Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu yang secukupnya Kepentingan penyusuan kerap • Memastikan bayi mendapat susu dengan cukup • Mengekalkan penghasilan susu • Mengelakkan bengkak payudara • Merangsang pengeluaran susu dengan cepat Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi • Mulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas kelahiran. • Memberikan penyusuan susu ibu dengan kerap dan bila-bila perlu (on demand). • Tidak memberi bayi minuman atau makanan lain selain susu ibu. • Tenangkan fikiran dan rehat secukupnya. • Makan makanan yang seimbang dan minuman secukupnya mengikut keperluan. • Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak. • Menyusu dengan posisi dan pelekapan yang betul. • Tidak memberi sebarang puting kosong / puting tiruan. • Makanan tambahan dimulakan pada umur 6 bulan. • Memerah susu pada bila-bila perlu (ibu bekerja / bayi dipisahkan) kerana sakit / bengkak payudara. 1. Ransang pengaliran susu ibu bagi merangsang refleks oksitosin seperti cara berikut: Cara memerah susu ibu menggunakan tangan: • Duduk dalam keadaan selesa dan tenang • Fikirkan tentang bayi • Tuam panas payudara • Melakukan urutan • Melakukan rangsangan lembut di sekitar payudara
2. Keluarkan susu pada keseluruhan saluran susu
• Ibu jari dan jari telunjuk diletakkan setentang pada bahagian tepi areola. • Jari lain mengampu payudara.
• Tekan ibu jari & jari telunjuk ke belakang (ke arah tulang dada). • Perah dan sasarkan kepada saluran susu untuk membantu aliran susu keluar.
• Lepaskan tekanan pada payudara.
3. Ulang semula konsep TEKAN KE BELAKANG – PERAH – LEPAS beberapa kali sehingga susu habis dikeluarkan. • Tekan dan perah di seluruh bahagian payudara untuk memastikan payudara kosong sepenuhnya.
Made with FlippingBook Ebook Creator