WADAH PELANCAR EDISI MEI 2022

6

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Dr. Mohd Azlan Kekal Teraju Kepimpinan ANGKASA

Dari kiri ialah Puan Suzana Alias; Dr. Hajah Salmah Ishak; Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Dr. Mohd Azlan Yahya; Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah; Dato' Haji Kamarudin Ismail; Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Oleh WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA Ke-36 (MAPA 2022) yang berlangsung pada 28 Mei 2022 telah memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah untuk meneruskan peranannya sebagai Presiden ANGKASA dan Dr. Mohd Azlan Yahya sebagai Anggota Lembaga ANGKASA. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah yang juga Presiden ASEAN Co operative Organization (ACO) dan Naib Presiden Ikatan Koperasi Antarabangsa bagi Asia Pasifik (ICA-AP) bertanding mewakili Koperasi Kariah Masjid Kampung Lubuk Kulit Lipis Berhad, Pahang III (Barat) manakala Dr. Mohd Azlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Institusi Pendidikan ICA-AP (ICEI) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengguna ICA- AP mewakili Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad, Kedah. Pemilihan tersebut dibuat menerusi penganjuran MAPA 2022 secara maya menerusi aplikasi Zoom Tele-Conferencing. MAPA 2022 yang dijalankan secara hibrid bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya menerima penyertaan seramai 1,651 perwakilan berdaftar daripada 1,449 buah koperasi Ahli ANGKASA dari seluruh negara. Mesyuarat turut disertai Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyeliaan Tadbir Urus SKM, Encik Cik Soh @ Mohd Shaharudin Ismail. Terdahulu, dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr. Abdul Fattah, beliau menyatakan bahawa ANGKASA akan terus memperkasakan peranannya di peringkat global melalui usaha memperkukuh model koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid (KKM) di negara ASEAN. Menurutnya, inisiatif pemerkasaan kedua-dua model tersebut bertujuan untuk meluaskan jaringan perniagaan dua hala antara negara, di samping memperkenalkan kejayaan konsep koperasi sekolah dan KKM di mata dunia selaras dengan hasrat ANGKASA yang mahu mengambil peluang meneroka pasaran ASEAN dengan mengetengahkan produk

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan Ucapan Perasmian MAPA 2022.

Petugas menyantuni Jurucakap Negeri MAPA 2022.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease