WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2024

13

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersalaman dengan Pengarah Yunnan Provincial Coop , Mr. Ligui He.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh beramah mesra bersama delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Pengerusinya, Mr. Poramate Intarachumnum (kiri).

Dialog sesi dua bertajuk ‘Data Raya dalam Perdagangan dan Perniagaan Koperasi’ turut menampilkan Pengarah Eksekutif MyAngkasa Digital Services Sdn. Bhd., Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad (kiri) yang mewakili Malaysia.

Seramai 40 orang peserta menyertai program dialog tersebut.

MYISCO: Platform Perkhidmatan Kewangan Mikro Digital Koperasi dan Perniagaan Mikro

Oleh NORASHIKIN LEMAN

Menyifatkan Data Raya ( Big Data ) sebagai sumber baharu, Encik Muhammad Hudhaifa dalam perkongsiannya berkata, Data Raya adalah sumber kritikal untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi yang memacu pembangunan industri bagi menggerakkan kejayaan dan transformasi perniagaan. “Menerusi penggunaan yang diperoleh daripada data, perniagaan mikro dapat membuat keputusan dengan lebih baik, meningkatkan operasi dalam dunia yang semakin digital setiap hari. Pemerkasaan perniagaan kecil melalui strategi berasaskan data untuk berkembang maju dalam ekonomi digital. Menerusi penggunaan data raya, MYISCO merancang untuk memanfaatkan pertumbuhan digital dengan menyediakan koperasi dan

perniagaan mikro dengan penyelesaian kewangan digital yang mengurangkan penggunaan perbankan tradisional, meningkatkan kecekapan operasi dan mempromosikan pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat,” katanya. MYISCO disasar menjadi penyedia platform kewangan digital Islam sepenuhnya menjelang tahun 2025 dalam usaha mempermudahkan perbankan untuk sektor koperasi dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia. Melalui teknologi inovatif seperti penilaian kredit berasaskan AI, seni bina berasaskan awan dan analitik data raya MYISCO bersedia untuk mengubah cara koperasi dan PKS mengakses dan menggunakan perkhidmatan kewangan.

MYISCO, sebuah platform perkhidmatan kewangan mikro digital patuh Syariah di bawah MyAngkasa Digital Services (MDS) Sdn. Bhd. yang diterajui ANGKASA telah dijemput ke sesi dialog Dialog Perdagangan 'Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya'. MYISCO yang diwakili oleh Pengarah Eksekutif MDS, Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad menyampaikan perkongsian bertajuk ' Unlocking Insights: Big Data Analytics for Cooperative Success' turut memperkenalkan projek terbaru, iaitu POSLET, transaksi perniagaan mikro yang menyediakan akses mampu milik kepada sistem point-of-sale (POS).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease