KOPERASI 18
SEPTEMBER 2024
Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad Keindahan Desa Jadi Tarikan Utama Homestay Labu Kubong
Seramai 40 orang mewakili Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad telah mengadakan lawatan ke inap desa ( homestay ) Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad.
mengamalkan budaya Minang, terutamanya dalam penyediaan makanan. Menerusi pelbagai aktiviti yang berteraskan warisan budaya, pengunjung dapat menyelami tradisi masyarakat Melayu Perak dan Minangkabau yang jarang ditemui di kawasan lain. Kombinasi antara keindahan semula jadi dengan kekayaan budaya ini menjadikan Homestay Labu Kubong satu tempat yang memukau untuk dilawati. Sekalipun kampung ini berada jauh di pedalaman, keunikan dan keaslian yang ditawarkan menjadikannya destinasi pilihan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman kehidupan kampung yang sebenar. Melalui usaha gigih koperasi, masyarakat Kampung Labu Kubong bukan sahaja berjaya mengekalkan warisan mereka malah juga menjadikannya sebagai daya tarikan pelancongan yang berpotensi besar. Sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan ANGKASA menunjukkan bahawa dengan perancangan dan pengurusan yang baik, pelancongan berasaskan komuniti boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Usaha berkenaan memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan sambil mengekalkan identiti budaya mereka yang unik. Sebelum pandemik COVID-19, komuniti kampung tersebut sudah biasa menerima kunjungan pelancong Eropah ketika kereta api Eastern & Oriental Express berhenti singgah untuk diselenggara antara enam hingga lapan jam di Kuala Kangsar.
Tempoh tersebut dimanfaatkan penduduk di situ untuk menyambut pelancong,membuktikan keupayaan masyarakat kampung dalam menyediakan aktiviti pelancongan tradisional Melayu yang menarik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, koperasi tersebut telah menerima kunjungan sejumlah 40 pelawat mewakili Koperasi Sungai Gelugor Pulau Pinang Berhad. Kunjungan selama setengah hari itu diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan silat, sesi belajar membuat kraf tangan, menikmati hidangan tradisional seperti ‘bubur anak lebah’ dan melawat sekitar kampung dengan menaiki pengangkutan khas yang disumbangkan MOTAC. Pengerusi koperasi itu, Encik Mohamed Omar Khan Sk Mohideen Khan berkata lawatan ke Homestay Labu Kubong ibarat pulang ke kampung halaman sendiri. Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan ANGKASA bersedia membantu meningkatkan penglibatan koperasi dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti menerusi beberapa inisiatif antaranya membangunkan potensi modal insan dalam perkhidmatan pelancongan, aktiviti pelancongan komprehensif bersama komuniti setempat dan pemasaran produk pelancongan.
Oleh NORLAILI MANSOR
Keindahan sawah padi menghijau menyajikan pemandangan yang memukau, menghampar luas seperti permaidani alam yang hidup. Di celah-celah deretan padi yang tumbuh subur, suasana tenang dan damai menyelimuti, sementara angin sepoi-sepoi menghembus lembut, menyerlahkan kehidupan desa yang sederhana namun penuh makna di tengah kehijauan ini. Begitulah apa yang dirasai oleh penulis apabila berkunjung ke Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar, Perak, di mana lebih 15 pengusaha inap desa atau homestay telah bergabung lalu menubuhkan Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad pada 2017. Penubuhan koperasi itu adalah sebagai ejen pembangunan program Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) bagi meningkatkan lagi keupayaan komuniti di kampung yang mendapat jolokan ‘Kampung Badang’ itu untuk berinteraksi dengan masyarakat luar secara langsung menerusi aktiviti pelancongan dan gerakan koperasi. Homestay Labu Kubong terkenal dengan keunikannya dalam menyediakan pelbagai aktiviti berunsur tradisional masyarakat Melayu Perak dan Minangkabau. Di tengah- tengah masyarakat Melayu Perak, terdapat keturunan Minangkabau yang tinggal dan terus Penolong Pengurus Seksyen Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Kumpulan Pembangunan Koperasi
Pelawat turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti komuniti yang disediakan oleh Koperasi Homestay Labu Kubong Kuala Kangsar Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease