15 PENGANTARABANGSAAN KOPERASI
MEI 2022
ANGKASA Bakal Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Baja Terbesar di India
Oleh NADIAH KAMARUDIN
Kerjasama antara ANGKASA dengan pengeluar baja terbesar di India iaitu Indian Farmers Fertiliser Cooperative Limited (IFFCO) mampu memberi impak positif kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam Sektor Perladangan dan Sektor Pertanian. Menurut Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, kerjasama tersebut akan tertumpu kepada mendapatkan bekalan baja ‘nano urea’ dan baja mikronutrien pada harga yang berpatutan daripada koperasi terbesar di dunia itu. Kerjasama itu akan diperkukuh melalui satu memorandum persefahaman yang akan dimeterai antara kedua-dua koperasi tersebut pada I nternational Cooperative Alliance (ICA) Global Conference & General Assembly di Seville, Sepanyol pada bulan Jun 2022. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai sesi kunjungan hormat Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani dan Pengurus Besarnya, Mr. Tarun Bhargava ke atas barisan kepimpinan ANGKASA di Kelana Jaya pada 23 Mei 2022. IFFCO telah didaftarkan sebagai Persatuan Koperasi berbilang unit pada 3 November 1967. Sepanjang 55 tahun yang lalu, IFFCO telah muncul sebagai salah satu koperasi yang mempunyai prestasi cemerlang di India dan pada masa yang sama, kekal dengan objektifnya untuk memperkasakan masyarakat luar bandar di negara itu. “Kunjungan hormat delegasi IFFCO menunjukkan keyakinan koperasi dari luar negara terhadap kemampuan ANGKASA dan barisan kepimpinannya dalam membangun dan menggerakkan perniagaan koperasi di Malaysia,” ujar Datuk Seri Dr. Abdul Fattah. Sementara itu, Mr. Dileep berkata, pihaknya melihat kepentingan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan koperasi dari luar negara dalam dunia pasca pandemik sebagai antara usaha untuk kekal relevan di mata anggota dan masyarakat. Tambah beliau, kerjasama tersebut akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam pelbagai bidang ekonomi. Beliau juga berharap agar kepimpinan ANGKASA dapat memberikan sokongan kepada beliau yang akan bertanding untuk jawatan Pengerusi International Co-
Sumber: IFFCO
Kelebihan menggunakan baja ‘nano urea’. menggunakan baja ‘nano urea’.
operative Agricultural Organisation (ICAO) pada ICA Global Conference & General Assembly. Hadir sama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI), Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa serta Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi IFFCO, Mr. Dileep Sanghani.
Boron 20% adalah antara produk baja 20% adalah antara produk baja mikronutrien yang dihasilkan oleh IFFCO.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease