15
Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. mampu mengeluarkan 10 tan cendawan segar setiap hari.
e-dagang dan cawangan di Yuxi, sebuah bandar di bahagian tengah Wilayah Yunnan bagi meningkatkan kecekapan logistik dan operasi serta memastikan penghantaran produk berkualiti tinggi kepada pelanggan di dalam dan luar negara. Pada hari berikutnya, delegasi Malaysia dan peserta melanjutkan lawatan kerja rasmi ke Songming County Flower Cooperative dan Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. Lawatan tersebut memberi peluang kepada delegasi untuk meneroka penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pemasaran produk pertanian terbesar di Wilayah Yunnan. Songming County Flower Cooperative mempunyai tapak penanaman seluas 400 ekar yang memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan teknologi pembiakan orkid. Koperasi berkenaan menggunakan aplikasi media sosial, Douyin secara meluas untuk pemasaran dan merupakan sebahagian daripada industri bunga yang lebih besar dan terkenal dengan pengeluaran bunga berkualiti tinggi, terutamanya Cymbidium orchids. Yunnan Mushroom Biotechnology Co., Ltd. pula adalah pengedar tunggal Golden Ear Mushroom dan mampu mengeluarkan 10 tan cendawan segar setiap hari. Sepanjang lawatan, delegasi melawat pusat penghasilan cendawan yang mampu menghasilkan 130 tan cendawan dalam tempoh 45 hari dengan lebih 85 peratus daripadanya dieksport ke luar negara.
Pekerja Songming County Flower Cooperative menghasilkan gubahan bunga untuk tempahan pelbagai majlis serta memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika melawat antara ladang bunga yang diusahakan oleh Songming County Flower Cooperative.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease