WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

5 ANGKASA

MEI 2022

ANGKASA Perkasa Projek Penyelidikan Koperasi Ke Arah Memperkasakan Peranan AURA sebagai 'Pusat Kecemerlangan Koperasi'

Eksekutif ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha; Pengurus Besar Bahagian Sekretariat ANGKASA, Haji Anuar Bulin; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Haji Rahim Abdul Rahman. Hadir mewakili UMK ialah Naib Canselor, Prof. Dr. Razli Che Razak; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Dekan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hakimi Yusoff; Dekan Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business , Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi; Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pancasiswazah) Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Dr. Ahmad Ridhuwan Abdullah; Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail dan Pengarah ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), Dr. Noor Raihani Zainol. Menerusi mesyuarat tersebut, ANGKASA dan UMK akan memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan koperasi dan keusahawanan sosial secara lebih bersepadu melibatkan penyertaan lebih banyak pihak berkepentingan sejajar dengan Aspirasi Koperasi Malaysia.

Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Rahman menyampaikan cenderamata berupa produk koperasi kepada Prof. Dr. Razli.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Usaha ke arah memperkasakan hala tuju ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) akan terus digerakkan menerusi jawatankuasa pelaksana yang dilantik. Timbalan Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik berkata, bagi meningkatkan lagi peranan AURA sebagai 'Pusat Kecemerlangan Koperasi', ANGKASA bersetuju untuk memperkasakan lebih banyak projek penyelidikan berkaitan pembangunan keusahawanan koperasi termasuklah mengadakan program latihan industri dan penganjuran program-program keusahawanan seperti webinar, bengkel dan kursus mengikut sektor perniagaan masing-masing. Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat

Sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ANGKASA- AURA

Jawatankuasa Pemandu ANGKASA-UMK Research Academy (AURA) Bil. 1/2022 Kali Ke-2 di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya pada 12 Mei 2022. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Setiausaha

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease