WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

MEI 2022 JILID: WP04 /5

ANGKASACoop

www.angkasa.coop

RM1.00

Bantu Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran Koperasi Skim Pembiayaan Agromakanan oleh BNM

Sesi bergambar Tan Sri Noh Omar (duduk tengah) bersama barisan Anggota Lembaga ANGKASA dan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA. Turut sama ialah Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh (duduk lima dari kanan) dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron (duduk empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh (duduk paling kanan).

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

meningkatkan kapasiti pengeluaran agromakanan negara. Menurut beliau, inisiatif pembiayaan tersebut bertujuan untuk membantu mengurangkan masalah kenaikan harga barang serta memperbanyakkan lagi pengeluaran berasaskan agromakanan di negara ini. Katanya, sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi tujuan tersebut dan koperasi daripada sektor berkaitan perlu mengambil peluang tersebut bagi membantu meningkatkan lagi kapasiti modal sekali gus meningkatkan sumber pengeluaran dan perolehan koperasi.

Selain aktiviti penghasilan produk makanan, koperasi yang menjalankan projek ternakan seperti ternakan ayam, kambing dan lembu juga digalakkan supaya memohon dana tersebut bagi mengembangkan lagi sektor pengeluaran. Tan Sri Noh berkata demikian kepada media sewaktu menghadiri Majlis Rumah Terbuka ANGKASA Sempena Aidilfitri 2022 di perkarangan Ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 31 Mei 2022. Kehadiran beliau di majlis tersebut turut diiringi isterinya, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh. BERSAMBUNG DI MUKA 2

Kerajaan sedia membantu koperasi untuk mendapatkan pembiayaan menerusi dana agromakanan yang kini sedang ditawarkan melalui Bank Negara Malaysia (BNM). Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar berkata, objektif pembiayaan oleh BNM itu bertujuan untuk menyediakan akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan koperasi untuk

2 ANGKASA

MEI 2022

Tan Sri Noh menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim PJDS dan Hajah Kamariah.

Timbalan Menteri KUSKOP Datuk Muslimin Yahaya turut hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka ANGKASA.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis Rumah Terbuka ANGKASA Sempena Aidilfitri 2022 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih dua ribu tetamu jemputan termasuk barisan Anggota Lembaga ANGKASA, Anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA, wakil daripada agensi kerajaan dan koperasi. DARI MUKA 1

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KUSKOP, YB Datuk Muslimin Yahaya; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid; Pengerusi IKMa, Datuk Wira Rosli Mat Hassan; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Haji Zazali Haron dan Timbalannya, Encik Rusli Jaafar.

Sebahagian tetamu yang hadir di Majlis Rumah Terbuka ANGKASA.

Sidang Pengarang

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang • Nor Azah Abd. Aziz • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pruf Dan Rekaletak • Haji Anuar Ismail • Datin Hajah Fauziah Zainal

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dr. Mohd. Azlan Yahya • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Koperasi Pos Nasional Berhad Wisma KOPONAS 70-74, Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd. No. 21 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Muat Turun Aplikasi

Mudah Alih PELANCAR PERCUMA

• Nadiah Kamarudin • Rahmat Mohd. Did

• Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

3 ANGKASA

MEI 2022

Kerajaan Perlis Sedia Bantu Koperasi Usahakan Tanah Bagi Tujuan Pertanian

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi perlu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan berusaha secara lebih bersungguh-sungguh, demi memastikan hasil atau pulangan yang lebih terjamin selain dapat membantu meningkatkan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man berkata, koperasi berasaskan pertanian di Perlis mempunyai keupayaan untuk bergerak maju khususnya dalam pengurusan ladang. Menurut beliau, kerajaan negeri sedia membantu setiap usahawan tani termasuk koperasi dewasa yang berkelayakan untuk membangunkan tanah bagi tujuan pertanian. "Namun, amanah dan bantuan yang diberikan itu perlulah disahut dengan kesungguhan untuk menjayakannya dan jika tidak digembleng dengan baik termasuk aspek pemasaran, projek yang diusahakan pasti akan menemui kegagalan dan akhirnya akan menjejaskan masa depan koperasi itu sendiri,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika membincangkan peluang kolaborasi antara kerajaan negeri Perlis dan ANGKASA dalam sektor pertanian sewaktu menerima kunjungan hormat ANGKASA Perlis di Pejabat Menteri Besar di Kangar, Perlis pada 20 Mei 2022. Dato' Seri Azlan turut mencadangkan kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menjalankan projek tanaman

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah ketika sesi perbincangan bersama Dato’ Seri Azlan Man.

jagung bijian supaya berhubung terus dengan FGV Holdings Berhad yang bakal menjalankan projek sama di Chuping seluas 100 hektar. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi tersebut hadir bersama barisan Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari. Hadir sama ialah Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Sebagai rekod, statistik keanggotaan ANGKASA Negeri Perlis adalah sebanyak 188 buah koperasi dan 27 daripadanya merupakan koperasi berkaitan pertanian.

Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man bergambar bersama barisan delegasi ANGKASA.

Dari Meja Presiden

menerusi sumbangan dan kerjasama daripada pakar- pakar, menambah bilangan kedai atau pasaraya yang boleh mengambil dan menjual hasilan koperasi, dan memupuk kerjasama sesama koperasi untuk berkongsi kapasiti seperti pekerja, mesin dan peluang pasaran. Rantaian bekalan ( supply chain ) yang lebih menyeluruh juga boleh digerakkan secara bersama dengan sokongan agensi utama koperasi seperti SKM dan IKMa. Selain itu, langkah menginovasikan cabang ilmu perniagaan menerusi penganjuran konvensyen, bengkel dan seminar adalah antara kaedah terbaik bagi membantu meningkatkan mobiliti dan kualiti modal insan dalam kalangan anggota. Kita juga perlu mewujudkan pertalian yang lebih erat sesama koperasi agar koperasi saling mengenali dan saling membantu antara satu sama lain. Sudah tiba masanya untuk kita memastikan lebih banyak produk barangan asas keluaran koperasi berada di pasaran.

Situasi ekonomi yang masih tidak menentu di seluruh dunia telah mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan. Situasi ini pastinya akan memberi tekanan kepada masyarakat terutamanya golongan B40. Demi memastikan koperasi dapat berperanan sebagai wahana atau alat terbaik dalam membantu kerajaan tingkatkan taraf hidup masyarakat, sektor perniagaan koperasi perlulah memainkan peranan secara lebih komprehensif bagi memastikan peningkatan produktiviti yang secara tidak langsung mampu mengurangkan masalah kekurangan bekalan dan hasil jualan. Antara cadangan yang boleh disarankan adalah seperti meningkatkan prasarana teknologi seperti jentera dan mesin proses yang lebih moden, meningkatkan ilmu pengetahuan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

4 ANGKASA

MEI 2022

Perpustakaan IKMa Kini Dikenali sebagai Perpustakaan Tan Sri Noh Omar

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Perpustakaan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) secara rasminya telah diberi nama baharu iaitu Perpustakaan Tan Sri Noh Omar sebagai menghargai jasa dan bakti beliau yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada pembangunan gerakan koperasi negara. Perasmian nama baharu tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Haji Omar pada 26 Mei 2022 di ibu pejabat IKMa, Petaling Jaya. Majlis perasmian yang turut bersekali dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri IKMa turut diserikan dengan kehadiran isteri beliau, Puan Sri Prof. Datuk Dr. Aishah Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Dato' Mohammad Radhi Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron; Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan; Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor; Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA yang juga mantan Ketua Pengarah IKMa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Setiausaha Bahagian, Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil KUSKOP, Dr. Hajah Salmah Ishak. Perpustakaan Tan Sri Noh Omar yang sudah beroperasi lebih 30 tahun mempunyai lebih 30 ribu koleksi antaranya adalah buku, monograf, bahan terbitan bersiri seperti majalah, jurnal dan surat khabar serta laporan tahunan dan kertas kerja seminar. Perpustakaan tersebut juga menampilkan 'Technology Lab IR4.0' iaitu sebuah makmal digitalisasi yang berfungsi untuk membantu meningkatkan tahap kemahiran dan literasi warga koperasi terhadap teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noh turut menyerahkan surat kelulusan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) kepada Pengerusi Lembaga Pengarah IKMa, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan. Menurut beliau, Penubuhan UKKM sangat bertepatan dengan pencapaian gerakan koperasi negara yang akan mencapai usia genap 100 tahun penubuhannya pada 22 Julai nanti. UKKM yang dijangka mula beroperasi pada bulan September ini akan menerima kemasukan hingga 1,000 pelajar dan ibu pejabat IKMa yang lengkap dengan kemudahan seperti bilik kuliah, asrama dan dewan besar akan menjadi kampus pertama institut tersebut.

Tan Sri Noh menandatangani plak perasmian Perpustakaan Tan Sri Noh Omar.

Tan Sri Noh menyerahkan dokumen surat kelulusan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) kepada Datuk Wira (Dr.) Rosli.

Tan Sri Noh beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Perpustakaan Tan Sri Noh Omar menyediakan tempat duduk yang selesa dan santai untuk pengunjung.

Pintu masuk Perpustakaan Tan Sri Noh Omar. masuk Perpustakaan Tan Sri Noh Omar.

Pentas mini turut disediakan di dalam Perpustakaan Tan Sri Noh Omar untuk anjuran pelbagai program berbentuk santai.

Technology Lab IR4.0.

5 ANGKASA

MEI 2022

ANGKASA Perkasa Projek Penyelidikan Koperasi Ke Arah Memperkasakan Peranan AURA sebagai 'Pusat Kecemerlangan Koperasi'

Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Haji Rahim Abdul Rahman. Hadir mewakili UMK ialah Naib Canselor, Prof. Dr. Razli Che Razak; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimi Yusoff; Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business , Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pancasiswazah) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah; Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Dr. Noor Raihani Zainol. Menerusi mesyuarat tersebut, ANGKASA dan UMK akan memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan koperasi dan keusahawanan sosial secara lebih bersepadu melibatkan penyertaan lebih banyak pihak berkepentingan sejajar dengan Aspirasi Koperasi Malaysia.

Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada Prof. Dr. Razli.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Usaha ke arah memperkasakan hala tuju ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) akan terus digerakkan menerusi jawatankuasa pelaksana yang dilantik. Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, bagi meningkatkan lagi peranan AURA sebagai 'Pusat Kecemerlangan Koperasi', ANGKASA bersetuju untuk memperkasakan lebih banyak projek penyelidikan berkaitan pembangunan keusahawanan koperasi termasuklah mengadakan program latihan industri dan penganjuran program-program keusahawanan seperti webinar, bengkel dan kursus mengikut sektor perniagaan masing-masing. Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat

Sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ANGKASA- AURA

Jawatankuasa Pemandu ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Bil. 1/2022 Kali Ke-2 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 12 Mei 2022. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Setiausaha

6

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Dr. Mohd Azlan Kekal Teraju Kepimpinan ANGKASA

Dari kiri ialah Puan Suzana Alias; Dr. Hajah Salmah Ishak; Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Mohd Azlan Yahya; Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Dato' Haji Kamarudin Ismail; Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) yang berlangsung pada 28 Mei 2022 telah memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneruskan peranannya sebagai Presiden ANGKASA dan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co operative Organization (ACO) dan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) bertanding mewakili Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad, Pahang III (Barat) manakala Dr. Mohd Azlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengguna ICA- AP mewakili Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad, Kedah. Pemilihan tersebut dibuat menerusi penganjuran MAPA 2022 secara maya menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing. MAPA 2022 yang dijalankan secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya menerima penyertaan seramai 1,651 perwakilan berdaftar daripada 1,449 buah koperasi Ahli ANGKASA dari seluruh negara. Mesyuarat turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Encik Cik Soh @ Mohd Shaharudin Ismail. Terdahulu, dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, beliau menyatakan bahawa ANGKASA akan terus memperkasakan peranannya di peringkat global melalui usaha memperkukuh model koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid (KKM) di negara ASEAN. Menurutnya, inisiatif pemerkasaan kedua-dua model tersebut bertujuan untuk meluaskan jaringan perniagaan dua hala antara negara, di samping memperkenalkan kejayaan konsep koperasi sekolah dan KKM di mata dunia selaras dengan hasrat ANGKASA yang mahu mengambil peluang meneroka pasaran ASEAN dengan mengetengahkan produk

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan Ucapan Perasmian MAPA 2022.

Petugas menyantuni Jurucakap Negeri MAPA 2022.

7

Sebahagian perwakilan yang mengikuti MAPA 2022 secara dalam talian.

Setiausaha Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha berbincang dengan Pengerusi MAPA, Haji Mohamad Noor Mohamad. Turut sama ialah Timbalan Pengerusi MAPA, Datuk Haji Haron Haji Abdullah.

dan perkhidmatan ini, memandangkan pasaran pemasarannya yang cukup meluas. “Sebagai contoh, trend global membabitkan ekonomi halal menerusi penggunaan perkhidmatan dan barangan halal dijangka mencecah AS$2.4 trilion menjelang 2024 dan ini adalah peluang terbaik untuk mempromosikan KKM di negara luar. “Selain itu, dengan jumlah penduduk negara ASEAN yang mencecah 661.8 juta orang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN sebanyak USD3 trilion membuktikan peluang pemasaran yang cukup besar sekiranya dimanfaatkan oleh gerakan koperasi negara ini,” katanya. Tambah Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, ANGKASA juga mengambil peranan bersama-sama kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan meneroka bidang berasaskan bekalan makanan menerusi permintaan bekalan ayam melalui penglibatan koperasi sebagai pembekal jagung bijian. “Pengurangan kebergantungan kepada import jagung bijian ini dilihat dapat membantu pembekal dan juga pihak kerajaan mengurangkan harga dedak ayam sekali gus menjadi penyelesaian kepada kenaikan harga ayam pada masa kini,” katanya. MAPA 2022 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA), Haji Mohamad Noor Mohamad dan dibantu oleh Timbalan Pengerusinya, Datuk Haji Haron Haji Abdullah seterusnya dimulakan dengan Mengesahkan Minit MAPA Ke-35 pada 13 November 2021. Sebanyak 12 agenda MAPA 2022 dibentangkan pada mesyuarat kali ini termasuk menimbang Laporan Lembaga ANGKASA dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman Dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021; menimbang dan meluluskan Penyata Kewangan ANGKASA, Penyata Kewangan Subsidiari dan Penyata Kewangan Yayasan ANGKASA bagi Tahun Berkhir 31 Disember 2021 Beserta Laporan Juruaudit Luar. Mesyuarat turut menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan ANGKASA, Anggaran Modal Aset dan Anggaran Elaun Anggota Lembaga dan JAD

ANGKASA Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024;

Petugas Meja Bantuan (Help Desk) ANGKASA bersedia melayani pertanyaan perwakilan bagi memastikan kelancaran MAPA 2022.

Proses pengundian berjalan dengan lancar bermula kira-kira pada jam 11.48 pagi. Audit Luar Firma Salihin diberi tanggungjawab dalam proses pengundian dan dibantu barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA bagi memastikan ketelusan keputusan pengundian sepanjang MAPA 2022 berlangsung. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Dr. Hajah Salmah Ishak (Wakil KUSKOP) dan Puan Suzana Alias (Wakil MOF); barisan anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK); barisan anggota JAD ANGKASA yang diketuai Pengerusinya, Haji Zaharuddin Alias; barisan Jurucakap Negeri; barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

menimbang dan meluluskan Anggaran Cadangan Elaun kepada Anggota Lembaga yang dilantik sebagai Pengarah Subsidiari dan Yayasan ANGKASA 2024; menimbang dan meluluskan Rancangan Perniagaan ANGKASA serta mendengar dan memutuskan usul daripada Lembaga ANGKASA dan usul negeri yang diterima serta menimbang Cadangan Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) ANGKASA. Mesyuarat pada tahun ini berjalan dengan lancar dengan penyertaan seramai 29 Jurucakap Negeri mengambil bahagian membentangkan usul negeri masing-masing mengikut tertib dan etika yang ditetapkan. MAPA 2022 turut menyaksikan pengundian secara digital bagi melantik seorang Presiden, seorang Anggota Lembaga; memilih enam orang daripada Perwakilan Negeri dan empat orang daripada Lembaga ANGKASA sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit Mesyuarat Agung Perwakilan dan mengesahkan Pelantikan Lembaga mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Wakil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Keputusan Pemilihan Enam Perwakilan Negeri Sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Draf Minit MAPA: 1. Puan Norizah Haji Abdullah

2. Haji Asruddin Haji Abas 3. Prof. Dr. Razali Hassan 4. Encik Abdul Kadir Jailani Ismail 5. Haji Alimen Ahmad 6. Encik Ahmad Masri Abdul Rasid

8 ANGKASA

MEI 2022

Projek Pemerkasaan Perniagaan Koperasi Jurucakap Beri Sokongan kepada Cadangan ANGKASA

Oleh NOR AZAH ABD. AZIZ

selewat-lewatnya pada Jun 2022. BA100 juga dalam proses mewujudkan jenama BA100 terutamanya barang-barang keperluan asas dan produk lain yang boleh memberi keuntungan lebih tinggi. Menyentuh mengenai Rancangan Perniagaan ANGKASA, jurucakap dari Pulau Pinang mencadangkan supaya diwujudkan usahasama projek penanaman buah melon antara koperasi di negeri Pulau Pinang. Katanya, bagi merealisasikan projek tersebut, enam buah rumah hijau termasuk pusat penyimpanan sementara diperlukan dengan penglibatan sebanyak 10 buah koperasi. Merujuk kepada cadangan projek-projek pembangunan perniagaan (inkubator), ANGKASA telah bersetuju untuk memilih tanaman kenaf sebagai menyokong permintaan daripada pihak Kementerian Perladangan

terhadap mana-mana koperasi yang berpotensi dan berdaya maju untuk menjalankan projek tanaman tersebut. Sementara itu, jurucakap Perak telah mengusulkan supaya mewujudkan laman web atau aplikasi pembelian barangan dalam talian bagi membolehkan koperasi mendapatkan pembekal barangan dengan mudah dan murah. Jurucakap dari Johor pula mengusulkan agar ANGKASA memohon atau memperuntukkan lokasi sebagai pusat latihan untuk koperasi yang terlibat dalam industri agro, IKS dan pelancongan.

Seramai 29 Jurucakap Negeri yang mewakili 16 ANGKASA Negeri yang dipilih dalam Mesyuarat ANGKASA Negeri telah memberi sokongan terhadap projek-projek yang akan dilaksanakan oleh ANGKASA bagi memperkasakan perniagaan koperasi. Usaha bagi memperkukuh serta memantapkan pengurusan sektor pemborongan dan peruncitan menjadi antara perkara yang dibahaskan. Unit Operasi dan Pembekalan kini sedang menjalinkan kerjasama lebih erat selain membentuk jaringan koperasi dan pembekal yang terlibat dengan Program BA100. Unit tersebut juga sedang dalam perancangan untuk mewujudkan pusat pengedaran (DC) dan sub DC di setiap zon dan negeri bagi memastikan harga jualan lebih kompetitif. Perkara tersebut adalah bagi menjawab usul yang diketengahkan oleh jurucakap Pahang 1 (Timur) yang mencadangkan supaya Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA mempercepat proses mewujudkan DC. Terkini, terdapat dua buah DC iaitu di Lembah Klang manakala DC di Pulau Pinang akan mula beroperasi

dan Komoditi yang memohon bantuan koperasi agar turut mengusahakan tanaman tersebut. Menerusinya, sebuah kajian khusus akan dilakukan

Jurucakap dari Koperasi KV Nibong Tebal, Pulau Pinang Berhad, Haji Nazhar Kader Bawa.

Jurucakap dari Koperasi Pekebun Kecil Daerah Muar Berhad Negeri Johor, Hajah Soofiah Bahanan.

Sebahagian daripada barisan jurucakap MAPA.

15. 16.

Encik Abdul Jabar Zakaria

Pahang III (Barat) Pahang III (Barat)

BIL.

SENARAI JURUCAKAP

NEGERI

1.

Encik Mohd Fadzil Abdul Ghani

Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan

Encik Badrul Hisham Hanafiah Encik Mohamed Shafie Abd. Karim

2. 3. 4. 5. 6.

Haji Idris Haji Ismail

17.

Perak Perak Perlis Perlis

Haji Paridul Talib

Johor Johor Kedah Kedah

18. 19.

Encik Khirul Azwan Tahrin

Hajah Soofiah Bahanan

Encik Bashir Saad

Haji Aarif Abdullah

20. Haji Saad Seman

Encik Wan Norshahid Zainol Encik Mohamad Zawawi Yakub

21. 22.

Encik Aidi Roslan Khalim Haji Nazhar Kader Bawa

Pulau Pinag Pulau Pinang

7.

Kelantan Kelantan

8. 9.

Encik Noor Awang Hamat Haji Abdul Halim Osman

23. Puan Subiah Laten

Sabah Sabah

Melaka Melaka

24. Encik Eddy Berhan @ Birhan Ruslan

10.

Puan Masura Ahmad

25. Encik Fathi Hambali

Sarawak Selangor Selangor

11.

Encik Shahruddin Dollah

Negeri Sembilan

26. Puan Azlina Emam Buhari

27.

Encik Mohamad Khairi Ridwan Ideris

12. Puan Sharifah Norhayati Syed Abdul Kadir Pahang I (Timur) 13. Encik Mohd Nasri Mat Akhir Pahang I (Timur) 14. Haji Mat Isa Abd Rashid Pahang II (Tengah)

28. Haji Ismail Muda

Terengganu Terengganu

29. Dato' Hashim Mamat

10

Johor

Sarawak

Majlis Jamuan Hari Raya ANGKASA Negeri Johor 2022 diadakan pada 16 Mei 2022 di Pejabat ANGKASA Negeri Johor, Johor Bahru.

Negeri Sembilan

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Koperator Ahli ANGKASA Sarawak anjuran ANGKASA Negeri Sarawak yang berlangsung di Hotel Kingswood Mukah pada 15 Mei 2022.

Terengganu

Majlis Ceria Mesra Raya Gerakan Koperasi Negeri Sembilan anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan dan ANGKASA berlangsung di Paroi, Seremban pada 17 Mei 2022.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Terengganu pada 17 Mei 2022 di Pejabat ANGKASA Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu.

Pahang Timur

Perak

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Majlis Sanjungan Budi dan Lambaian Kasih Mantan Anggota JPAN Pahang (Timur) di Ballroom Kimstone Timur pada 19 Mei 2022.

Program Tautan Kasih dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Gerakan Koperasi Negeri Perak anjuran bersama SKM, IKMa dan ANGKASA berlangsung di Kuala Kangsar pada 19 Mei 2022.

Kedah

Pahang Barat

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Pahang Barat di Pejabat ANGKASA Negeri Pahang (Barat), Bentong pada 17 Mei 2022.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Kedah di MyANGKASA Akademi & Resort, Langkawi pada 21 Mei 2022.

11

Wilayah Persekutuan

Perlis

Majlis Hari Raya JPAN Wilayah Persekutuan berlangsung di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT) Kem Genting Klang, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2022.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran ANGKASA Negeri Perlis, di pejabat PAN Perlis di Kangar, pada 25 Mei 2022.

Selangor

Sabah

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Selangor diadakan ketika dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Pusat bertempat di gelanggang petanq Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 31 Mei 2022.

Majlis Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Sabah 2022 yang diadakan di Hotel Horizon Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Mei 2022.

Melaka

Kelantan

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Kelantan pada 18 Mei 2022 bertempat di Bilik Seminar Pejabat ANGKASA Negeri Kelantan.

Majlis Hari Raya Keluarga Koperasi Negeri Melaka anjuran bersama ANGKASA Negeri Melaka dan SKM Negeri Melaka pada 20 Mei 2022 di Klebang, Melaka.

Pulau Pinang

Pahang Tengah

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA Negeri Pahang Tengah pada 12 Mei 2022 bertempat di Dewan Seminar, Pejabat ANGKASA Negeri Pahang (Tengah).

Majlis Sambutan Aidilfitri Serta Pelancaran Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 26 Mei 2022 di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

12 ANGKASA

MEI 2022

Program Padanan Perniagaan Bantu Majukan Perniagaan Koperasi

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Program padanan perniagaan dan kolaborasi strategik koperasi dilihat sebagai salah satu platform terbaik bagi menjalinkan kerjasama strategik perniagaan bersama pemain industri. Ia juga dilihat sebagai salah satu langkah yang baik oleh koperasi dalam usaha memajukan perniagaan dan meningkatkan pendapatan koperasi. Demikian menurut Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Haji Ahmad Dauta sewaktu berucap merasmikan Program Padanan Perniagaan Koperasi, Pelancaran Promosi Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia Dan Majlis Mesra Ceria Raya Gerakan Koperasi Negeri Sembilan pada 17 Mei 2022 di Seremban. Katanya, program padanan perniagaan koperasi diadakan sebagai salah satu usaha SKM menyokong langkah proaktif koperasi yang berusaha mengembangkan perniagaan koperasi dengan mengadakan kolaborasi strategik dan padan niaga bersama pihak-pihak lain untuk tujuan pembangunan gerakan koperasi. Antara padanan perniagaan yang diadakan bagi peringkat Negeri Sembilan adalah Projek Pengeluar dan Pengedaran Beras Putih di antara Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad dan MHMT Holdings (M) Sdn. Bhd. Padanan perniagaan yang seterusnya adalah Projek Penyedia Latihan Asas Retort Koperasi. Program ini melibatkan usahasama Koperasi Keluarga Raja Samah Negeri Sembilan Berhad Tiga Batu Holdings Sdn. Bhd. Di samping itu, kolaborasi strategik antara koperasi Negeri Sembilan dengan ANGKASA bagi sektor pemborongan dan peruncitan juga turut terlibat dalam program tersebut. Antara koperasi yang terlibat adalah Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Gugusan Bayai Jempol Berhad, Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad , Koperasi Kariah Masjid Bandar Spring Hill Port Dickson, Koperasi Keluarga Haji Mohd

Puan Siti Azlin melekatkan logo rasmi 100 Tahun Koperasi Malaysia di kenderaan koperasi sebagai gimik pelancaran mempromosikan sambutan tersebut kepada masyarakat di Negeri Sembilan.

Yatim Tampin Berhad, Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad dan Koperasi Kaum Wanita Seri Sendayan Seremban Berhad. “Saya berharap dengan adanya program ini dapat membantu koperasi dalam peningkatan pendapatan seterusnya sebagai langkah menaikkan imej gerakan koperasi khususnya di Negeri Sembilan. Ia juga memberi gambaran yang tepat pada Kerajaan dan masyarakat awam bahawa gerakan koperasi sememangnya relevan dan dapat membantu masyarakat dalam menangani kos sara hidup,” ujar beliau. Puan Siti Azlin juga turut menyatakan keyakinan bahawa peranan dan sumbangan yang diberikan oleh koperasi adalah amat besar selain percaya gerakan koperasi akan terus kukuh dan relevan selagi mana ia beradaptasi dan membuat penyesuaian dengan arus perubahan semasa. Hadir sama di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato'

Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa; Pengarah SKM Negeri Sembilan, Encik Zaid Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Pengerusi JPAN Pahang 2 (Tengah), Haji Mansor Ab. Rahman; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Sebagai rekod, kini terdapat sebanyak 767 buah koperasi berdaftar di Negeri Sembilan dengan keanggotaan seramai 194,432 orang. Modal syer dan yuran adalah berjumlah RM117,949,936.00, aset koperasi dengan jumlah RM356,393,698.00 dan perolehan tahunan sebanyak RM76,091,205.00. Lebih 70% koperasi di negeri ini menjalankan aktiviti pengguna, perkhidmatan dan pertanian termasuklah koperasi sekolah.

Tujuh buah koperasi di Negeri Sembilan menerima sijil lantikan sebagai peruncit bagi projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah turut menyampaikan rak gondola BA100 sebagai gimik pelantikan kepada pengerusi koperasi yang terlibat.

13 ANGKASA

MEI 2022

Sokongan Berterusan KPM Dihargai Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Melalui Koperasi Sekolah

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Sokongan dan sumbangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama lebih 50 tahun dalam gerakan koperasi sekolah telah banyak membantu meningkatkan imej serta kemajuan gerakan koperasi di negara ini. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, perkembangan koperasi sekolah sejak era 60-an terus menunjukkan peningkatan yang ketara sehingga mampu mencapai perolehan lebih RM1 juta. Katanya, kejayaan tersebut jelas melambangkan kesungguhan dan keyakinan berterusan KPM terhadap fungsi dan peranan koperasi dalam memartabatkan nilai-nilai dan budaya keusahawanan yang berkualiti terhadap golongan pelajar. “Oleh itu, kita perlu sentiasa komited dan menilai setiap pencapaian koperasi sekolah dari semasa ke semasa supaya terus bertahan dan meningkat di samping mengenal pasti hala tuju baharu untuk 50 tahun akan datang. Kita juga akan lihat sejauh mana pendekatan sedia ada dapat menyumbang ke arah pencapaian berasaskan pendekatan dan sasaran yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan kepercayaan dan harapan yang disandarkan oleh pihak KPM termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) terhadap koperasi sekolah terus terjaga dan berpanjangan,” ujar beliau. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut mencadangkan penganjuran konvensyen koperasi sekolah peringkat kebangsaan bagi meningkatkan lagi momentum pencapaian menerusi pelbagai cabang informasi dan ilmu oleh kepimpinan koperasi sekolah dan agensi-agensi yang berkaitan dengan koperasi sekolah. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Sesi Bual Bicara Bersama Presiden ANGKASA semasa Bengkel Khas Pembangunan Perniagaan Bersama Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah 2022 pada 22 Mei 2022 di Subang Jaya, Selangor.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang anggota Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah.

Program anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA ini turut disertai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa serta Anggota Jawatankuasa Teknikal Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA iaitu Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Haji Mohd Jamil Othman, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Haji Hafiz Ridzuan Md. Daud dan Encik Ainor Faiz Shuib. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 20 Mei 2022 telah dirasmikan oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail. Selain pembentangan Laporan Perkembangan Gerakan Koperasi Sekolah 2021, bengkel tersebut juga turut diisi dengan beberapa sesi perbincangan, taklimat mengenai Perkembangan Pembangunan Perniagaan Koperasi MRSM dan enam pembentangan kertas kerja oleh wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah.

Sesi bergambar Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan anggota Jawatankuasa Teknikal Koperasi Sekolah.

14 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI Peranan Ahli Lembaga ICA-AP Penting untuk Jayakan Misi ICA

MEI 2022

Presiden ANGKASA merangkap ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.

Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat.

Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Jawatankuasa Pertanian dan Jawatankuasa Perhutanan serta usaha yang akan digerakkan untuk membantu melonjakkan sektor koperasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE). ICA-AP juga telah bersetuju untuk membantu dari segi menyediakan pendekatan secara amali dan penyertaan dalam pembangunan kapasiti, melalui pemindahan pengetahuan, latihan dan kerjasama teknikal. “Kami (ICA dan ICA-AP) akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi kerajaan UAE dan pemegang taruh yang lain untuk mewujudkan persekitaran undang-undang dan kawal selia yang boleh meningkatkan kapasiti serta kesedaran yang dapat memaksimumkan potensi koperasi di negara itu untuk memberikan khidmat kepada masyarakat,” ujar Dr. Chandrapal. Mesyuarat juga buat pertama kalinya telah membentangkan Manual Induksi Lembaga Serantau ICA-AP yang menggariskan perkara seperti tugas dan tanggungjawab ahli lembaga dan perintah tetap untuk fungsi lembaga. Menurut Dr. Chandrapal, manual tersebut dihasilkan untuk dijadikan panduan bagi ahli lembaga supaya dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir ke perhimpunan secara dalam talian itu ialah Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

“Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) yang terdiri daripada 11 individu mampu memainkan peranan signifikan dalam memimpin, mewakili dan mempertahankan gerakan koperasi di rantau tersebut. Justeru, sebagai sebuah badan yang dipilih secara adil dan saksama, lembaga perlu memastikan misi ICA di rantau tersebut terlaksana dengan jayanya dan memberi khidmat yang terbaik sebagai usaha bagi memenuhi kepentingan ahli dan masyarakat.” Demikian antara intipati ucapan Presiden ICA- AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav pada Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang diadakan secara hibrid pada 21 April 2022. Mesyuarat tersebut merupakan kali pertama dipengerusikan oleh beliau sejak dipilih memegang tampuk kepimpinan ikatan itu pada Perhimpunan ICA-AP ke-15 yang telah diadakan pada 30 November 2021 di Seoul, Korea. Seramai 11 ahli lembaga ICA-AP dari 11 negara menghadiri mesyuarat tersebut. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan antaranya adalah pengesahan minit Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP pada 29 November 2021, situasi keahlian semasa dan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021. Hadir sama ke mesyuarat tersebut ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP, Mr. Alireza Banaefir. Antara agenda lain yang dibincangkan adalah penggabungan dua jawatankuasa ICA-AP iaitu

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin mengikuti Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP dari bilik mesyuarat di ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita ICA-AP, Ms. Chitose Arai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP (ICYC), Mr. Alireza Banaeifar.

Timbalan Pengerusi CBH Group, Ms. Natalie Browning.

Seramai 11 ahli lembaga ICA-AP dari 11 negara telah menghadiri mesyuarat.

15 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

MEI 2022

ANGKASA Bakal Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Baja Terbesar di India

Oleh NADIAH KAMARUDIN

Kerjasama antara ANGKASA dengan pengeluar baja terbesar di India iaitu Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) mampu memberi impak positif kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian. Menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kerjasama tersebut akan tertumpu kepada mendapatkan bekalan baja ‘nano urea’ dan baja mikronutrien pada harga yang berpatutan daripada koperasi terbesar di dunia itu. Kerjasama itu akan diperkukuh melalui satu memorandum persefahaman yang akan dimeterai antara kedua-dua koperasi tersebut pada I nternational Cooperative Alliance (ICA) Global Conference & General Assembly di Seville, Sepanyol pada bulan Jun 2022. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai sesi kunjungan hormat Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani dan Pengurus Besarnya, Mr. Tarun Bhargava ke atas barisan kepimpinan ANGKASA di Kelana Jaya pada 23 Mei 2022. IFFCO telah didaftarkan sebagai Persatuan Koperasi berbilang unit pada 3 November 1967. Sepanjang 55 tahun yang lalu, IFFCO telah muncul sebagai salah satu koperasi yang mempunyai prestasi cemerlang di India dan pada masa yang sama, kekal dengan objektifnya untuk memperkasakan masyarakat luar bandar di negara itu. “Kunjungan hormat delegasi IFFCO menunjukkan keyakinan koperasi dari luar negara terhadap kemampuan ANGKASA dan barisan kepimpinannya dalam membangun dan menggerakkan perniagaan koperasi di Malaysia,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Sementara itu, Mr. Dileep berkata, pihaknya melihat kepentingan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan koperasi dari luar negara dalam dunia pasca pandemik sebagai antara usaha untuk kekal relevan di mata anggota dan masyarakat. Tambah beliau, kerjasama tersebut akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam pelbagai bidang ekonomi. Beliau juga berharap agar kepimpinan ANGKASA dapat memberikan sokongan kepada beliau yang akan bertanding untuk jawatan Pengerusi International Co-

Sumber: IFFCO

Kelebihan menggunakan baja ‘nano urea’. menggunakan baja ‘nano urea’.

operative Agricultural Organisation (ICAO) pada ICA Global Conference & General Assembly. Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI), Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani.

Boron 20% adalah antara produk baja 20% adalah antara produk baja mikronutrien yang dihasilkan oleh IFFCO.

16 KOPERASI

MEI 2022

Majukan Perniagaan Runcit untuk Manfaat Anggota dan Komuniti

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika melakukan kunjungan ke kedai runcit milik Koperasi Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu Berhad yang terletak di Jalan Kuantan, Kg. Tok Jiring, Terengganu.

Produk BA100 ANGKASA yang BA100 ANGKASA yang disediakan di kedai runcit berkenaan.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ANGKASA menyambut baik usaha Koperasi Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu Berhad merancakkan perniagaan Barangan Asas di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA untuk manfaat anggota koperasi dan komuniti setempat.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha berterusan koperasi tersebut memajukan perniagaan runcit BA100 wajar dipuji kerana menyediakan produk runcit dan barangan asas untuk keperluan anggota dan komuniti setempat. Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan ringkas ke kedai runcit milik koperasi berkenaan

di Jalan Kelantan, Kg.Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu pada 24 April 2022. Kehadiran beliau disambut Pengerusi Koperasi berkenaan, Haji Muzaihar Kamal Haji Mustafa Kamal dan Timbalan Pengerusinya, Haji Hasbullah Mamat. Dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan meninjau produk dan barangan runcit yang dijual di kedai berkenaan. Beliau

juga turut memberikan cadangan serta idea kepada koperasi berkenaan supaya terus komited menjalankan perniagaan runcit demi manfaat masyarakat setempat. Turut sama dalam kunjungan itu ialah Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sajak

Norazimah Abu Bakar Rumah GAPENA 29 Disember 2021

KIRANA ANGKASA

Dari kecambah kita pupuk bersama segala keindahan bak bunga merias dirgantara. Di sini telah terbina megah laman subur dengan pelbagai keseragaman. Di sini kita rebahkan kepala menjabat erat tangan demi merealisasikan impian dalam memaknai silaturahmi. Inilah laman kita, tidak perlu lagi kita pangkas belukarnya. Cukup tugas kita merias merenjis hambur haruman dari bicara dan kata-kata terpuji sambil duduk mesra bersimpuh di serambi menganyam ia menjadi hamparan buat menyambut rakan taulan mengenal rapat. Di ruang dirgantara ini telah terhampar butiran kerdipan bintang-bintang buat kita gapai dan petik bersama dan sematkan di dada biar semarak gemintang segala. Inilah kirana angkasa terhasil dari kepercayaan dan kejujuran sesama kita. Berawal penghargaan dan kesefahaman kita telah mencipta kirana angkasa tempat kita berlari dan berbaring

di hamparan sambil menyanyi dan memetik apa jua hasil tuaian yang tumbuh di lamannya. Telah kita benamkan segala sangsi dan ragu buat mengukir nama yang mencatatkan setiap peristiwa menjadi kenangan di angkasa terbentang.

17 KOPERASI

MEI 2022

KKPTB Pemangkin Semangat Tingkat Sosioekonomi Anggota Koperasi OKU

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Penubuhan gabungan koperasi Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad (KKPTB) di negara ini diharap menjadi pembakar semangat kepada koperasi OKU negeri lain untuk membangunkan sosioekonomi anggotanya. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kemampuan KKPTB yang terus bertahan sehingga kini membuktikan bahawa anggotanya mampu berdikari dalam merencanakan pembangunan sosioekonomi golongan itu. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad di Kuala Terengganu pada 24 April 2022. Dalam majlis berkenaan, seramai 60 anggota konsortium terdiri daripada Koperasi PEKA Malaysia (OKU Pekak), Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad (cacat anggota) dan Koperasi PERTIS Terengganu Berhad (cacat penglihatan) telah diraikan. Selain itu, sebanyak 200 pek barangan keperluan asas diagihkan menerusi Program COOPCARE Prihatin ANGKASA. Menurut beliau, ANGKASA sentiasa menyokong usaha KKPTB dalam program pembangunan perniagaan dan yakin konsortium tersebut mampu membawa anggotanya ke tahap yang lebih tinggi setanding koperasi lain. "Golongan OKU mempunyai potensi tersendiri dalam menyumbang idea dan tenaga bagi menjana pendapatan koperasi sekali gus membantu menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat. "Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sehingga Jun 2021, terdapat 22 buah koperasi OKU dengan keanggotaan 105,000 orang dan ini membuktikan golongan OKU tidak ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada sektor koperasi," ujarnya. Pada majlis tersebut, Datuk Seri Abdul Fattah berpeluang mendengar pembentangan mengenai perkembangan dan kejayaan ketiga- tiga koperasi yang disampaikan oleh Pengerusi KKPTB merangkap Pengerusi Koperasi PEKA Malaysia Berhad, Haji Ismail Muda; Pengerusi Koperasi PERTIS Terengganu Berhad, Encik Fauzi Mansor dan Pengerusi Koperasi Gerak Wawasan Terengganu Berhad, Encik Fakhruddin Zakaria yang dipandu jurubahasa isyarat, Encik Saifullah Yuslizam dari Koperasi PEKA Malaysia Berhad. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff, barisan ahli jawatankuasa JPAN Terengganu dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyampaikan sumbangan pek barangan keperluan asas kepada anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad .

Sebahagian daripada anggota konsortium koperasi yang diraikan dalam majlis berbuka puasa. daripada anggota konsortium koperasi yang diraikan dalam majlis berbuka puasa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra dengan seorang anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad.

18 KOPERASI

MEI 2022

Koperasi dipelawa Sertai Projek Dusun Durian

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA bersedia mempromosikan Projek Dusun Moden Musang King di Tapak Projek Agro Pelancongan Lata Muar, Sungai Tong, Setiu,Terengganu kepada koperasi yang berminat mengusahakannya di kawasan seluas 30 ekar milik Koperasi Hartanah Rakyat Terengganu Berhad (COPROP). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan kesudian untuk mempelawa koperasi yang berminat melibatkan diri dalam sektor perladangan menerusi projek dusun yang dikelolakan oleh MKC Farm COPROP, iaitu sebuah entiti khas bagi memajukan projek tersebut di negeri Pantai Timur. Beliau berkata demikian ketika melakukan perbincangan dan sesi lawatan di Tapak Projek Dusun Moden Musang King di Agro Pelancongan Lata Muar,Sungai Tong,Setiu pada 24 April 2022. Dalam perbincangan berkenaan, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah diberi penerangan terperinci mengenai projek dusun ini yang disampaikan oleh Pengerusi COPROP, Encik Mohd Ramlan Murudin. Menurut Encik Mohd Ramlan, projek ini membuka peluang kepada koperasi, kakitangan awam dan swasta serta badan perrniagaan untuk memiliki satu lot dusun Musang King bermula harga dari RM35,000 dengan menikmati hasil lumayan selepas enam tahun. Projek Dusun Moden Musang King yang berkeluasan 30 ekar diuruskan COPROP ini menyediakan pengurusan ladang merangkumi infrastruktur; penanaman; sistem siraman; penjagaan; pembajaan; pemangkasan dan jualan hasil ladang.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika meninjau kawasan sekitar di Tapak Projek Agro Pelancongan Lata Muar, Sungai Tong, Setiu.

Kawasan ini turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti air terjun Lata Muar; tasik memancing; tapak perkhemahan; trek ATV; kawasan rekreasi dan kolam mandi; aktiviti pendakian dan aktiviti trek hutan. COPROP yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berasaskan pembangunan hartanah kepada kediaman mampu milik mengikut pembiayaan dengan kemampuan setiap anggota dan pelanggan.

Koperasi juga menawarkan satu saluran untuk menjana pendapatan tambahan melalui pemilikan dusun komersil durian musang king yang mampu milik. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff; Anggota Jawatankuasa JPAN Terengganu, Haji Samsudin Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease