ANGKASA 4
SEPTEMBER 2024
Kerajaan Kelantan Puji Usaha ANGKASA Memartabatkan Sukan Petanque
Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 2024 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Tuan Bahari Mohamad Nor (empat dari kanan) yang mewakili Menteri Besar Kelantan.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Usaha ANGKASA memartabatkan sukan petanque dan apa juga program kemasyarakatan dalam mempromosikan aktiviti kesukarelawanan wajar dipuji dan menjadi contoh kepada NGO yang lain. "Budaya kesukarelawanan dalam prinsip berkoperasi adalah satu asas penting dalam membina masyarakat yang lebih prihatin, penyayang dan harmoni.” Demikian menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Tuan Bahari Mohamad Nor ketika Majlis Perasmian dan Makan Malam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 2024. Beliau yang mewakili Menteri Besar Kelantan berkata, dengan adanya program sukan seperti yang dilaksanakan oleh ANGKASA, Kerajaan Negeri berharap dapat menggalakkan lebih ramai belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, seterusnya membantu menangani masalah kesihatan mental dan fizikal yang menjadi 'musuh senyap' dalam kehidupan masyarakat. "Sukan petanque yang semakin popular di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah berjaya menarik minat terutamanya dalam kalangan belia kerana sukan ini bukan sekadar memerlukan ketangkasan fizikal, tetapi juga strategi dan kerjasama erat antara ahli pasukan. Saya yakin kejohanan seperti ini mampu mengukuhkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan peserta tanpa mengira usia, kaum dan agama.”
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang mewakili Presiden ANGKASA ketika menyampaikan ucapan.
YB Tuan Bahari ketika menyampaikan ucapan perasmian.
kejayaan koperasi," jelasnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Encik Zainuddin Mohamed, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan merangkap Penganjur Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Haji Wan Mohamad Zain Wan Abdullah. Turut hadir ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), barisan Pengerusi ANGKASA Negeri serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh.
Terdahulu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya yang mewakili Presiden ANGKASA dalam ucapan aluannya berkata, aktiviti berkoperasi bukan hanya tertumpu kepada aspek perniagaan semata-mata. "Dalam memastikan koperasi dapat dikemudi dengan baik, kesihatan fizikal dan mental anggota menjadi keutamaan yang perlu diberi perhatian. Mengikut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan. Manakala 3.6 juta rakyat di negara ini bersamaan dengan 15.6 peratus menghidapi penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Oleh itu, pelbagai program berkaitan gaya hidup sihat perlu diadakan, seperti kejohanan sukan, kempen kesedaran kesihatan dan sokongan mental bagi memastikan anggota kekal cergas, sihat serta mampu memberi sumbangan berkesan kepada
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease