WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2024

S

SEPTEMBER 2024 JILID: WP06/9

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

Warga ANGKASA selami

LAPORAN PENUH DI MUKA 2

2

ANGKASA

SEPTEMBER 2024

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat ANGKASA Meriah

Kepimpinan ANGKASA bergambar bersama beberapa kanak-kanak Taska Cahaya Mata ANGKASA yang menyertai Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik ANGKASA.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Tema Busana Jiwa Merdeka ANGKASA.

Oleh RAHMAT MOHD DID

2024 merupakan hasil kesepakatan, kerjasama, perpaduan dan semangat kebersamaan yang erat antara semua warga kerjanya. “Oleh itu, marilah kita menjauhi segala bentuk perpecahan, perselisihan dan konflik yang hanya akan melemahkan organisasi. Dalam menghadapi cabaran masa hadapan, kita perlu bersikap positif dan sentiasa berpegang kepada prinsip kerjasama dan saling menghormati,” katanya. Sementara itu, seramai 78 daripada 108 individu berdaftar yang terdiri daripada kakitangan

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Peringkat ANGKASA disambut meriah dengan penyertaan aktif oleh warga ANGKASA dalam pelbagai aktiviti menarik antaranya COOPWALK Jiwa Merdeka ANGKASA, Kempen Derma Darah CoopCare, Saringan Kesihatan COOPFARMASI dan Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik ANGKASA. Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 tahun 2024 bukan sahaja menjadi medan untuk memperingati jasa para pejuang yang telah berkorban demi kemerdekaan negara, bahkan juga sebagai wadah bagi memperkukuh azam dan tekad agar terus bekerja keras demi masa hadapan yang lebih cerah.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika berkunjung ke reruai Kempen Kesedaran Kesihatan Hormon Fertilemate.

ANGKASA dan orang luar berjaya menderma darah manakala seramai 78 orang telah melakukan saringan kesihatan. Pada hari yang sama, ANGKASA turut membuka peluang kepada seluruh warganya untuk menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Hormon Fertilemate, iaitu pemeriksaan darah hormon dengan harga istimewa.

dan Pertandingan Video TikTok Jiwa Merdeka ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat (Kewangan) ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Beliau yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian sewaktu majlis perasmian sambutan tersebut yang berlangsung di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 6 September 2024. Tambah beliau, kejayaan yang dicapai ANGKASA sehingga Julai

Sempena sambutan dua hari yang bermakna itu juga, ANGKASA melalui Bahagian Komunikasi Korporat turut menganjurkan Pertandingan Keceriaan Pejabat Bulan Kebangsaan

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik • Dr. Hajah Salmah Ishak

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA

• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3 ANGKASA

SEPTEMBER 2024

ANGKASA Pulau Pinang Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Kali Ketiga Berturut-turut

Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang menyertai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2024.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow dan YABhg. Puan Tan Lian Kee serta barisan dif-dif kehormat. Kontinjen ANGKASA yang dibarisi oleh Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang serta wakil koperasi negeri telah dipimpin oleh Pengerusi ANGKASA Negeri, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman yang turut dijemput oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu khas pada majlis tersebut. Meskipun hujan renyai, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan acara perbarisan dan perarakan bermula dari Lebuh Light menghala ke Jalan Padang Kota Lama melibatkan sejumlah 106 kontinjen yang mewakili pelbagai kategori

termasuk kontinjen berkenderaan, dengan kekuatan seramai 10,145 orang. Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan koir lagu patriotik oleh pelajar sekolah, persembahan gabungan tarian tiga kaum dan persembahan gendang. Dalam Kenangan Al-Fatihah

ANGKASA Negeri Pulau Pinang meneruskan tradisi penyertaan buat kali ketiga berturut-turut dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bertempat di George Town, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2024. Seramai 70 koperator berpeluang mewakili 20 buah koperasi masing-masing dalam sambutan tahunan yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

Mohd Fitri Ibrahim Aftar Pembantu Am ANGKASA Negeri Pulau Pinang

Salam takziah daripada: Presiden, Timbalan Presiden, Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengurusan Tertinggi ANGKASA dan Sidang Pengarang PELANCAR

Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang bersemangat menyertai perbarisan.

Dari Meja Presiden

ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks dan dinamik Dalam konteks kepimpinan koperasi pula, jiwa merdeka memerlukan mereka sentiasa bertanggungjawab menggalas amanah dengan penuh minat, tekun, gigih, bersungguh- sungguh, adil dan telus. Hanya dengan pemikiran yang matang dan berwawasan, kita mampu membawa kecemerlangan kepada gerakan koperasi negara.

Sejak 67 tahun mengecap nikmat kemerdekaan, Malaysia semakin matang dan telah melalui pelbagai kemajuan hasil daripada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang progresif. Begitu juga dengan perkembangan gerakan koperasi negara yang tidak ketinggalan melalui pelbagai perubahan dalam meraih kejayaan membanggakan demi kemakmuran ekonomi sejagat. Kemerdekaan ternyata telah berjaya mencipta peluang kepada koperasi untuk membangun dan maju dalam pelbagai sumber dan potensi yang negara miliki. Tema Malaysia MADANI: 'Jiwa Merdeka’ yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2024 diharap dapat menyemarakkan jiwa merdeka dalam kalangan warga koperasi dan berusaha untuk melengkapkan diri dengan

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 kepada seluruh warga koperasi di seluruh negara. Semoga semangat kemerdekaan akan terus subur dalam jiwa dan menjadi pendorong untuk berusaha menjadikan gerakan koperasi relevan dan berdaya saing dalam pasaran terbuka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

ANGKASA 4

SEPTEMBER 2024

Kerajaan Kelantan Puji Usaha ANGKASA Memartabatkan Sukan Petanque

Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Tuan Bahari Mohamad Nor (empat dari kanan) yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Usaha ANGKASA memartabatkan sukan petanque dan apa juga program kemasyarakatan dalam mempromosikan aktiviti kesukarelawanan wajar dipuji dan menjadi contoh kepada NGO yang lain. "Budaya kesukarelawanan dalam prinsip berkoperasi adalah satu asas penting dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan harmoni.” Demikian menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Tuan Bahari Mohamad Nor ketika Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 2024. Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan berkata, dengan adanya program sukan seperti yang dilaksanakan oleh ANGKASA, Kerajaan Negeri berharap dapat menggalakkan lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, seterusnya membantu menangani masalah kesihatan mental dan fizikal yang menjadi 'musuh senyap' dalam kehidupan masyarakat. "Sukan petanque yang semakin popular di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah berjaya menarik minat terutamanya dalam kalangan belia kerana sukan ini bukan sekadar memerlukan ketangkasan fizikal, tetapi juga strategi dan kerjasama erat antara ahli pasukan. Saya yakin kejohanan seperti ini mampu mengukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan peserta tanpa mengira usia, kaum dan agama.”

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang mewakili Presiden ANGKASA ketika menyampaikan ucapan.

YB Tuan Bahari ketika menyampaikan ucapan perasmian.

kejayaan koperasi," jelasnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Encik Zainuddin Mohamed, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan merangkap Penganjur Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah. Turut hadir ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), barisan Pengerusi ANGKASA Negeri serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.

Terdahulu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang mewakili Presiden ANGKASA dalam ucapan aluannya berkata, aktiviti berkoperasi bukan hanya tertumpu kepada aspek perniagaan semata-mata. "Dalam memastikan koperasi dapat dikemudi dengan baik, kesihatan fizikal dan mental anggota menjadi keutamaan yang perlu diberi perhatian. Mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan. Manakala 3.6 juta rakyat di negara ini bersamaan dengan 15.6 peratus menghidapi penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Oleh itu, pelbagai program berkaitan gaya hidup sihat perlu diadakan, seperti kejohanan sukan, kempen kesedaran kesihatan dan sokongan mental bagi memastikan anggota kekal cergas, sihat serta mampu memberi sumbangan berkesan kepada

ANGKASA 5

SEPTEMBER 2024

Popularkan Petanque Hingga Ke Peringkat Global Sebagai Sukan Rasmi Koperasi

ANGKASA komited menganjurkan kejohanan petanque peringkat kebangsaan setiap tahun.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Sudah tiba masanya sukan petanque diperkasa ke peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan, agensi, sekolah dan masyarakat. Menurut Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, beliau mencadangkan kerajaan di setiap negeri untuk mempertimbangkan pembinaan padang petanque bagi kegunaan masyakarat. "Penyediaan prasarana ini mampu menyumbang kepada potensi untuk dijadikan sebagai one stop centre bagi urusan latihan bagi mengembangkan potensi dan bakat atlet untuk diketengahkan sehingga ke peringkat kebangsaan dan mungkin antarabangsa. Melalui sokongan padu daripada pihak kerajaan, ANGKASA yakin sukan ini akan menyinar dengan gemilang dan lebih dikenali," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Gelanggang Petanque Tunjong, Kota Bharu, Kelantan pada 15 September 2024. Tambahnya, sekolah juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan fasiliti asas petanque sebagai usaha menanam minat dalam kalangan pelajar sekali gus memudahkan mereka untuk melakukan latihan. "Sudah masanya juga bagi ANGKASA untuk menjemput badan dan agensi yang mesra koperasi untuk turut serta dalam kejohanan ini seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

Johan bagi Kategori Pelajar Perempuan dimenangi oleh pasukan Pahang 1.

Johan bagi Kategori Pelajar Lelaki dimenangi oleh pasukan Melaka.

Johan bagi Kategori Dewasa Lelaki dimenangi oleh pasukan Kelantan.

Johan bagi Kategori Dewasa Wanita dimenangi oleh pasukan Perlis.

Langkah ini pastinya akan menjadikan sukan ini lebih kompetitif dan popular," ujarnya. Beliau juga melihat potensi petanque untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa khususnya ASEAN menerusi promosi di Persidangan ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik. Kejohanan yang dianjurkan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan seramai 224 orang daripada seluruh negara dalam lima kategori. Bagi Kategori Pelajar Perempuan,

tempat pertama dimenangi oleh pasukan Pahang 1 manakala Kategori Pelajar Lelaki pula dimenangi pasukan Melaka. Kategori Dewasa Wanita telah dimenangi oleh pasukan Perlis

Kategori Jemputan Khas telah dimenangi oleh pasukan Kedah.

Sementara itu, bagi Kategori Jemputan Khas (Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Pengurusan Kanan ANGKASA), tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan Kedah.

dan Kategori Dewasa Lelaki pula dimenangi pasukan Kelantan.

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.

ANGKASA 6

SEPTEMBER 2024

Perkasa Wakaf Melalui Inovasi dan Teknologi untuk Kemajuan Sosioekonomi Ummah

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) merasmikan Majlis Makan Malam Program 'Global Conference on Waqf, Technology and Business Economics’ (G-CWTBE) 2024 bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan pada 11 September 2024. Turut bersama ialah Pengarah, Bahagian Penerbitan dan Penarafan UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim (kiri sekali), Lembaga Pemegang Amanah YIA merangkap Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir (kanan sekali), Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr. Hasnan Haji Ramli (dua dari kanan) dan Lembaga Pemegang Amanah YIA, Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim (tiga dari kanan).

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pengurusan infaq dan wakaf yang diuruskan ANGKASA sehingga kini telah berjaya mengumpulkan sumbangan dana wakaf kira-kira RM1.5 juta setiap tahun sejak 2010.

Gaji ANGKASA (SPGA) setiap tahun katanya, sejumlah kira-kira RM30 juta dana terkumpul berjaya dikumpulkan dengan jumlah agihan terkini kira-kira RM17 juta. Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Program 'Global Conference on Waqf, Technology and Business Economics’ (G-CWTBE) 2024' bertempat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kota Bharu, Kelantan pada 11 September 2024. Turut hadir ialah Pengarah, Bahagian

Amalan wakaf berpotensi besar menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat yang mampan, meskipun dunia berdepan dengan teknologi globalisasi. ANGKASA melihat inisiatif Skim Infaq Lil- Waqf yang diperkenalkan pada Ogos 2015 dan kemudiannya ditransformasikan kepada Yayasan Infaq ANGKASA (YIA) pada 9 Julai 2021 di bawah Akta Pemegang Amanah Akta Pemerbadanan (258) berjaya

Melalui sokongan sektor koperasi khususnya ahli koperasi serta pelanggan Sistem Potongan

Penerbitan dan Penarafan UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery Ibrahim. Program persidangan bertaraf antarabangsa

memperlihatkan kejayaan membanggakan. Hal ini menunjukkan kepentingan amalan wakaf yang memberi manfaat besar kepada ekonomi ummah sejagat.

yang berlangsung selama dua hari secara hibrid itu merupakan anjuran YIA

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Prof. Madya Dr. Mohd Asrul Hery ketika menyampaikan ucapan aluan.

Seramai 70 peserta dari tujuh negara telah menyertai Program 'Global Conference on Waqf, Technology and Business Economics’ (G-CWTBE) 2024’ yang diadakan secara hibrid. (Kredit gambar: Facebook Yayasan Infaq ANGKASA).

ANGKASA 7

SEPTEMBER 2024

yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama UMK bertujuan memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap konsep wakaf, sekaligus mempromosikan perkembangan wakaf di peringkat global. Seramai 70 peserta dari tujuh negara telah menyertai program itu manakala sebanyak 34 kertas kerja telah dibentangkan. Program tersebut juga menjadi platform terbaik kepada ahli akademik, kelompok industri, agensi serta pihak berkepentingan daripada pelbagai latar belakang berdiskusi, berkongsi pengetahuan dalam mengembangkan kolaborasi bagi merangka potensi wakaf melalui penerapan inovasi dan teknologi. Hadir sama ialah Lembaga Pemegang Amanah YIA merangkap Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr. Hasnan Haji Ramli. Turut hadir ialah dalam majlis tersebut ialah barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIA yang terdiri daripada Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.

Ucapan dasar telah disampaikan oleh Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Prof. Dr. Mehmet Bulut dari Istanbul, Turkiye.

Penceramah undangan terdiri daripada Prof. Dr. Hafas Furqani dari Indonesia dan Prof. Tajudeen Olalekan Yusuf dari Nigeria.

Barisan tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah ‘Best Paper Award’ dan ‘Best Presenter Award’.

KOPERASI 8

SEPTEMBER 2024

ANGKASA-BANK MUAMALAT-KOPUTRA Perkukuh Kerjasama dalam Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Koperasi

Majlis Menandatangani MoU antara ANGKASA dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) dalam Sesi Dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi bertempat di Auditorium Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 9 September 2024.

Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ

ANGKASA komited menjalinkan kerjasama strategik dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) melibatkan suntikan modal dan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan Ar-Rahnu dan Emas kepada koperasi. Kerjasama strategik tersebut direalisasikan dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara ANGKASA dengan kedua-dua pihak berkenaan dalam Sesi Dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi bertempat di Auditorium Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 9 September 2024. Menerusi MoU antara ANGKASA dengan BMMB, kerjasama dalam Penawaran Program Pembangunan Usahawan i-TEKAD Koperasi bakal diwujudkan bagi mengenal pasti golongan asnaf dan B40 untuk menubuhkan koperasi melalui suntikan modal sebelum memulakan perniagaan Ar-Rahnu dan Emas. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Hubungan Strategik (HUB) ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya sambil disaksikan Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, manakala BMMB pula diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Encik Zury Rahimee Zainal Abiden dan disaksikan oleh Presiden merangkap Ketua

Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya memimpin Sesi Perbincangan Penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu. Turut sama ialah Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengerusi ANGKASA Negeri Sabah, Dr. Zhamriee Gulamrasul, Pengerusi ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan, Puan Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Abdul Hadi. Turut hadir ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin serta barisan pengurusan ANGKASA.

Pegawai Eksekutif BMMB, Encik Khairul Kamaruddin. Sementara itu, MoU kedua yang ditandatangani oleh ANGKASA dengan KOPUTRA yang diwakili Pengerusinya,

Haji Zaharudin Alias adalah bertujuan mewujudkan kerjasama dalam penawaran perkhidmatan konsultasi bagi menubuhkan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu dan Emas serta khidmat nasihat KOPUTRA kepada koperasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu dan Emas.

Terdahulu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dalam ucapan perasmiannya menyatakan, data yang dikeluarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 67 koperasi terlibat dalam perniagaan Ar-Rahnu berbanding 15,809 koperasi berdaftar seluruh

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

KOPERASI 9

SEPTEMBER 2024

Sesi Dialog Ar-Rahnu dan Emas Pilihan Perniagaan Gerakan Koperasi’ yang dikendalikan moderator, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik (HUB) ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) menampilkan panel jemputan. Mereka terdiri daripada Pengarah Bahagian Syariah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Kamal Hafis Razali (dua dari kiri), Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan & Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohamad Rasydi Abd Rashid (tengah), Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (dua dari kanan) dan Ketua Jabatan Ar-Rahnu Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Puan Herda Munizah Abdullah (kanan sekali).

negara. Perniagaan Ar-Rahnu koperasi dilihat berpotensi besar dan menguntungkan dengan pasarannya yang bernilai RM5 bilion. Menurut beliau, penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu dan Emas adalah langkah strategik yang dapat memperkukuh daya saing serta keberkesanan operasi koperasi dalam bidang Ar-Rahnu dan Emas, khususnya melibatkan pertukaran maklumat dan kepakaran teknologi. Sesi Dialog yang disertai seramai 113 pemimpin koperasi daripada 51 buah koperasi seluruh negara itu menampilkan empat panel jemputan yang membicarakan tajuk 'Ar-Rahnu dan Emas Pilihan Perniagaan Gerakan Koperasi'. Dialog tersebut dikendalikan oleh Pengurus Besar Kanan HUB, Dr. Hajah Salmah Ishak sebagai moderator. Empat panel jemputan berpengalaman itu terdiri

daripada Pengarah Bahagian Syariah, SKM, Encik Mohd Kamal Hafis Razali, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan & Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohamad Rasydi Abd Rashid, Haji Zaharudin Alias dan Ketua Jabatan Ar-Rahnu Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Puan Herda Munizah Abdullah. Selain itu, program turut membentangkan Hasil Kajian Isu dan Cabaran Perniagaan Ar-Rahnu yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Sesi Perbincangan Penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu yang dipimpin oleh Dr. Mohd. Azlan Yahya. Menerusi hasil perbincangan tersebut telah berjaya mewujudkan Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu yang dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Pengerusi Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU), Haji Samsudin Ismail mengemukakan pandangan ketika Sesi Perbincangan Penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tengah), Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (duduk, dua dari kiri), Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (duduk, kanan sekali), Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (BMMB), Encik Khairul Kamaruddin (duduk, dua dari kanan) dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (kiri sekali) bergambar bersama peserta Sesi Dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi.

KOPERASI 10

SEPTEMBER 2024

Kemudahan Dobi oleh Koperasi Masjid Permudahkan Urusan Harian Ahli Kariah

Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Encik Kyrie Azry (tengah) ketika merasmikan dobi layan diri yang diusahakan oleh Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad (COOPMSU) pada 7 September 2024.

Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Perkhidmatan dobi layan diri yang disediakan oleh Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sungai Buloh Berhad (COOPMSU) membantu koperasi itu meningkatkan pendapatan di samping memberi pilihan kepada ahli kariah untuk mendapatkan perkhidmatan dobi yang suci dan bersih. Perniagaan tersebut telah dibangunkan oleh COOPMSU dengan kerjasama serta sokongan ANGKASA dan Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (KONSORMAS). Kemudahan dobi yang sudah bermula operasinya sejak Jun 2024 itu telah dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Parlimen Sungai Buloh, Encik Kyrie Azry dalam satu majlis di perkarangan Masjid Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor pada 7 September 2024. Turut berlangsung adalah Sambutan Kemerdekaan peringkat masjid tersebut. Beliau dalam ucapannya berkata, aktiviti ekonomi koperasi memainkan peranan besar dalam mensejahtera dan memberikan nilai tambah kepada sesebuah komuniti. Katanya, koperasi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti melalui penyediaan keperluan asas, peningkatan peluang pekerjaan, penajaan aktiviti komuniti dan peningkatan kualiti hidup. Tambahnya lagi, koperasi kariah masjid adalah contoh koperasi komuniti yang mana anggotanya dapat terlibat aktif dalam aktiviti ekonomi dan memberikan manfaat kepada komuniti. Terdahulu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Islam sememangnya menganjurkan kita saling bantu-membantu dan koperasi adalah platform terbaik bagi berkongsi sumber, membina perniagaan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan antara satu sama lain. ANGKASA turut menyumbangkan duit zakat bernilai RM280,000 untuk projek dobi dan pembangunan asnaf di koperasi kariah masjid terpilih seluruh negara.

Encik Kyrie Azry menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada salah seorang penerima. Beliau turut menyeru semua pihak untuk terus memberikan sokongan padu agar koperasi kariah masjid dapat memainkan peranan yang lebih besar dan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Pengarah Perpaduan Negeri di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor, Encik Burhanuddin Haji Daud, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Berhad, Haji Hasnan Mustapha dan Nazir Masjid Saujana Utama Sungai Buloh, Dr Haji Saiful Farik Mat Yatin.

‘Dobi Masjid’ yang dibuka 24 jam membolehkan penduduk setempat menggunakan perkhidmatan mencuci pakaian pada bila-bila masa.

12

Dialog Perdagangan: Peluang Koperasi Berkembang Menerusi Kemajuan AI

LIPUTAN LUAR NEGARA

Peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ bergambar bersama Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden ANGKASA dan Naib Presiden ICA-AP (duduk, lima dari kiri).

Oleh NORASHIKIN LEMAN

AI dan Data Raya penting untuk koperasi khususnya dalam mengukuhkan kelebihan kompetitif organisasi berkenaan dan seterusnya memperluaskan jangkauan pasaran dalam rantau Asia Pasifik. “Program dialog ini bukan sahaja menjadi platform untuk pemimpin koperasi berbincang, bahkan juga peluang untuk meneroka aplikasi teknologi menerusi perkongsian daripada pakar industri dan inovator digital dari seluruh rantau Asia Pasifik dalam usaha membantu koperasi di rantau tersebut meningkatkan capaian pasaran, mengurangkan kos operasi

dan meningkatkan penglibatan pelanggan. Semoga delegasi koperasi yang hadir pada kali ini terlibat secara aktif, berkongsi pengalaman dan bekerjasama dalam menggerakkan sektor koperasi ke arah masa depan yang dipacu oleh teknologi digital. Kami amat berterima kasih kepada All- China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) atas sokongan dan tajaan mereka untuk menjayakan acara ini,” katanya. Hadir sama ialah Naib Presiden, Lembaga Penyelia, ACFSMC, Mr. Yi Zong, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Pengarah Yunnan Provincial Coop , Mr. Ligi Hi, Anggota Lembaga ANGKASA

Gerakan koperasi mempunyai peluang besar untuk berkembang sekiranya mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang dijangka menjadi salah satu input baharu untuk memacu pembangunan ekonomi. Menerusi Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’, Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA- AP) melihat potensi transformasi teknologi menerusi Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Raya ( Big Data ) yang bukan sahaja mengubah amalan perdagangan tradisional, malah membuka kemungkinan baharu untuk pertumbuhan dan kecekapan. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 September 2024 di Kunming, Wilayah Yunnan, China itu menghimpunkan 40 orang peserta terdiri daripada pemimpin koperasi dan pakar teknologi digital dari 14 negara, iaitu Iran, India, China, Jepun, Korea, Nepal, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Palestin, Singapura dan Sri Lanka. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden ANGKASA dan Naib Presiden ICA-AP dalam ucapannya berkata, perkembangan

merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Dialog Perdagangan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP serta dihoskan oleh ACFSMC. Program itu memberi fokus kepada tiga sesi utama, iaitu Memanfaatkan e-dagang untuk Pertumbuhan Koperasi; Data Raya dalam Perdagangan dan Perniagaan Koperasi dan Mengintegrasikan AI untuk Meningkatkan Operasi Koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan panel dialog sesi satu bertajuk 'Memanfaatkan e-dagang untuk Pertumbuhan Koperasi', iaitu Ms. Christie Rowena Corpuz Plantilla daripada Federation of Peoples' Sustainable Development Cooperative (Filipina) (kiri sekali), Mr. Cheng Haixing daripada FairPrice Group (Singapura) (dua dari kanan) dan Mr. Lim Sungwoo daripada National Agricultural Cooperative Federation (Korea) serta Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer sebagai moderator.

13

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersalaman dengan Pengarah Yunnan Provincial Coop , Mr. Ligui He.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh beramah mesra bersama delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Pengerusinya, Mr. Poramate Intarachumnum (kiri).

Dialog sesi dua bertajuk ‘Data Raya dalam Perdagangan dan Perniagaan Koperasi’ turut menampilkan Pengarah Eksekutif MyAngkasa Digital Services Sdn. Bhd., Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad (kiri) yang mewakili Malaysia.

Seramai 40 orang peserta menyertai program dialog tersebut.

MYISCO: Platform Perkhidmatan Kewangan Mikro Digital Koperasi dan Perniagaan Mikro

Oleh NORASHIKIN LEMAN

Menyifatkan Data Raya ( Big Data ) sebagai sumber baharu, Encik Muhammad Hudhaifa dalam perkongsiannya berkata, Data Raya adalah sumber kritikal untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi yang memacu pembangunan industri bagi menggerakkan kejayaan dan transformasi perniagaan. “Menerusi penggunaan yang diperoleh daripada data, perniagaan mikro dapat membuat keputusan dengan lebih baik, meningkatkan operasi dalam dunia yang semakin digital setiap hari. Pemerkasaan perniagaan kecil melalui strategi berasaskan data untuk berkembang maju dalam ekonomi digital. Menerusi penggunaan data raya, MYISCO merancang untuk memanfaatkan pertumbuhan digital dengan menyediakan koperasi dan

perniagaan mikro dengan penyelesaian kewangan digital yang mengurangkan penggunaan perbankan tradisional, meningkatkan kecekapan operasi dan mempromosikan pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat,” katanya. MYISCO disasar menjadi penyedia platform kewangan digital Islam sepenuhnya menjelang tahun 2025 dalam usaha mempermudahkan perbankan untuk sektor koperasi dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia. Melalui teknologi inovatif seperti penilaian kredit berasaskan AI, seni bina berasaskan awan dan analitik data raya MYISCO bersedia untuk mengubah cara koperasi dan PKS mengakses dan menggunakan perkhidmatan kewangan.

MYISCO, sebuah platform perkhidmatan kewangan mikro digital patuh Syariah di bawah MyAngkasa Digital Services (MDS) Sdn. Bhd. yang diterajui ANGKASA telah dijemput ke sesi dialog Dialog Perdagangan 'Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya'. MYISCO yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif MDS, Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad menyampaikan perkongsian bertajuk ' Unlocking Insights: Big Data Analytics for Cooperative Success' turut memperkenalkan projek terbaru, iaitu POSLET, transaksi perniagaan mikro yang menyediakan akses mampu milik kepada sistem point-of-sale (POS).

14

ANGKASA Teroka Teknologi Tanaman Cendawan dan Orkid di Yunnan

LIPUTAN LUAR NEGARA

Peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ bergambar ketika mengadakan lawatan ke Yunnan Supply and Marketing Electronic Commerce Co. Ltd . pada 5 September 2024.

Oleh NORASHIKIN LEMAN

ANGKASA teknologi dalam penanaman cendawan dan orkid di Yunnan, China yang terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan teknik pertanian yang maju. Yunnan menawarkan teknik canggih dan amalan terbaik dalam penanaman pelbagai jenis tanaman, justeru ANGKASA berusaha untuk memanfaatkan pengetahuan ini. meneroka Koperasi perlu memanfaatkan teknologi dan strategi perniagaan inovatif untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di peringkat global. “Selaras dengan misi koperasi untuk menyediakan produk berkualiti sambil menyokong komuniti, penggunaan data raya dapat menghubungkan pengeluar tempatan dengan pasaran global,” kata Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau berkata demikian ketika mengetuai lawatan kerja rasmi delegasi Malaysia dan peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ ke Y unnan Supply and Marketing Electronic Commerce Co. Ltd. pada 5 September 2024. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah Eksekutif MyANGKASA Digital Services Sdn. Bhd. (MDS), Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad.

Peserta mendengar penerangan yang diberikan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkata, ANGKASA berhasrat untuk menjadikan koperasi yang terlibat secara aktif dalam sektor pertanian di Yunnan sebagai rakan kongsi strategik agar dapat memanfaatkan kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh mereka. Yunnan Supply and Marketing Electronic Commerce telah memasuki industri e-dagang sejak tahun 2016 dan merupakan pakar dalam jualan secara dalam talian serta pengedaran produk pertanian, bahan pengeluaran pertanian dan keperluan harian di pasaran China dan global. Bagi meluaskan pasarannya, syarikat itu juga telah menubuhkan pusat operasi

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri) menunjukkan Golden Ear Mushroom yang dihasilkan oleh Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd.

15

Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. mampu mengeluarkan 10 tan cendawan segar setiap hari.

e-dagang dan cawangan di Yuxi, sebuah bandar di bahagian tengah Wilayah Yunnan bagi meningkatkan kecekapan logistik dan operasi serta memastikan penghantaran produk berkualiti tinggi kepada pelanggan di dalam dan luar negara. Pada hari berikutnya, delegasi Malaysia dan peserta melanjutkan lawatan kerja rasmi ke Songming County Flower Cooperative dan Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. Lawatan tersebut memberi peluang kepada delegasi untuk meneroka penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran produk pertanian terbesar di Wilayah Yunnan. Songming County Flower Cooperative mempunyai tapak penanaman seluas 400 ekar yang memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan teknologi pembiakan orkid. Koperasi berkenaan menggunakan aplikasi media sosial, Douyin secara meluas untuk pemasaran dan merupakan sebahagian daripada industri bunga yang lebih besar dan terkenal dengan pengeluaran bunga berkualiti tinggi, terutamanya Cymbidium orchids. Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. pula adalah pengedar tunggal Golden Ear Mushroom dan mampu mengeluarkan 10 tan cendawan segar setiap hari. Sepanjang lawatan, delegasi melawat pusat penghasilan cendawan yang mampu menghasilkan 130 tan cendawan dalam tempoh 45 hari dengan lebih 85 peratus daripadanya dieksport ke luar negara.

Pekerja Songming County Flower Cooperative menghasilkan gubahan bunga untuk tempahan pelbagai majlis serta memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika melawat antara ladang bunga yang diusahakan oleh Songming County Flower Cooperative.

KOPERASI 16

SEPTEMBER 2024

Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) SP25: Resipi Kejayaan KOPETRO

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai milik mereka, ArRahnuKita dengan merasmikan cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 12 Mei 2023.

Oleh RAHMAT MOHD DID

Menelusuri 44 tahun penubuhan Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO), koperasi yang berpusat di Kuala Lumpur itu telah melalui pelbagai rintangan dan naik turun sebelum dikenali sebagai antara koperasi terbaik di Malaysia. Dalam satu temubual bersama wakil Pelancar, Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim berkata, KOPETRO terus melakar kejayaan dengan mengekalkan kedudukan keempat dalam senarai Profil 10 Koperasi Terbaik. Koperasi itu turut memperoleh beberapa pengiktirafan baharu seperti Anugerah Superbrands 2023 – Malaysia’s Choice serta Anugerah Koperasi Terbaik bagi Sektor Pemborongan dan Peruncitan 2023 sempena Bulan Koperasi Kebangsaan.

KOPETRO telah memenangi pelbagai anugerah yang mengiktiraf pencapaiannya.

KOPETRO telah memenangi wang tunai berjumlah RM10,000 apabila berjaya mengekalkan kedudukan keempat dalam senarai Profil 10 Koperasi Terbaik di Malaysia.

Pengerusi KOPETRO, Encik Roslan Abdul Rahim.

KOPERASI 17

SEPTEMBER 2024

Barisan kepimpinan KOPETRO yang diketuai Encik Roslan telah mengadakan kunjungan hormat bertemu barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Ogos 2024.

KOPETRO menyediakan kemudahan lengkap bertaraf 5 bintang di rangkaian Hotel Singgah.

satu di negara, dengan jangkaan perolehan RM750 juta pada 2030 serta meningkatkan keanggotaan sehingga 17,000 orang. “Melihat kepada keberkesanan SP25 telah membantu KOPETRO untuk kekal fokus kepada matlamat jangka masa panjang, kami sudah mula merencana Pelan Strategik KOPETRO untuk lima tahun berikutnya, iaitu draf rangka kerja SP30. Hal ini demi memastikan KOPETRO sentiasa jelas dengan objektif dan hala tuju sebagai sebuah koperasi dan bergerak mengikut landasan demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam persekitaran yang semakin dinamik, matlamat KOPETRO adalah untuk penyampaian nilai yang baik, cekap dan mampan untuk kebaikan anggota, kakitangan dan semua pihak yang terlibat" tambahnya.

KOPETRO telah melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

“Dalamusahauntukmenciptakecemerlangan berterusan, Pelan Strategik KOPETRO 2021-2025 (SP25) telah dilaksanakan dan setakat Ogos 2023, 93 peratus telah berjaya dicapai. SP25 yang dilancarkan pada tahun 2021 merevolusikan hala tuju KOPETRO dengan menetapkan kecemerlangan dan kejayaan melalui empat teras strategik, iaitu ekonomi koperasi, portfolio yang mampan dan menguntungkan, kecemerlangan operasi serta kapasiti organisasi dan daya saing. Pelan ini menjadi panduan utama kepada KOPETRO dalam menjalankan tadbir urus perniagaan dan operasi dengan lebih baik dan tersusun. Visi, misi, objektif dan strategi yang jelas sangat membantu barisan kepimpinan dalam memacu KOPETRO walaupun berdepan dengan pelbagai situasi yang penuh cabaran,” katanya. Ketika beliau mengambil alih jawatan Pengerusi pada tahun 2022, KOPETRO sedang mengalami penurunan prestasi yang ketara akibat ketidaktentuan ekonomi ekoran pandemik wabak COVID-19. “KOPETRO mengalami kerugian sebanyak RM4 juta dan dividen anggota juga jatuh sehingga 1.25 peratus pada tahun 2021. Jadi, keyakinan anggota dan motivasi kakitangan juga menurun. Apa yang kami lakukan ketika itu adalah mewujudkan empat teras utama termasuk mengembalikan keyakinan

anggota menerusi dividen yang lebih tinggi, mengembangkan perniagaan sedia ada, memberi motivasi dan menukar budaya kerja kakitangan serta menceburkan diri dalam sektor perniagaan baharu. Pelbagai inisiatif yang kami laksanakan ketika itu antaranya termasuklah mengadakan 120 lawatan dan kunjungan hormat kepada PETRONAS, agensi-agensi kerajaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan koperasi bagi meningkatkan keterlihatan, melancarkan perniagaan baharu, iaitu ‘ArRahnukita’ serta mengadakan rapat umum bersama kakitangan di seluruh Malaysia. KOPETRO akhirnya berjaya bangkit semula dan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5.5 juta bagi tahun 2022. Perolehan juga meningkat secara signifikan daripada RM189 juta pada tahun 2021 kepada RM291 juta pada tahun 2022, manakala dividen saham meningkat kepada tiga peratus. Selain itu, kakitangan juga diberikan bonus sehingga dua bulan mengikut prestasi. Bagi tahun 2023, kami berjaya mengumumkan dividen tertinggi dalam sejarah KOPETRO merangkumi dividen saham enam peratus, dividen yuran lima peratus dan bonus saham 2.5 peratus,” jelasnya. Bercakap tentang visi dan harapan KOPETRO untuk lima tahun ke hadapan, beliau berharap KOPETRO berjaya menjadi koperasi nombor

Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) Block B-3-15, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur +603 – 2161 1990 info@kopetro.com.my Alamat

Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan

30 Oktober 1980

15,093 individu

https://www.facebook.com/kopetroberhad/ https://www.instagram.com/kopetroberhad/ https://www.youtube.com/@kopetrotv4392

Facebook Instagram You Tube

Perkhidmatan Kewangan • Pembiayaan Patuh Syariah • ArRahnukita • ProLindung (Takaful & Insuran) Pelancongan & Riadah • KOPETRO Travel & Tours • KOPETRO Hotel Perdagangan & Peruncitan • KOPETRO Trading & Services • KOPETRO Retails • KOPETRO Ventures

Aktiviti

Makan & Minuman • KOPETRO Food • KOPETRO Catering

KOPERASI 18

SEPTEMBER 2024

Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad Keindahan Desa Jadi Tarikan Utama Homestay Labu Kubong

Seramai 40 orang mewakili Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad telah mengadakan lawatan ke inap desa ( homestay ) Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad.

mengamalkan budaya Minang, terutamanya dalam penyediaan makanan. Menerusi pelbagai aktiviti yang berteraskan warisan budaya, pengunjung dapat menyelami tradisi masyarakat Melayu Perak dan Minangkabau yang jarang ditemui di kawasan lain. Kombinasi antara keindahan semula jadi dengan kekayaan budaya ini menjadikan Homestay Labu Kubong satu tempat yang memukau untuk dilawati. Sekalipun kampung ini berada jauh di pedalaman, keunikan dan keaslian yang ditawarkan menjadikannya destinasi pilihan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman kehidupan kampung yang sebenar. Melalui usaha gigih koperasi, masyarakat Kampung Labu Kubong bukan sahaja berjaya mengekalkan warisan mereka malah juga menjadikannya sebagai daya tarikan pelancongan yang berpotensi besar. Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan ANGKASA menunjukkan bahawa dengan perancangan dan pengurusan yang baik, pelancongan berasaskan komuniti boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Usaha berkenaan memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan sambil mengekalkan identiti budaya mereka yang unik. Sebelum pandemik COVID-19, komuniti kampung tersebut sudah biasa menerima kunjungan pelancong Eropah ketika kereta api Eastern & Oriental Express berhenti singgah untuk diselenggara antara enam hingga lapan jam di Kuala Kangsar.

Tempoh tersebut dimanfaatkan penduduk di situ untuk menyambut pelancong,membuktikan keupayaan masyarakat kampung dalam menyediakan aktiviti pelancongan tradisional Melayu yang menarik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, koperasi tersebut telah menerima kunjungan sejumlah 40 pelawat mewakili Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad. Kunjungan selama setengah hari itu diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan silat, sesi belajar membuat kraf tangan, menikmati hidangan tradisional seperti ‘bubur anak lebah’ dan melawat sekitar kampung dengan menaiki pengangkutan khas yang disumbangkan MOTAC. Pengerusi koperasi itu, Encik Mohamed Omar Khan Sk Mohideen Khan berkata lawatan ke Homestay Labu Kubong ibarat pulang ke kampung halaman sendiri. Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA bersedia membantu meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti menerusi beberapa inisiatif antaranya membangunkan potensi modal insan dalam perkhidmatan pelancongan, aktiviti pelancongan komprehensif bersama komuniti setempat dan pemasaran produk pelancongan.

Oleh NORLAILI MANSOR

Keindahan sawah padi menghijau menyajikan pemandangan yang memukau, menghampar luas seperti permaidani alam yang hidup. Di celah-celah deretan padi yang tumbuh subur, suasana tenang dan damai menyelimuti, sementara angin sepoi-sepoi menghembus lembut, menyerlahkan kehidupan desa yang sederhana namun penuh makna di tengah kehijauan ini. Begitulah apa yang dirasai oleh penulis apabila berkunjung ke Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak, di mana lebih 15 pengusaha inap desa atau homestay telah bergabung lalu menubuhkan Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad pada 2017. Penubuhan koperasi itu adalah sebagai ejen pembangunan program Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) bagi meningkatkan lagi keupayaan komuniti di kampung yang mendapat jolokan ‘Kampung Badang’ itu untuk berinteraksi dengan masyarakat luar secara langsung menerusi aktiviti pelancongan dan gerakan koperasi. Homestay Labu Kubong terkenal dengan keunikannya dalam menyediakan pelbagai aktiviti berunsur tradisional masyarakat Melayu Perak dan Minangkabau. Di tengah- tengah masyarakat Melayu Perak, terdapat keturunan Minangkabau yang tinggal dan terus Penolong Pengurus Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Kumpulan Pembangunan Koperasi

Pelawat turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti komuniti yang disediakan oleh Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 19

SEPTEMBER 2024

Koperasi Lijjat Papad Ubah Kehidupan Lebih 45 Ribu Wanita di India

Objektif utama penubuhan Lijjat Papad, sebuah koperasi yang diasaskan oleh tujuh wanita di India pada tahun 1959 adalah memperkasakan golongan wanita dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Oleh SHAMSIAH HAJI MAHLI Pegawai ANGKASA Negeri Sarawak

Setiap anggota mempunyai dalam menghasilkan papadom yang berkualiti dalam memenuhi permintaan masyarakat setempat terhadap bekalan makanan tersebut. Lijjat Papad juga telah berjaya memperluas rangkaian cawangannya ke seluruh India, membuktikan bahawa sebuah koperasi yang bermula secara kecil-kecilan mampu berkembang dengan pesat. rasa tanggungjawab

Lijjat Papad, sebuah koperasi yang diasaskan oleh tujuh wanita di Mumbai, India pada 1959 dengan bermodalkan 80 rupee (RM4.13) telah menjadi salah sebuah koperasi wanita yang berjaya mengubah kehidupan lebih 45,000 wanita di seluruh negara itu dengan menawarkan peluang pekerjaan. Suri rumah merupakan antara golongan yang menggerakkan perniagaan yang diusahakan oleh Lijjat Papad, iaitu menghasilkan papadom sekali gus menjadi ‘pemilik bersama’ koperasi berkenaan. Mereka yang juga merupakan anggota koperasi tersebut menghasilkan snek yang digemari ramai itu di kediaman masing-masing dengan mengambil doh di cawangan koperasi berkenaan sebelum Subuh, di samping menghantar papadom yang telah siap untuk proses pembungkusan dan pemasaran. Mereka turut menerima upah sesuai dengan jumlah papadom yang dihasilkan. Setelah 66 tahun ditubuhkan, koperasi tersebut turut menghasilkan produk lain seperti rempah ratus, capati dan tepung gandum Lijjat Papad adalah contoh koperasi yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama, sebaliknya memberikan manfaat kepada anggota dan masyarakat. Perniagaan mereka bermula daripada penghasilan doh sehingga ke peringkat pemasaran berpandukan prinsip ketiga koperasi, ‘Penglibatan Ekonomi oleh Anggota’.

Pekerjaan ini bergantung pada kemahiran dan tidak memerlukan pendidikan formal, membuka peluang kepada ramai wanita India untuk meraih pendapatan sendiri.

semangat gotong-royong dalam kalangan anggotanya. Setiap wanita yang terlibat mempunyai peranan penting dalam memastikan kualiti produk yang dihasilkan sentiasa tinggi dan memenuhi standard pasaran. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka lebih berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan yang mereka lakukan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga. Selain daripada memberikan manfaat ekonomi, Lijjat Papad juga memainkan peranan penting dalam memperkasakan wanita melalui pendidikan dan latihan. Koperasi tersebut kerap mengadakan sesi latihan bagi anggotanya untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pembuatan papadom, pengurusan kewangan dan kepimpinan. Usaha itu bukan sahaja membantu wanita untuk menjadi lebih berdikari, malah juga membuka peluang bagi mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi.

Selain menghasilkan papadom, Lijjat Papad turut mengeluarkan produk lain seperti rempah ratus, capati dan tepung gandum. Koperasi itu bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada wanita di kawasan bandar, malah turut memberi impak positif kepada wanita di kawasan luar bandar yang selama ini mungkin sukar untuk mencari sumber pendapatan yang stabil. Keberhasilan Lijjat Papad sebagai sebuah koperasi wanita terletak pada komitmen dan

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease