1. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan tempat bengkel kerja sepanjang bengkel kerja dijalankan. Sekiranya ada keperluan atau kecemasan, peserta hendaklah menghubungi Penyelaras Projek mata pelajaran atau urus setia bagi mendapatkan kebenaran.
2. Jadual bengkel kerja hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Peserta hendaklah menepati waktu.
3. Semua borang tuntutan perjalanan yang telah lengkap beserta dengan salinan surat panggilan dan muka hadapan buku bank (gaji) serta salinan slip gaji hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Projek mata pelajaran sebelum tamat bengkel kerja.
4. Peserta hendaklah memakai pakaian rasmi dan sopan sepanjang bengkel kerja bertepatan dengan etika pemakaian penjawat awam.
5. Peserta hendaklah memastikan telefon bimbit dalam keadaan mod senyap sepanjang bengkel kerja.
6. Peserta dilarang membawa orang luar termasuk ahli keluarga ke bilik penginapan, bilik bengkel kerja atau dewan makan.
7. Semua peserta diminta memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang bengkel kerja berlangsung.
8. Peserta diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan diri dan keselamatan barangan peribadi terutama barangan yang berharga.
9. Bengkel kerja ini adalah SULIT dan peserta tidak dibenarkan memuat naik gambar atau status serta bahan bengkel ke media sosial dan kenalan.
Made with FlippingBook interactive PDF creator