WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

16 KOPERASI

MEI 2022

Majukan Perniagaan Runcit untuk Manfaat Anggota dan Komuniti

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika melakukan kunjungan ke kedai runcit milik Koperasi Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu Berhad yang terletak di Jalan Kuantan, Kg. Tok Jiring, Terengganu.

Produk BA100 ANGKASA yang BA100 ANGKASA yang disediakan di kedai runcit berkenaan.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ ANGKASA menyambut baik usaha Koperasi Kakitangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu Berhad merancakkan perniagaan Barangan Asas di bawah projek Barangan Asas 100 (BA100) ANGKASA untuk manfaat anggota koperasi dan komuniti setempat.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, usaha berterusan koperasi tersebut memajukan perniagaan runcit BA100 wajar dipuji kerana menyediakan produk runcit dan barangan asas untuk keperluan anggota dan komuniti setempat. Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan ringkas ke kedai runcit milik koperasi berkenaan

di Jalan Kelantan, Kg.Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu pada 24 April 2022. Kehadiran beliau disambut Pengerusi Koperasi berkenaan, Haji Muzaihar Kamal Haji Mustafa Kamal dan Timbalan Pengerusinya, Haji Hasbullah Mamat. Dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berkesempatan meninjau produk dan barangan runcit yang dijual di kedai berkenaan. Beliau

juga turut memberikan cadangan serta idea kepada koperasi berkenaan supaya terus komited menjalankan perniagaan runcit demi manfaat masyarakat setempat. Turut sama dalam kunjungan itu ialah Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed Yusoff dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Sajak

Norazimah Abu Bakar Rumah GAPENA 29 Disember 2021

KIRANA ANGKASA

Dari kecambah kita pupuk bersama segala keindahan bak bunga merias dirgantara. Di sini telah terbina megah laman subur dengan pelbagai keseragaman. Di sini kita rebahkan kepala menjabat erat tangan demi merealisasikan impian dalam memaknai silaturahmi. Inilah laman kita, tidak perlu lagi kita pangkas belukarnya. Cukup tugas kita merias merenjis hambur haruman dari bicara dan kata-kata terpuji sambil duduk mesra bersimpuh di serambi menganyam ia menjadi hamparan buat menyambut rakan taulan mengenal rapat. Di ruang dirgantara ini telah terhampar butiran kerdipan bintang-bintang buat kita gapai dan petik bersama dan sematkan di dada biar semarak gemintang segala. Inilah kirana angkasa terhasil dari kepercayaan dan kejujuran sesama kita. Berawal penghargaan dan kesefahaman kita telah mencipta kirana angkasa tempat kita berlari dan berbaring

di hamparan sambil menyanyi dan memetik apa jua hasil tuaian yang tumbuh di lamannya. Telah kita benamkan segala sangsi dan ragu buat mengukir nama yang mencatatkan setiap peristiwa menjadi kenangan di angkasa terbentang.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease