WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

3 ANGKASA

MEI 2022

Kerajaan Perlis Sedia Bantu Koperasi Usahakan Tanah Bagi Tujuan Pertanian

Oleh MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi perlu mengambil peluang yang diberikan oleh kerajaan dengan berusaha secara lebih bersungguh-sungguh, demi memastikan hasil atau pulangan yang lebih terjamin selain dapat membantu meningkatkan sosioekonomi anggota dan masyarakat. Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man berkata, koperasi berasaskan pertanian di Perlis mempunyai keupayaan untuk bergerak maju khususnya dalam pengurusan ladang. Menurut beliau, kerajaan negeri sedia membantu setiap usahawan tani termasuk koperasi dewasa yang berkelayakan untuk membangunkan tanah bagi tujuan pertanian. "Namun, amanah dan bantuan yang diberikan itu perlulah disahut dengan kesungguhan untuk menjayakannya dan jika tidak digembleng dengan baik termasuk aspek pemasaran, projek yang diusahakan pasti akan menemui kegagalan dan akhirnya akan menjejaskan masa depan koperasi itu sendiri,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika membincangkan peluang kolaborasi antara kerajaan negeri Perlis dan ANGKASA dalam sektor pertanian sewaktu menerima kunjungan hormat ANGKASA Perlis di Pejabat Menteri Besar di Kangar, Perlis pada 20 Mei 2022. Dato' Seri Azlan turut mencadangkan kepada mana-mana koperasi yang berminat untuk menjalankan projek tanaman

Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah ketika sesi perbincangan bersama Dato’ Seri Azlan Man.

jagung bijian supaya berhubung terus dengan FGV Holdings Berhad yang bakal menjalankan projek sama di Chuping seluas 100 hektar. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi tersebut hadir bersama barisan Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis diketuai Pengerusinya, Haji Sahimi Shari. Hadir sama ialah Pengerusi JPAN Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Sebagai rekod, statistik keanggotaan ANGKASA Negeri Perlis adalah sebanyak 188 buah koperasi dan 27 daripadanya merupakan koperasi berkaitan pertanian.

Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man bergambar bersama barisan delegasi ANGKASA.

Dari Meja Presiden

menerusi sumbangan dan kerjasama daripada pakar- pakar, menambah bilangan kedai atau pasaraya yang boleh mengambil dan menjual hasilan koperasi, dan memupuk kerjasama sesama koperasi untuk berkongsi kapasiti seperti pekerja, mesin dan peluang pasaran. Rantaian bekalan ( supply chain ) yang lebih menyeluruh juga boleh digerakkan secara bersama dengan sokongan agensi utama koperasi seperti SKM dan IKMa. Selain itu, langkah menginovasikan cabang ilmu perniagaan menerusi penganjuran konvensyen, bengkel dan seminar adalah antara kaedah terbaik bagi membantu meningkatkan mobiliti dan kualiti modal insan dalam kalangan anggota. Kita juga perlu mewujudkan pertalian yang lebih erat sesama koperasi agar koperasi saling mengenali dan saling membantu antara satu sama lain. Sudah tiba masanya untuk kita memastikan lebih banyak produk barangan asas keluaran koperasi berada di pasaran.

Situasi ekonomi yang masih tidak menentu di seluruh dunia telah mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga barangan. Situasi ini pastinya akan memberi tekanan kepada masyarakat terutamanya golongan B40. Demi memastikan koperasi dapat berperanan sebagai wahana atau alat terbaik dalam membantu kerajaan tingkatkan taraf hidup masyarakat, sektor perniagaan koperasi perlulah memainkan peranan secara lebih komprehensif bagi memastikan peningkatan produktiviti yang secara tidak langsung mampu mengurangkan masalah kekurangan bekalan dan hasil jualan. Antara cadangan yang boleh disarankan adalah seperti meningkatkan prasarana teknologi seperti jentera dan mesin proses yang lebih moden, meningkatkan ilmu pengetahuan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease