KOPERASI 17
SEPTEMBER 2024
Barisan kepimpinan KOPETRO yang diketuai Encik Roslan telah mengadakan kunjungan hormat bertemu barisan kepimpinan ANGKASA yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor pada 14 Ogos 2024.
KOPETRO menyediakan kemudahan lengkap bertaraf 5 bintang di rangkaian Hotel Singgah.
satu di negara, dengan jangkaan perolehan RM750 juta pada 2030 serta meningkatkan keanggotaan sehingga 17,000 orang. “Melihat kepada keberkesanan SP25 telah membantu KOPETRO untuk kekal fokus kepada matlamat jangka masa panjang, kami sudah mula merencana Pelan Strategik KOPETRO untuk lima tahun berikutnya, iaitu draf rangka kerja SP30. Hal ini demi memastikan KOPETRO sentiasa jelas dengan objektif dan hala tuju sebagai sebuah koperasi dan bergerak mengikut landasan demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Dalam persekitaran yang semakin dinamik, matlamat KOPETRO adalah untuk penyampaian nilai yang baik, cekap dan mampan untuk kebaikan anggota, kakitangan dan semua pihak yang terlibat" tambahnya.
KOPETRO telah melancarkan platform dalam talian yang dikenali sebagai proLindung yang membolehkan pengguna memperbaharui cukai jalan dan takaful kenderaan mereka dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
“Dalamusahauntukmenciptakecemerlangan berterusan, Pelan Strategik KOPETRO 2021-2025 (SP25) telah dilaksanakan dan setakat Ogos 2023, 93 peratus telah berjaya dicapai. SP25 yang dilancarkan pada tahun 2021 merevolusikan hala tuju KOPETRO dengan menetapkan kecemerlangan dan kejayaan melalui empat teras strategik, iaitu ekonomi koperasi, portfolio yang mampan dan menguntungkan, kecemerlangan operasi serta kapasiti organisasi dan daya saing. Pelan ini menjadi panduan utama kepada KOPETRO dalam menjalankan tadbir urus perniagaan dan operasi dengan lebih baik dan tersusun. Visi, misi, objektif dan strategi yang jelas sangat membantu barisan kepimpinan dalam memacu KOPETRO walaupun berdepan dengan pelbagai situasi yang penuh cabaran,” katanya. Ketika beliau mengambil alih jawatan Pengerusi pada tahun 2022, KOPETRO sedang mengalami penurunan prestasi yang ketara akibat ketidaktentuan ekonomi ekoran pandemik wabak COVID-19. “KOPETRO mengalami kerugian sebanyak RM4 juta dan dividen anggota juga jatuh sehingga 1.25 peratus pada tahun 2021. Jadi, keyakinan anggota dan motivasi kakitangan juga menurun. Apa yang kami lakukan ketika itu adalah mewujudkan empat teras utama termasuk mengembalikan keyakinan
anggota menerusi dividen yang lebih tinggi, mengembangkan perniagaan sedia ada, memberi motivasi dan menukar budaya kerja kakitangan serta menceburkan diri dalam sektor perniagaan baharu. Pelbagai inisiatif yang kami laksanakan ketika itu antaranya termasuklah mengadakan 120 lawatan dan kunjungan hormat kepada PETRONAS, agensi-agensi kerajaan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA dan koperasi bagi meningkatkan keterlihatan, melancarkan perniagaan baharu, iaitu ‘ArRahnukita’ serta mengadakan rapat umum bersama kakitangan di seluruh Malaysia. KOPETRO akhirnya berjaya bangkit semula dan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM5.5 juta bagi tahun 2022. Perolehan juga meningkat secara signifikan daripada RM189 juta pada tahun 2021 kepada RM291 juta pada tahun 2022, manakala dividen saham meningkat kepada tiga peratus. Selain itu, kakitangan juga diberikan bonus sehingga dua bulan mengikut prestasi. Bagi tahun 2023, kami berjaya mengumumkan dividen tertinggi dalam sejarah KOPETRO merangkumi dividen saham enam peratus, dividen yuran lima peratus dan bonus saham 2.5 peratus,” jelasnya. Bercakap tentang visi dan harapan KOPETRO untuk lima tahun ke hadapan, beliau berharap KOPETRO berjaya menjadi koperasi nombor
Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) Block B-3-15, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur +603 – 2161 1990 info@kopetro.com.my Alamat
Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan
30 Oktober 1980
15,093 individu
https://www.facebook.com/kopetroberhad/ https://www.instagram.com/kopetroberhad/ https://www.youtube.com/@kopetrotv4392
Facebook Instagram You Tube
Perkhidmatan Kewangan • Pembiayaan Patuh Syariah • ArRahnukita • ProLindung (Takaful & Insuran) Pelancongan & Riadah • KOPETRO Travel & Tours • KOPETRO Hotel Perdagangan & Peruncitan • KOPETRO Trading & Services • KOPETRO Retails • KOPETRO Ventures
Aktiviti
Makan & Minuman • KOPETRO Food • KOPETRO Catering
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease