14
ANGKASA Teroka Teknologi Tanaman Cendawan dan Orkid di Yunnan
LIPUTAN LUAR NEGARA
Peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ bergambar ketika mengadakan lawatan ke Yunnan Supply and Marketing Electronic Commerce Co. Ltd . pada 5 September 2024.
Oleh NORASHIKIN LEMAN
ANGKASA teknologi dalam penanaman cendawan dan orkid di Yunnan, China yang terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan teknik pertanian yang maju. Yunnan menawarkan teknik canggih dan amalan terbaik dalam penanaman pelbagai jenis tanaman, justeru ANGKASA berusaha untuk memanfaatkan pengetahuan ini. meneroka Koperasi perlu memanfaatkan teknologi dan strategi perniagaan inovatif untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di peringkat global. “Selaras dengan misi koperasi untuk menyediakan produk berkualiti sambil menyokong komuniti, penggunaan data raya dapat menghubungkan pengeluar tempatan dengan pasaran global,” kata Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Beliau berkata demikian ketika mengetuai lawatan kerja rasmi delegasi Malaysia dan peserta Dialog Perdagangan ‘Memperkasa Koperasi Melalui Transformasi Digital: e-Dagang dan Data Raya’ ke Y unnan Supply and Marketing Electronic Commerce Co. Ltd. pada 5 September 2024. Turut hadir ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ICA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh dan Pengarah Eksekutif MyANGKASA Digital Services Sdn. Bhd. (MDS), Encik Muhammad Hudhaifa Ahmad.
Peserta mendengar penerangan yang diberikan.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga berkata, ANGKASA berhasrat untuk menjadikan koperasi yang terlibat secara aktif dalam sektor pertanian di Yunnan sebagai rakan kongsi strategik agar dapat memanfaatkan kepakaran dan teknologi yang dimiliki oleh mereka. Yunnan Supply and Marketing Electronic Commerce telah memasuki industri e-dagang sejak tahun 2016 dan merupakan pakar dalam jualan secara dalam talian serta pengedaran produk pertanian, bahan pengeluaran pertanian dan keperluan harian di pasaran China dan global. Bagi meluaskan pasarannya, syarikat itu juga telah menubuhkan pusat operasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kiri) menunjukkan Golden Ear Mushroom yang dihasilkan oleh Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease