PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 19
SEPTEMBER 2024
Koperasi Lijjat Papad Ubah Kehidupan Lebih 45 Ribu Wanita di India
Objektif utama penubuhan Lijjat Papad, sebuah koperasi yang diasaskan oleh tujuh wanita di India pada tahun 1959 adalah memperkasakan golongan wanita dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.
Oleh SHAMSIAH HAJI MAHLI Pegawai ANGKASA Negeri Sarawak
Setiap anggota mempunyai dalam menghasilkan papadom yang berkualiti dalam memenuhi permintaan masyarakat setempat terhadap bekalan makanan tersebut. Lijjat Papad juga telah berjaya memperluas rangkaian cawangannya ke seluruh India, membuktikan bahawa sebuah koperasi yang bermula secara kecil-kecilan mampu berkembang dengan pesat. rasa tanggungjawab
Lijjat Papad, sebuah koperasi yang diasaskan oleh tujuh wanita di Mumbai, India pada 1959 dengan bermodalkan 80 rupee (RM4.13) telah menjadi salah sebuah koperasi wanita yang berjaya mengubah kehidupan lebih 45,000 wanita di seluruh negara itu dengan menawarkan peluang pekerjaan. Suri rumah merupakan antara golongan yang menggerakkan perniagaan yang diusahakan oleh Lijjat Papad, iaitu menghasilkan papadom sekali gus menjadi ‘pemilik bersama’ koperasi berkenaan. Mereka yang juga merupakan anggota koperasi tersebut menghasilkan snek yang digemari ramai itu di kediaman masing-masing dengan mengambil doh di cawangan koperasi berkenaan sebelum Subuh, di samping menghantar papadom yang telah siap untuk proses pembungkusan dan pemasaran. Mereka turut menerima upah sesuai dengan jumlah papadom yang dihasilkan. Setelah 66 tahun ditubuhkan, koperasi tersebut turut menghasilkan produk lain seperti rempah ratus, capati dan tepung gandum Lijjat Papad adalah contoh koperasi yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama, sebaliknya memberikan manfaat kepada anggota dan masyarakat. Perniagaan mereka bermula daripada penghasilan doh sehingga ke peringkat pemasaran berpandukan prinsip ketiga koperasi, ‘Penglibatan Ekonomi oleh Anggota’.
Pekerjaan ini bergantung pada kemahiran dan tidak memerlukan pendidikan formal, membuka peluang kepada ramai wanita India untuk meraih pendapatan sendiri.
semangat gotong-royong dalam kalangan anggotanya. Setiap wanita yang terlibat mempunyai peranan penting dalam memastikan kualiti produk yang dihasilkan sentiasa tinggi dan memenuhi standard pasaran. Hal ini secara tidak langsung menjadikan mereka lebih berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap pekerjaan yang mereka lakukan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga. Selain daripada memberikan manfaat ekonomi, Lijjat Papad juga memainkan peranan penting dalam memperkasakan wanita melalui pendidikan dan latihan. Koperasi tersebut kerap mengadakan sesi latihan bagi anggotanya untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pembuatan papadom, pengurusan kewangan dan kepimpinan. Usaha itu bukan sahaja membantu wanita untuk menjadi lebih berdikari, malah juga membuka peluang bagi mereka untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi.
Selain menghasilkan papadom, Lijjat Papad turut mengeluarkan produk lain seperti rempah ratus, capati dan tepung gandum. Koperasi itu bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada wanita di kawasan bandar, malah turut memberi impak positif kepada wanita di kawasan luar bandar yang selama ini mungkin sukar untuk mencari sumber pendapatan yang stabil. Keberhasilan Lijjat Papad sebagai sebuah koperasi wanita terletak pada komitmen dan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease