ANGKASA 5
SEPTEMBER 2024
Popularkan Petanque Hingga Ke Peringkat Global Sebagai Sukan Rasmi Koperasi
ANGKASA komited menganjurkan kejohanan petanque peringkat kebangsaan setiap tahun.
Oleh RAHMAT MOHD DID
Sudah tiba masanya sukan petanque diperkasa ke peringkat yang lebih tinggi dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk kerajaan, agensi, sekolah dan masyarakat. Menurut Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, beliau mencadangkan kerajaan di setiap negeri untuk mempertimbangkan pembinaan padang petanque bagi kegunaan masyakarat. "Penyediaan prasarana ini mampu menyumbang kepada potensi untuk dijadikan sebagai one stop centre bagi urusan latihan bagi mengembangkan potensi dan bakat atlet untuk diketengahkan sehingga ke peringkat kebangsaan dan mungkin antarabangsa. Melalui sokongan padu daripada pihak kerajaan, ANGKASA yakin sukan ini akan menyinar dengan gemilang dan lebih dikenali," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Gelanggang Petanque Tunjong, Kota Bharu, Kelantan pada 15 September 2024. Tambahnya, sekolah juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan fasiliti asas petanque sebagai usaha menanam minat dalam kalangan pelajar sekali gus memudahkan mereka untuk melakukan latihan. "Sudah masanya juga bagi ANGKASA untuk menjemput badan dan agensi yang mesra koperasi untuk turut serta dalam kejohanan ini seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).
Johan bagi Kategori Pelajar Perempuan dimenangi oleh pasukan Pahang 1.
Johan bagi Kategori Pelajar Lelaki dimenangi oleh pasukan Melaka.
Johan bagi Kategori Dewasa Lelaki dimenangi oleh pasukan Kelantan.
Johan bagi Kategori Dewasa Wanita dimenangi oleh pasukan Perlis.
Langkah ini pastinya akan menjadikan sukan ini lebih kompetitif dan popular," ujarnya. Beliau juga melihat potensi petanque untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa khususnya ASEAN menerusi promosi di Persidangan ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Koperasi Asia Pasifik. Kejohanan yang dianjurkan selama dua hari itu menyaksikan penyertaan seramai 224 orang daripada seluruh negara dalam lima kategori. Bagi Kategori Pelajar Perempuan,
tempat pertama dimenangi oleh pasukan Pahang 1 manakala Kategori Pelajar Lelaki pula dimenangi pasukan Melaka. Kategori Dewasa Wanita telah dimenangi oleh pasukan Perlis
Kategori Jemputan Khas telah dimenangi oleh pasukan Kedah.
Sementara itu, bagi Kategori Jemputan Khas (Anggota Lembaga ANGKASA, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dan Pengurusan Kanan ANGKASA), tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan Kedah.
dan Kategori Dewasa Lelaki pula dimenangi pasukan Kelantan.
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease