WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2024

3 ANGKASA

SEPTEMBER 2024

ANGKASA Pulau Pinang Sertai Perbarisan Hari Kebangsaan Kali Ketiga Berturut-turut

Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang yang menyertai Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di George Town, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2024.

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow dan YABhg. Puan Tan Lian Kee serta barisan dif-dif kehormat. Kontinjen ANGKASA yang dibarisi oleh Anggota Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang serta wakil koperasi negeri telah dipimpin oleh Pengerusi ANGKASA Negeri, Dato’ Haji Mohd Jamil Othman yang turut dijemput oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu khas pada majlis tersebut. Meskipun hujan renyai, orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan acara perbarisan dan perarakan bermula dari Lebuh Light menghala ke Jalan Padang Kota Lama melibatkan sejumlah 106 kontinjen yang mewakili pelbagai kategori

termasuk kontinjen berkenderaan, dengan kekuatan seramai 10,145 orang. Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan koir lagu patriotik oleh pelajar sekolah, persembahan gabungan tarian tiga kaum dan persembahan gendang. Dalam Kenangan Al-Fatihah

ANGKASA Negeri Pulau Pinang meneruskan tradisi penyertaan buat kali ketiga berturut-turut dalam Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 bertempat di George Town, Pulau Pinang pada 31 Ogos 2024. Seramai 70 koperator berpeluang mewakili 20 buah koperasi masing-masing dalam sambutan tahunan yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

Mohd Fitri Ibrahim Aftar Pembantu Am ANGKASA Negeri Pulau Pinang

Salam takziah daripada: Presiden, Timbalan Presiden, Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengurusan Tertinggi ANGKASA dan Sidang Pengarang PELANCAR

Kontinjen ANGKASA Negeri Pulau Pinang bersemangat menyertai perbarisan.

Dari Meja Presiden

ilmu pengetahuan serta kemahiran bagi menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks dan dinamik Dalam konteks kepimpinan koperasi pula, jiwa merdeka memerlukan mereka sentiasa bertanggungjawab menggalas amanah dengan penuh minat, tekun, gigih, bersungguh- sungguh, adil dan telus. Hanya dengan pemikiran yang matang dan berwawasan, kita mampu membawa kecemerlangan kepada gerakan koperasi negara.

Sejak 67 tahun mengecap nikmat kemerdekaan, Malaysia semakin matang dan telah melalui pelbagai kemajuan hasil daripada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial yang progresif. Begitu juga dengan perkembangan gerakan koperasi negara yang tidak ketinggalan melalui pelbagai perubahan dalam meraih kejayaan membanggakan demi kemakmuran ekonomi sejagat. Kemerdekaan ternyata telah berjaya mencipta peluang kepada koperasi untuk membangun dan maju dalam pelbagai sumber dan potensi yang negara miliki. Tema Malaysia MADANI: 'Jiwa Merdeka’ yang dipilih untuk sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun 2024 diharap dapat menyemarakkan jiwa merdeka dalam kalangan warga koperasi dan berusaha untuk melengkapkan diri dengan

Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 kepada seluruh warga koperasi di seluruh negara. Semoga semangat kemerdekaan akan terus subur dalam jiwa dan menjadi pendorong untuk berusaha menjadikan gerakan koperasi relevan dan berdaya saing dalam pasaran terbuka. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease