Kepentingan ibu bersama bayi (Rooming In) 24 Jam sehari
Cadangan menenangkan bayi sedang menangis • Dukung dan dodoi bayi
• Bayi belajar mengenali ibunya • Bayi tidur nyenyak • Membentuk ritma jaga dan tidur bayi • Ibu mengenal tanda-tanda bayi ingin menyusu • Bayi disusukan mengikut kehendaknya • Mengeratkan kasih sayang • Merangsang pengaliran & pengeluaran susu • Kurangkan risiko jangkitan pada bayi
• Lakukan sentuhan kulit ke kulit • Berkomunikasi dengan bayi
Berapa kerap bayi menyusu? • Pada bila-bila masa (siang & malam) mengikut kehendak bayi dan dengan memerhati tanda-tanda bayi ingin menyusu • Apabila payudara ibu terasa penuh Berapa lama bayi perlu menyusu? Sesi penyusuan yang berkesan ialah apabila: • Posisi, pelekapan dan hisapan bayi adalah betul • Ibu dapat merasakan aliran susu (let down) di dalam payudara dan dihisap oleh bayi hingga terasa kosong (kenyang dan telah mendapat susu akhir) • Bayi akhirnya mengakhiri penyusuan dengan melepaskan payudara ibu Tanda-tanda bayi kenyang • Pada permulaan penyusuan, biasanya bayi menegang- kan tubuhnya tetapi setelah dapat menghisap dengan baik, tubuh bayi akan beransur dalam keadaan rehat • Kebanyakkan bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri selepas merasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap dengan perlahan sehingga tertidur • Pastikan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis, sebelum memberikan payudara yang sebelah lagi, supaya bayi mendapat susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan nutrien serta meningkatkan penghasilan susu
Tanda-tanda bayi ingin menyusu dengan susu ibu (Feeding Cues) • Bayi mendapat imunisasi pertama daripada susu ibu • Mengekalkan penghasilan susu dan merangsang pengeluaran susu dengan cepat • Mengurangkan risiko jaundis • Mengurangkan bengkak payudara • Bayi kurang menangis (kurang kebarangkalian untuk ibu memberikan susu gantian lain) • Membantu peningkatan berat badan bayi Kepentingan penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi (On Demand) atau dorongan bayi (Baby-Led Feeding) atau apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (Feeding Cues)
Tanda awal : “Saya lapar”
Sedikit gerakan
Buka mulut
Kepala gerak ke kiri kanan ‘mencari’
Tanda pertengahan : “Saya sangat Lapar”
Menggeliat
Gerakan semakin aktif
Tangan di mulut
Tanda lambat : “Tenangkan saya, dan beri saya makan”
Menangis
Gerakan yang banyak
Muka bertukar kemerah-merahan
Made with FlippingBook Ebook Creator