WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

18 KOPERASI

MEI 2022

Koperasi dipelawa Sertai Projek Dusun Durian

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

ANGKASA bersedia mempromosikan Projek Dusun Moden Musang King di Tapak Projek Agro Pelancongan Lata Muar, Sungai Tong, Setiu,Terengganu kepada koperasi yang berminat mengusahakannya di kawasan seluas 30 ekar milik Koperasi Hartanah Rakyat Terengganu Berhad (COPROP). Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan kesudian untuk mempelawa koperasi yang berminat melibatkan diri dalam sektor perladangan menerusi projek dusun yang dikelolakan oleh MKC Farm COPROP, iaitu sebuah entiti khas bagi memajukan projek tersebut di negeri Pantai Timur. Beliau berkata demikian ketika melakukan perbincangan dan sesi lawatan di Tapak Projek Dusun Moden Musang King di Agro Pelancongan Lata Muar,Sungai Tong,Setiu pada 24 April 2022. Dalam perbincangan berkenaan, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah diberi penerangan terperinci mengenai projek dusun ini yang disampaikan oleh Pengerusi COPROP, Encik Mohd Ramlan Murudin. Menurut Encik Mohd Ramlan, projek ini membuka peluang kepada koperasi, kakitangan awam dan swasta serta badan perrniagaan untuk memiliki satu lot dusun Musang King bermula harga dari RM35,000 dengan menikmati hasil lumayan selepas enam tahun. Projek Dusun Moden Musang King yang berkeluasan 30 ekar diuruskan COPROP ini menyediakan pengurusan ladang merangkumi infrastruktur; penanaman; sistem siraman; penjagaan; pembajaan; pemangkasan dan jualan hasil ladang.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika meninjau kawasan sekitar di Tapak Projek Agro Pelancongan Lata Muar, Sungai Tong, Setiu.

Kawasan ini turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti air terjun Lata Muar; tasik memancing; tapak perkhemahan; trek ATV; kawasan rekreasi dan kolam mandi; aktiviti pendakian dan aktiviti trek hutan. COPROP yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu ini menyediakan pelbagai perkhidmatan berasaskan pembangunan hartanah kepada kediaman mampu milik mengikut pembiayaan dengan kemampuan setiap anggota dan pelanggan.

Koperasi juga menawarkan satu saluran untuk menjana pendapatan tambahan melalui pemilikan dusun komersil durian musang king yang mampu milik. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Terengganu, Haji Mohamed Yusoff; Anggota Jawatankuasa JPAN Terengganu, Haji Samsudin Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.

Rakan Strategik

Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)

Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!

Sayang keluarga, Rancang Harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.

www.myangkasaamanah.com.my

Untuk Hubungi / Maklumat Lanjut

C-504 Blok C Glomac Busines Centre Jalan SS 6/1 Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor

admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my

myangkasaamanahberhad myangkasaamanah

03-7887 5600 /4300 09-7887 2300

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease