WADAH PELANCAR EDISI MAC 2022

4

Sepakat Pastikan Koperasi Kariah Masjid Terus Maju

Kesepakatan dalam memastikan kelancaran tadbir urus koperasi kariah masjid (KKM) sangat perlu bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan sekali gus mampu menyumbang lebih banyak kejayaan. semua pihak Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar berkata, antara cabaran yang perlu diatasi oleh kepimpinan KKM adalah untuk memastikan koperasi terus kekal berdaya saing dan berkembang maju. Katanya, usaha itu memerlukan sokongan dan komitmen daripada segenap pihak termasuk jawatankuasa masjid dan kariah setempat. Hal tersebut penting kerana sekiranya berlaku percanggahan pendapat dan perancangan, sudah pasti pengurusan koperasi akan menjadi lebih sukar dan akhirnya gagal mencapai matlamat seperti yang dirancang. Justeru, beliau mahu supaya semua

anggota kariah diberi makluman dan pemahaman awal mengenai fungsi dan tanggungjawab serta matlamat yang mahu dicapai oleh KKM. Di samping itu, Tan Sri Noh juga turut mengalu-alukan penglibatan secara langsung oleh kariah setempat dalam aktiviti koperasi bagi memupuk nilai-nilai kebersamaan selaras dengan prinsip yang diperjuangkan oleh koperasi. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga 30 Jun 2021, sejumlah 462 buah KKM telah didaftarkan dengan keanggotaan seramai 38,000 orang dan jumlah aset melebihi RM29 juta. Beliau yang hadir bagi meraikan peserta persidangan dalam satu majlis makan malam turut diiringi Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato' Suriani Dato' Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak.

Menteri KUSKOP, Tan Sri Noh Omar.

Bergerak Secara Proaktif dan Bersepadu

Fungsi kariah masjid (KKM) sebagai tempat penyatuan dan pembangunan ekonomi ummah perlu diperkasa dan digerakkan koperasi secara lebih proaktif dan bersepadu. Perkara tersebut penting bagi memastikan peranan yang dijalankan oleh koperasi terus diterima dan disokong oleh kariah setempat. Timbalan Menteri KUSKOP, YB Datuk Muslimin Yahaya sewaktu berucap pada majlis penutup persidangan berkata, dalam usaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pada masa yang sama mahu menangani kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat, KKM dilihat mampu memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat. “Jika semua koperasi kariah masjid dapat bergerak secara proaktif dan bersepadu, sudah pasti setiap anggotanya akan menerima manfaat dan peningkatan dari segi taraf

sosioekonomi. Impak tersebut sangat besar kepada ekonomi ummah dan negara termasuklah pulangan kepada institusi masjid itu sendiri," jelas beliau. Menurut beliau, pemilihan tema persidangan iaitu ‘Koperasi Kariah Masjid Pemangkin Pembangunan Ekonomi Um- mah’ juga sebenarnya berkait rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh institusi masjid dan KKM dalam memperkasakan ummah dan bagaimana kedua-dua institusi ini perlu berkolaborasi dalam mencapai matlamat peningkatan sosioekonomi kariah mereka. Datuk Muslimin juga berharap agar kerjasama dan kesefahaman yang terjalin akan terus kukuh. Hal tersebut bagi memastikan tahap penyampaian dan tadbir urus KKM dapat diurus secara bertanggungjawab, telus dan kekal relevan serta menjadi wadah transformasi pembangunan ekonomi ummah.

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Muslimin Yahaya.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease