WADAH PELANCAR EDISI SEPTEMBER 2024

KOPERASI 9

SEPTEMBER 2024

Sesi Dialog Ar-Rahnu dan Emas Pilihan Perniagaan Gerakan Koperasi’ yang dikendalikan moderator, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik (HUB) ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak (kiri sekali) menampilkan panel jemputan. Mereka terdiri daripada Pengarah Bahagian Syariah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Mohd Kamal Hafis Razali (dua dari kiri), Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan & Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia, Encik Mohamad Rasydi Abd Rashid (tengah), Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (dua dari kanan) dan Ketua Jabatan Ar-Rahnu Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Puan Herda Munizah Abdullah (kanan sekali).

negara. Perniagaan Ar-Rahnu koperasi dilihat berpotensi besar dan menguntungkan dengan pasarannya yang bernilai RM5 bilion. Menurut beliau, penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu dan Emas adalah langkah strategik yang dapat memperkukuh daya saing serta keberkesanan operasi koperasi dalam bidang Ar-Rahnu dan Emas, khususnya melibatkan pertukaran maklumat dan kepakaran teknologi. Sesi Dialog yang disertai seramai 113 pemimpin koperasi daripada 51 buah koperasi seluruh negara itu menampilkan empat panel jemputan yang membicarakan tajuk 'Ar-Rahnu dan Emas Pilihan Perniagaan Gerakan Koperasi'. Dialog tersebut dikendalikan oleh Pengurus Besar Kanan HUB, Dr. Hajah Salmah Ishak sebagai moderator. Empat panel jemputan berpengalaman itu terdiri

daripada Pengarah Bahagian Syariah, SKM, Encik Mohd Kamal Hafis Razali, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan & Perundingan Koperasi, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohamad Rasydi Abd Rashid, Haji Zaharudin Alias dan Ketua Jabatan Ar-Rahnu Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad, Puan Herda Munizah Abdullah. Selain itu, program turut membentangkan Hasil Kajian Isu dan Cabaran Perniagaan Ar-Rahnu yang disampaikan oleh Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Dr. Noraini Mohamad dan Sesi Perbincangan Penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu yang dipimpin oleh Dr. Mohd. Azlan Yahya. Menerusi hasil perbincangan tersebut telah berjaya mewujudkan Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu yang dijangka selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Pengerusi Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU), Haji Samsudin Ismail mengemukakan pandangan ketika Sesi Perbincangan Penubuhan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tengah), Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (duduk, dua dari kiri), Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik (duduk, kanan sekali), Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (BMMB), Encik Khairul Kamaruddin (duduk, dua dari kanan) dan Pengerusi KOPUTRA, Haji Zaharudin Alias (kiri sekali) bergambar bersama peserta Sesi Dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease