18 ANGKASA
MAC 2022
PENAMATAN USAHA SAMA ANTARA MYANGKASA HOLDINGS SDN BHD DAN MYKHAIRAT MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
MyANGKASA Holdings Sdn Bhd (MHSB) telah menamatkan usaha sama dengan syarikat MyKhairat Management Sdn Bhd yang beralamat di No. 3-1, 1st Floor, Street Wing, Sunsuria Avenue, Persiaran Mahogani, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, bagi kerjasama perniagaan jenama MyANGKASA Mukmin. Notis penamatan ini berkuatkuasa pada 14 Mac 2021. Sehubungan itu, MHSB tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang pelaksanaan aktiviti perniagaan dan tuntutan di bawah jenama MyANGKASA Mukmin selepas tarikh penamatan di atas. Penggunaan nama dan logo MyANGKASA sebagai tanda niaga dan jenama produk juga tidak boleh digunakan berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Sekian, dimaklumkan. MyANGKASA Holdings Sdn Bhd 22 Mac 2022 PENANGGUHAN DAN PEMBATALAN POLISI PROGRAM EMAS MYANGKASA EMAS MEDICARE SDN BHD
MyANGKASA Emas Medicare Sdn Bhd telah menangguhkan Program Emas (Insurans perubatan) dan juga membatalkan polisi tahun kedua dan seterusnya mulai dari 15 Julai 2021. Makluman tambahan mengenai pembatalan dan penangguhan ini seperti berikut: a. Program Emas (insurans perubatan) ditangguhkan. b. Polisi untuk tahun pertama yang masih aktif akan diteruskan hingga tarikh luput tetapi tidak akan disambung untuk tahun berikutnya. c. Pelanggan boleh membuat tuntutan bayaran yuran bagi polisi yang dibatalkan. d. MyANGKASA Emas Medicare telah memberikan notis kepada pemegang polisi yang terlibat dengan pengembalian yuran keahlian. e. Notis telah diberikan kepada ahli Program Emas bermula pada 15 Julai 2021 melalui e-mel yang didaftarkan. f. Sebarang pertanyaan, pelanggan boleh hubungi talian 012-7128150 atau customerservice@myangkasaemasmedicare.com.my . Sehubungan itu, MHSB tidak akan bertanggungjawab dalam sebarang pelaksanaan aktiviti perniagaan dan tuntutan di bawah jenama MyANGKASA Emas Medicare di bawah Program Emas selepas tarikh penamatan di atas. Penggunaan nama dan logo MyANGKASA sebagai tanda niaga dan jenama produk juga tidak boleh digunakan berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Sekian, dimaklumkan. MyANGKASA Holdings Sdn Bhd 22 Mac 2022
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease