WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2024

12

Dialog Perdagangan: Peluang Koperasi Berkembang Menerusi Kemajuan AI

LIPUTAN LUAR NEGARA

Peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ bergambar bersama Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA-AP) yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden ANGKASA dan Naib Presiden ICA-AP (duduk, lima dari kiri).

Oleh NORASHIKIN LEMAN

AI dan Data Raya penting untuk koperasi khususnya dalam mengukuhkan kelebihan kompetitif organisasi berkenaan dan seterusnya memperluaskan jangkauan pasaran dalam rantau Asia Pasifik. “Program dialog ini bukan sahaja menjadi platform untuk pemimpin koperasi berbincang, bahkan juga peluang untuk meneroka aplikasi teknologi menerusi perkongsian daripada pakar industri dan inovator digital dari seluruh rantau Asia Pasifik dalam usaha membantu koperasi di rantau tersebut meningkatkan capaian pasaran, mengurangkan kos operasi

dan meningkatkan penglibatan pelanggan. Semoga delegasi koperasi yang hadir pada kali ini terlibat secara aktif, berkongsi pengalaman dan bekerjasama dalam menggerakkan sektor koperasi ke arah masa depan yang dipacu oleh teknologi digital. Kami amat berterima kasih kepada All- China Federation of Supply and Marketing Cooperatives (ACFSMC) atas sokongan dan tajaan mereka untuk menjayakan acara ini,” katanya. Hadir sama ialah Naib Presiden, Lembaga Penyelia, ACFSMC, Mr. Yi Zong, Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer, Pengarah Yunnan Provincial Coop , Mr. Ligi Hi, Anggota Lembaga ANGKASA

Gerakan koperasi mempunyai peluang besar untuk berkembang sekiranya mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang dijangka menjadi salah satu input baharu untuk memacu pembangunan ekonomi. Menerusi Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’, Ikatan Koperasi Antarabangsa Asia dan Pasifik (ICA- AP) melihat potensi transformasi teknologi menerusi Kecerdasan Buatan (AI) dan Data Raya ( Big Data ) yang bukan sahaja mengubah amalan perdagangan tradisional, malah membuka kemungkinan baharu untuk pertumbuhan dan kecekapan. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 September 2024 di Kunming, Wilayah Yunnan, China itu menghimpunkan 40 orang peserta terdiri daripada pemimpin koperasi dan pakar teknologi digital dari 14 negara, iaitu Iran, India, China, Jepun, Korea, Nepal, Filipina, Thailand, Vietnam, Kemboja, Malaysia, Palestin, Singapura dan Sri Lanka. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah selaku Presiden ANGKASA dan Naib Presiden ICA-AP dalam ucapannya berkata, perkembangan

merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh. Dialog Perdagangan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Perdagangan dan Perniagaan ICA-AP serta dihoskan oleh ACFSMC. Program itu memberi fokus kepada tiga sesi utama, iaitu Memanfaatkan e-dagang untuk Pertumbuhan Koperasi; Data Raya dalam Perdagangan dan Perniagaan Koperasi dan Mengintegrasikan AI untuk Meningkatkan Operasi Koperasi.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama barisan panel dialog sesi satu bertajuk 'Memanfaatkan e-dagang untuk Pertumbuhan Koperasi', iaitu Ms. Christie Rowena Corpuz Plantilla daripada Federation of Peoples' Sustainable Development Cooperative (Filipina) (kiri sekali), Mr. Cheng Haixing daripada FairPrice Group (Singapura) (dua dari kanan) dan Mr. Lim Sungwoo daripada National Agricultural Cooperative Federation (Korea) serta Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer sebagai moderator.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease