aktiviti perniagaan tradisional dan berani melakukan perubahan dengan menceburi bidang perniagaan yang lebih mencabar serta sentiasa kompetitif dalam merebut peluang yang disediakan untuk menjadi kekal relevan dan berdaya saing. Koperasi wanita perlu bersiap sedia memantapkan diri untuk menerajui gerakan koperasi agar dapat memastikan peningkatan dalam penglibatan koperator wanita dalam peringkat kepimpinan koperasi mahupun pembuat keputusan. Pemerkasaan koperasi wanita sebagai wadah pembangunan ekonomi dan masyarakat harus dipandang serius agar dapat membentuk koperator wanita yang dinamik, mempunyai daya kreativiti serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap koperasi agar penglibatan mereka bermakna dan memberi impak dalam gerakan koperasi. Rujukan 1) Dasar Keusahawanan Malaysia 2030, Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP). 2) Jabatan Perangkaan Malaysia (2021). Perangkaan Penduduk Malaysia. Dicapai daripada https:// www.dosm. gov.my/ 3) Jabatan Perangkaan Malaysia (April, 2021). 4) Laporan Statistik Pemerkasaan Wanita dalam Domain Terpilih 2020. 5) Kajian Isu dan Cabaran Koperasi Wanita di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), 2020 6) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (2021). Statistik. Perangkaan Tahunan Gerakan Koperasi. https://www.skm.gov.my/
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease