14 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI Peranan Ahli Lembaga ICA-AP Penting untuk Jayakan Misi ICA
MEI 2022
Presiden ANGKASA merangkap ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah.
Presiden ICA-AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav (dua dari kanan) mempengerusikan mesyuarat.
Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Jawatankuasa Pertanian dan Jawatankuasa Perhutanan serta usaha yang akan digerakkan untuk membantu melonjakkan sektor koperasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE). ICA-AP juga telah bersetuju untuk membantu dari segi menyediakan pendekatan secara amali dan penyertaan dalam pembangunan kapasiti, melalui pemindahan pengetahuan, latihan dan kerjasama teknikal. “Kami (ICA dan ICA-AP) akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi kerajaan UAE dan pemegang taruh yang lain untuk mewujudkan persekitaran undang-undang dan kawal selia yang boleh meningkatkan kapasiti serta kesedaran yang dapat memaksimumkan potensi koperasi di negara itu untuk memberikan khidmat kepada masyarakat,” ujar Dr. Chandrapal. Mesyuarat juga buat pertama kalinya telah membentangkan Manual Induksi Lembaga Serantau ICA-AP yang menggariskan perkara seperti tugas dan tanggungjawab ahli lembaga dan perintah tetap untuk fungsi lembaga. Menurut Dr. Chandrapal, manual tersebut dihasilkan untuk dijadikan panduan bagi ahli lembaga supaya dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Kepimpinan tertinggi ANGKASA yang hadir ke perhimpunan secara dalam talian itu ialah Presiden ANGKASA merangkap Naib Presiden ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dan Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Global ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
“Lembaga Serantau Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) yang terdiri daripada 11 individu mampu memainkan peranan signifikan dalam memimpin, mewakili dan mempertahankan gerakan koperasi di rantau tersebut. Justeru, sebagai sebuah badan yang dipilih secara adil dan saksama, lembaga perlu memastikan misi ICA di rantau tersebut terlaksana dengan jayanya dan memberi khidmat yang terbaik sebagai usaha bagi memenuhi kepentingan ahli dan masyarakat.” Demikian antara intipati ucapan Presiden ICA- AP, Dr. Chandrapal Singh Yadav pada Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP yang diadakan secara hibrid pada 21 April 2022. Mesyuarat tersebut merupakan kali pertama dipengerusikan oleh beliau sejak dipilih memegang tampuk kepimpinan ikatan itu pada Perhimpunan ICA-AP ke-15 yang telah diadakan pada 30 November 2021 di Seoul, Korea. Seramai 11 ahli lembaga ICA-AP dari 11 negara menghadiri mesyuarat tersebut. Sebanyak 11 agenda telah dibentangkan antaranya adalah pengesahan minit Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP pada 29 November 2021, situasi keahlian semasa dan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2021. Hadir sama ke mesyuarat tersebut ialah Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balasubramanian Iyer dan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP, Mr. Alireza Banaefir. Antara agenda lain yang dibincangkan adalah penggabungan dua jawatankuasa ICA-AP iaitu
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Dato’ Haji Kamarudin mengikuti Mesyuarat Lembaga Serantau ICA-AP dari bilik mesyuarat di ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Wanita ICA-AP, Ms. Chitose Arai.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ICA-AP (ICYC), Mr. Alireza Banaeifar.
Timbalan Pengerusi CBH Group, Ms. Natalie Browning.
Seramai 11 ahli lembaga ICA-AP dari 11 negara telah menghadiri mesyuarat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease