12 ANGKASA
MEI 2022
Program Padanan Perniagaan Bantu Majukan Perniagaan Koperasi
Oleh MOHD ZAKUAN AZMI
Program padanan perniagaan dan kolaborasi strategik koperasi dilihat sebagai salah satu platform terbaik bagi menjalinkan kerjasama strategik perniagaan bersama pemain industri. Ia juga dilihat sebagai salah satu langkah yang baik oleh koperasi dalam usaha memajukan perniagaan dan meningkatkan pendapatan koperasi. Demikian menurut Naib Pengerusi Eksekutif (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Puan Siti Azlin Haji Ahmad Dauta sewaktu berucap merasmikan Program Padanan Perniagaan Koperasi, Pelancaran Promosi Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Malaysia Dan Majlis Mesra Ceria Raya Gerakan Koperasi Negeri Sembilan pada 17 Mei 2022 di Seremban. Katanya, program padanan perniagaan koperasi diadakan sebagai salah satu usaha SKM menyokong langkah proaktif koperasi yang berusaha mengembangkan perniagaan koperasi dengan mengadakan kolaborasi strategik dan padan niaga bersama pihak-pihak lain untuk tujuan pembangunan gerakan koperasi. Antara padanan perniagaan yang diadakan bagi peringkat Negeri Sembilan adalah Projek Pengeluar dan Pengedaran Beras Putih di antara Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad dan MHMT Holdings (M) Sdn. Bhd. Padanan perniagaan yang seterusnya adalah Projek Penyedia Latihan Asas Retort Koperasi. Program ini melibatkan usahasama Koperasi Keluarga Raja Samah Negeri Sembilan Berhad Tiga Batu Holdings Sdn. Bhd. Di samping itu, kolaborasi strategik antara koperasi Negeri Sembilan dengan ANGKASA bagi sektor pemborongan dan peruncitan juga turut terlibat dalam program tersebut. Antara koperasi yang terlibat adalah Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Berhad, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Gugusan Bayai Jempol Berhad, Koperasi Wanita Wawasan Negeri Sembilan Berhad , Koperasi Kariah Masjid Bandar Spring Hill Port Dickson, Koperasi Keluarga Haji Mohd
Puan Siti Azlin melekatkan logo rasmi 100 Tahun Koperasi Malaysia di kenderaan koperasi sebagai gimik pelancaran mempromosikan sambutan tersebut kepada masyarakat di Negeri Sembilan.
Yatim Tampin Berhad, Koperasi Keluarga Haji Abdul Latif Seremban Berhad dan Koperasi Kaum Wanita Seri Sendayan Seremban Berhad. “Saya berharap dengan adanya program ini dapat membantu koperasi dalam peningkatan pendapatan seterusnya sebagai langkah menaikkan imej gerakan koperasi khususnya di Negeri Sembilan. Ia juga memberi gambaran yang tepat pada Kerajaan dan masyarakat awam bahawa gerakan koperasi sememangnya relevan dan dapat membantu masyarakat dalam menangani kos sara hidup,” ujar beliau. Puan Siti Azlin juga turut menyatakan keyakinan bahawa peranan dan sumbangan yang diberikan oleh koperasi adalah amat besar selain percaya gerakan koperasi akan terus kukuh dan relevan selagi mana ia beradaptasi dan membuat penyesuaian dengan arus perubahan semasa. Hadir sama di majlis tersebut ialah Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato'
Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa; Pengarah SKM Negeri Sembilan, Encik Zaid Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengerusi JPAN Johor, Haji Sazali Abd. Hamid; Pengerusi JPAN Pahang 2 (Tengah), Haji Mansor Ab. Rahman; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Sebagai rekod, kini terdapat sebanyak 767 buah koperasi berdaftar di Negeri Sembilan dengan keanggotaan seramai 194,432 orang. Modal syer dan yuran adalah berjumlah RM117,949,936.00, aset koperasi dengan jumlah RM356,393,698.00 dan perolehan tahunan sebanyak RM76,091,205.00. Lebih 70% koperasi di negeri ini menjalankan aktiviti pengguna, perkhidmatan dan pertanian termasuklah koperasi sekolah.
Tujuh buah koperasi di Negeri Sembilan menerima sijil lantikan sebagai peruncit bagi projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah turut menyampaikan rak gondola BA100 sebagai gimik pelantikan kepada pengerusi koperasi yang terlibat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease