WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

Wadah

JANUARI 2025 JILID: WP07/1

ANGKASACoop

www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menerima zakat perniagaan ANGKASA bagi Negeri Perak kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM355,528.73. Penyerahan wang zakat tersebut telah berlangsung di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada 24 Disember 2024 dan ANGKASA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah. Majlis penyerahan tersebut telah disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, Orang Kaya Besar Maharaja ANGKASA Negeri Perak Tunai Zakat Perniagaan 2023 Sebanyak RM355,528.73

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan daripada ANGKASA bagi Negeri Perak yang diwakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berjumlah RM355,528.73. (Kredit foto: Facebook rasmi Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak).

Diraja, Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan, Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra, Datuk Abdul Rahman Mohamed Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh. Sebagai rekod, agihan zakat perniagaan ANGKASA bagi Negeri Perak

untuk tahun 2023 telah mencatatkan peningkatan sebanyak RM106,100.54 berbanding RM249,428.19 pada tahun 2022. Wakil ANGKASA yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Dr. Syaharina Abdullah.

Mohon Kecualikan Cukai Modal Berbayar Koperasi untuk Pulangan Lebih Besar kepada Anggota.

ANGKASA Seru DEKOPIN Bersama-sama Majukan Gerakan Koperasi Muslim.

ANGKASA - UUM Perbaharui MoU, Pastikan Kesinambungan Kerjasama Strategik.

8 muka

10

13

muka

muka

Sila Klik Kod QR untuk maklumat lanjut

2

Koperasi Sekolah Model Kemenjadian Usahawan Muda di Peringkat Global

Oleh: RAHMAT MOHD DID

malah dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Menurut beliau, IYC2025 merupakan medan terbaik untuk memperkukuh peranan koperasi sekolah dalam membangunkan sifat keusahawanan dan modal insan berkualiti. Menerusi sambutan IYC2025, koperasi sekolah disaran untuk meneroka peluang keusahawanan melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan hasil kolaborasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. "Saya juga yakin dan percaya menerusi penglibatan dalam IYC2025 ini, koperasi sekolah dapat meneroka sektor-sektor baharu yang lebih relevan dengan perkembangan semasa seperti ekonomi digital, teknologi hijau dan industri kreatif”, katanya. Tambah beliau, ANGKASA turut melihat potensi luas untuk meningkatkan perkongsian sumber dan kepakaran antara koperasi di ASEAN dan Asia khususnya model koperasi sekolah. “Keunikan koperasi sekolah di Malaysia, ditambah dengan kejayaan pencapaian sebanyak 37 buah koperasi sekolah membabitkan koperasi

sekolahKPM(19buah-Harian,KolejVokasional, Agama) dan MARA - MRSM (18 buah) telah berjaya mencatat perolehan lebih RM1 juta manakala sebuah koperasi (Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad) mencapai perolehan RM2 juta. Pencapaian ini menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing. Sebagai contoh, di Kemboja, dua buah koperasi sekolah telah berjaya ditubuhkan, iaitu Norol Iman High School Cooperative dan An-Nikmah School Cooperative. Ini merupakan satu kebanggaan kerana tanpa usaha berterusan daripada para guru dan pelajar, kejayaan seperti ini tidak mungkin dapat dicapai. Sekiranya lebih banyak koperasi sekolah ditubuhkan di luar negara, lebih banyak peluang kerjasama strategik dan perniagaan serantau antara koperasi dapat diwujudkan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar melalui pengalaman perniagaan rentas negara, malah menyumbang kepada peningkatan perolehan koperasi sekolah pada masa hadapan,” jelasnya. Sebanyak 300 koperasi sekolah melibatkan 360 guru dan pelajar telah diraikan dalam AKKS, PKS dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘Koperasi Sekolah Pemangkin Generasi Madani’ yang berlangsung bermula 10 hingga 12 Januari 2025.

ANGKASA menyeru koperasi sekolah di seluruh negara agar memainkan peranan aktif dalam usaha membentuk kemenjadian usahawan muda di peringkat antarabangsa seiring dengan semangat Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah tersebut bertepatan dengan tema IYC2025 iaitu ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’ yang menekankan koperasi sebagai platform penting dalam membentuk generasi muda

yang bukan sahaja berjiwa koperasi,

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama guru dan pelajar dari Koperasi SMK Machang Bubuk Pulau Pinang Berhad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra bersama guru dan pelajar dari Koperasi SMK Merbau Miri Berhad.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

3

Koperasi Sekolah Wadah Pupuk Nilai Integriti, Ihsan dan Keadilan

Oleh: RAHMAT MOHD DID

"Daripada hanya sembilan buah koperasi perintis, jumlah terkini koperasi sekolah yang berdaftar telah mencecah 2,499 buah di seluruh negara. Angka ini menunjukkan potensi besar yang boleh dicapai jika lebih banyak koperasi sekolah memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan pihak kerajaan dan ANGKASA untuk menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi sekali gus memberi lebih banyak pulangan kepada anggota dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya. Tambahnya lagi, penganjuran AKKS, PKS dan Ikon Muda Koperator Sekolah bukan sekadar acara tahunan malah merupakan platform penting untuk meraikan kecemerlangan dan semangat koperasi yang wujud di setiap sekolah. “Kecemerlangan tersebut bukan hanya mencerminkan kejayaan dalam perniagaan koperasi, malah juga keberkesanan dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing, berintegriti serta berwawasan. Dengan bertemakan 'Koperasi Sekolah Pemangkin Generasi MADANI,' majlis ini adalah lambang sokongan ANGKASA terhadap usaha gigih warga koperasi sekolah dalam meningkatkan ekonomi bagi tujuan pembelajaran dan kebajikan komuniti," jelas beliau.

Koperasi sekolah yang telah berusia lebih lima dekad sejak 1968 merupakan wadah penting dalam memupuk nilai-nilai seperti integriti, ihsan dan keadilan dalam kalangan pelajar. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh koperasi sekolah membuktikan bahawa gerakan ini bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran, malah juga individu yang mempunyai daya fikir global serta jati diri nasional yang teguh. Demikian menurut Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 10 Januari 2024. Katanya, ANGKASA sebagai badan induk gerakan koperasi negara terus komited dalam membimbing koperasi sekolah agar terus berjaya dan menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Koperasi Sekolah Sebagai Instrumen Kemajuan Sosioekonomi Pelajar dan Sekolah

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. Tambahnya, penjanaan pendapatan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar, guru, dan sekolah dengan menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan pelajar serta kos sara hidup mereka. Sehingga Jun 2024, statistik interim Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mencatatkan 2,499 koperasi sekolah telah berdaftar dengan keanggotaan seramai 2.1 juta orang. Ini adalah bukti jelas bahawa koperasi sekolah terus berkembang sebagai institusi ekonomi yang kukuh dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sekolah dan Masyarakat.

ANGKASA percaya gerakan koperasi sekolah mampu menjadi wadah penjanaan pendapatan tanpa menjejaskan proses pembelajaran murid di dalam kelas. Pendekatan tersebut telah terbukti berkesan dalam memberikan pengalaman pembelajaran praktikal di luar bilik darjah serta memupuk nilai kerjasama dan sahsiah yang baik kepada pelajar. Keuntungan yang diperoleh koperasi akan dikembalikan kepada pelajar dalam bentuk dividen atau boleh digunakan untuk membantu sekolah seperti menyediakan kemudahan prasarana yang lebih baik. Demikian antara intipati ucapan Anggota Lembaga ANGKASA

merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis

Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.

Dari Meja Presiden

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Koperasi. Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua warga koperasi di Malaysia! Dengan penuh rasa syukur, kita menyambut tahun baru ini dengan semangat baharu untuk memperkukuh peranan gerakan koperasi sebagai nadi kepada pembangunan ekonomi negara. Tahun 2024 telah menyaksikan pelbagai pencapaian yang membanggakan, dan kini kita perlu bergerak lebih jauh untuk merealisasikan potensi penuh koperasi. Di awal tahun 2025 ini, marilah kita merenung kembali kejayaan dan cabaran yang telah kita lalui. Saya berharap koperasi negara dapat terus meningkatkan daya saing melalui inovasi, teknologi, dan pengukuhan solidariti anggotanya.

Kita perlu bersatu hati dalam menjayakan matlamat pembangunan lestari, sejajar dengan visi negara. Kerjasama yang erat antara koperasi, kerajaan, dan masyarakat adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan ini.

Akhir kata, marilah kita melangkah ke tahun 2025 dengan penuh optimis dan keazaman untuk menjadikan koperasi negara lebih kukuh dan berdaya maju. Bersama- sama, kita boleh menjadikan gerakan koperasi sebagai model ekonomi yang unggul dan dihormati di peringkat global.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)

Selamat Tahun Baharu 2025

4

AKKS: Platform ANGKASA Rai Kecemerlangan Koperasi Sekolah

Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan memukul gong sebagai simbolik perasmian program.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tengah) dan barisan tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah dan hadiah utama.

Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Perniagaan ANGKASA bertajuk 'Menjana Perolehan Koperasi Sekolah'. Majlis penyampaian hadiah khas AKKS pula telah disampaikan kepada pemenang sebagai penghargaan atas usaha gigih dan kreativiti mereka dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Pertandingan Pemantapan Minda Koperasi, Pertandingan Kuiz Murid dan Guru, serta Pertandingan ‘Booth’ Terbaik. Acara cabutan bertuah juga menambah keceriaan majlis dengan pelbagai hadiah menarik. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman serta barisan Pengerusi ANGKASA Negeri. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Haji Wan Sajiri Wan Hassan, Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Nor Azam Md Salleh, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Shahrizal Mohd Saderi.

ANGKASA melalui Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi telah menganjurkan Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 sebagai bentuk pengiktirafan kepada koperasi sekolah terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan. Anugerah tersebut yang merupakan acara penting dalam usaha ANGKASA mengiktiraf gerakan koperasi sekolah telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Januari 2025 itu melibatkan penyertaan seramai 360 pelajar dan guru yang mewakili lebih 300 buah koperasi sekolah di seluruh negara. Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah sekali lagi menjadi pentas unggul bagi koperasi sekolah di seluruh Malaysia mempamerkan kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan pelajar. Acara tersebut berlangsung dengan penuh semangat melibatkan penyertaan daripada pelbagai koperasi sekolah dari seluruh negeri di samping memperlihatkan keupayaan golongan muda dalam menghasilkan produk kreatif yang berdaya saing. AKKS kali ini turut diserikan dengan penganjuran Forum Pembangunan

Forum Pembangunan Perniagaan ANGKASA: Menjana Perolehan Koperasi Sekolah menampilkan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak merangkap Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim (kiri sekali) sebagai moderator.

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

Pelajar Koperasi SMK Tanjong Melaka Berhad (KOPSERTA) bersama produk koperasi yang terdiri daripada makanan ringan dan aksesori yang dihasilkan.

Dua pelajar dari Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Besut Berhad (Terengganu) mempamerkan kebolehan menulis seni khat.

Wakil pelajar Koperasi SM Ghaffar Baba Masjid Tanah Berhad (Melaka) melakukan pembentangan dalam Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah.

5

SENARAI PENERIMA ANUGERAH DAN HADIAH UTAMA

ANUGERAH KHAS AKKS: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI NO NAMA PEMENANG NEGERI

1.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

SELANGOR

ANUGERAH KHAS AKKS: ANGKASA NEGERI

NO

NAMA PEMENANG

NEGERI

1.

JAWATANKUASA ANGKASA NEGERI SELANGOR

SELANGOR

Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2024 Peringkat Kebangsaan Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS) 2024 Peringkat Kebangsaan dimenangi oleh Koperasi MRSM Transkrian Pulau Pinang Berhad.

ANUGERAH KHAS AKKS: KOPERASI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TERBAIK 2024 NO NAMA KOPERASI NEGERI

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

NEGERI

1.

KOPERASI PENDIDIKAN KHAS SMK LUBOK BUNTAR BERHAD

KEDAH

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA

KOPERASI MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG BERHAD KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL KLUANG BERHAD KOPERASI SMK TANSAU BERHAD

PULAU PINANG TERENGGANU PAHANG

ANUGERAH KHAS AKKS: KOPERASI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS HARAPAN 2024 NO NAMA KOPERASI NEGERI

JOHOR SABAH

1.

KOPERASI PPKI SMK LONG GHAFAR 2 BERHAD

KELANTAN

ANUGERAH KHAS AKKS: LANGGANAN BARANG ASAS (BA100) TERTINGGI 2024

NO

NAMA KOPERASI

NEGERI

1. 2. 3.

KOPERASI SMK LEMBAH KERAMAT BERHAD

SELANGOR

KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD KOPERASI SMK KAJANG UTAMA SELANGOR BERHAD

TERENGGANU

SELANGOR

Koperasi SMK Permatang Tok Jaya Butterworth Berhad, Pulau Pinang memenangi SMK Permatang Tok Jaya Butterworth Berhad, Pulau Pinang memenangi tempat pertama Anugerah Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) 2024 Peringkat Kebangsaan.

ANUGERAH KHAS AKKS: SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2024

ANUGERAH PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

NO

NAMA KOPERASI

NEGERI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

NEGERI

1. KOPERASI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TANAH MERAH BERHAD

KELANTAN SELANGOR

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT

KOPERASI SMK PERMATANG TOK JAYA BUTTERWORTH BERHAD KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD KOPERASI SMK BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU BERHAD KOPERASI SM GHAFAR BABA MASJID TANAH BERHAD

PULAU PINANG PAHANG PERAK TERENGGANU

2. 3.

KOPERASI SMK RANTAU PANJANG KLANG BERHAD

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU

TERENGGANU

KUALA TERENGGANU BERHAD

4. 5.

KOPERASI MAKTAB SULTAN ABU BAKAR JOHOR BAHRU BERHAD KOPERASI SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH SHAH ALAM BERHAD

JOHOR

SELANGOR

KELIMA

MELAKA

ANUGERAH KHAS: LAPORAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) TERBAIK 2024

NO

NAMA KOPERASI

NEGERI

1. 2. 3. 4. 5.

KOPERASI MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG BERHAD KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD KOPERASI SM GHAFAR BABA MASJID TANAH BERHAD KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD

PULAU PINANG TERENGGANU

MELAKA

TERENGGANU

KOPERASI SMK PEKAN BARU MUAR BERHAD

JOHOR

ANUGERAH KHAS : PROJEK PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2024 PERINGKAT NEGERI

PERTANDINGAN PRODUK KREATIF KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN Koperasi SMK Merbau Miri Berhad terpilih sebagai johan Pertandingan Produk SMK Merbau Miri Berhad terpilih sebagai johan Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah Terbaik 2024 Peringkat Kebangsaan.

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

NEGERI

JOHAN

KOPERASI SMK BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD KOPERASI SMK AGAMA KUALA SELANGOR BERHAD

PERAK

NAIB JOHAN

SELANGOR SARAWAK WP KUALA LUMPUR

KETIGA

KOPERASI MRSM KUCHING BERHAD

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

NEGERI

KOPERASI SMK SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR BERHAD

JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA

KOPERASI SMK MERBAU MIRI BERHAD KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD KOPERASI SM IMTIAZ DUNGUN BERHAD KOPERASI SMK TANSAU BERHAD KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN BERHAD

SARAWAK TERENGGANU TERENGGANU

SABAH PERAK

6

ANUGERAH PENGERUSI KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

NOOR HAYATI BINTI EMBONG KOPERASI SMK SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH BERHAD SELANGOR

RUSMADI BIN AHMAD KOPERASI SMK TANSAU BERHAD SABAH

ANUGERAH GURU PEMBIMBING KOPERASI SEKOLAH TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

ANUGERAH GURU PEMBIMBING PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

Johan

Johan

KEDUDUKAN

NAMA GURU DAN KOPERASI

NEGERI

KEDUDUKAN

NAMA GURU DAN KOPERASI

NEGERI

MASTURAH BINTI HASSAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD NUR HIDAYAH BINTI SULAIMAN KOPERASI PENDIDIKAN KHAS SMK LUBOK BUNTAR BERHAD ROZIAH BINTI FAISAL KOPERASI SMK BANDAR RINCHING SEMENYIH BERHAD

TINA LISA ELEEANNA BT AHMED LOKMAN KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD MAZIAN BT MUHAMAD @ MOHAMED KOPERASI SMK PERMATANG TOK JAYA BUTTERWORTH BERHAD ROSSURIAWANI BINTI ABDUL KADIR KOPERASI SMK BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD

JOHAN

TERENGGANU

JOHAN

PAHANG

NAIB JOHAN

KEDAH

NAIB JOHAN

PULAU PINANG

KETIGA

SELANGOR

KETIGA

PERAK

MASTURAH BINTI HASSAN KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD TERENGGANU

TINA LISA ELEEANNA BINTI AHMED LOKMAN KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD PAHANG

ANUGERAH IKON MUDA KOPERATOR SEKOLAH TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN (KATEGORI PEREMPUAN)

ANUGERAH IKON MUDA KOPERATOR SEKOLAH TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN (KATEGORI LELAKI)

Johan

Johan

KEDUDUKAN

NAMA MURID DAN KOPERASI

NEGERI

KEDUDUKAN

NAMA MURID DAN KOPERASI

NEGERI

NURHADINAA HAZIQAH BINTI DARUS KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD ALYSHA RASHIDAH BINTI RASID KOPERASI MAKTAB SABAH BERHAD IMAN KHADIJAH MASKINI BINTI JARONI KOPERASI SMK TANSAU BERHAD NUR AZBAIYATUL AZZAHRA BINTI AZURAIDI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD AISYAH DIANA HIKMAH BINTI MOHAMAD FAUZI KOPERASI SMK ABDUL JALIL HULU LANGAT BERHAD

JOHAN

KEDAH

MOHAMAD ADIB RIZQIE BIN JELANI KOPERASI SMK BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN BERHAD

NEGERI SEMBILAN

JOHAN

NAIB JOHAN

SABAH

WAN FAQIF SYAHMI BIN WAN NORHISYAM KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ BESUT BERHAD AHMAD NAUFAL BIN HAFIZULLAH KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA BERHAD ADAM SHADIQIN BIN MD RADZI KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD MUHAMMAD SOLEHHUDDIN BIN SYAHRUN KOPERASI SMK SUNGAI BAGING KUANTAN BERHAD

NAIB JOHAN

TERENGGANU

KETIGA KEEMPAT KELIMA

SABAH TERENGGANU SELANGOR

KETIGA KEEMPAT KELIMA

MELAKA KEDAH PAHANG

NURHADINAA HAZIQAH BINTI DARUS KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD KEDAH

MOHAMAD ADIB RIZQIE BIN JELANI KOPERASI SMK BATU KIKIR NEGERI

SEMBILAN BERHAD NEGERI SEMBILAN

ANUGERAH IKON KOPERATOR MUDA PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH (PKS) TERBAIK 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN

ANUGERAH KHAS: PEMBENTANG TERBAIK PERTANDINGAN PRODUK KREATIF KOPERASI SEKOLAH 2024

Johan

NAMA MURID

NAMA KOPERASI

NEGERI

KEDUDUKAN

NAMA MURID DAN KOPERASI

NEGERI

KOPERASI SMK MERBAU MIRI BERHAD KOPERASI SMK TANSAU BERHAD KOPERASI SMK SERI TANJONG MELAKA BERHAD

DEVEENA TUNUNG GAK

SARAWAK

FATYN NUR RAUDHAH BINTI ROSLYSYAM KOPERASI SMK BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD ARMAND SHAH BIN AMINUDDIN KOPERASI MRSM BATU PAHAT BERHAD FATIN NURAFIQAH BINTI MOHD ROSLI KOPERASI SMK KOTA BERHAD NUR YASMIN BINTI MOHD SAB KOPERASI SM GHAFAR BABA MASJID TANAH BERHAD WALIUDDIN NUR IRFAN BIN MOHD BAZLI KOPERASI SMK ABDUL JALIL HULU LANGAT BERHAD

JOHAN

PERAK

SABAH

IMAN KHADIJAH MASKINI BIN JARONI

NAIB JOHAN

JOHOR

MUHAMMAD TAQWA BIN HISAM

MELAKA

KETIGA KEEMPAT

KELANTAN MELAKA

FATYN NUR RAUDHAH BINTI ROSLYSYAM KOPERASI SMK BATU SEPULUH LEKIR PERAK BERHAD PERAK

ANUGERAH KHAS: KOPERASI SISWA HARAPAN

KELIMA

SELANGOR

NAMA KOPERASI

NEGERI

KOPERASI KEUSAHAWANAN SISWA UPM BERHAD

SELANGOR

TERENGGANU

KOPERASI SISWA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TERENGGANU BERHAD

KOPERASI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU BERHAD

TERENGGANU

ANUGERAH KHAS: KOPERATOR SISWA HARAPAN

NAMA PEMENANG

NAMA KOPERASI

NEGERI

KOPERASI SISWA UiTM SELANGOR BERHAD

AHMAD NAQIUDDIN BIN MOHAMAD

SELANGOR

PEMENANG PERTANDINGAN BOOTH TERBAIK KOPERASI SEKOLAH

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

NEGERI

KOPERASI SMK SEREMBAN JAYA BERHAD

JOHAN

NEGERI SEMBILAN

SARAWAK

NAIB JOHAN

KOPERASI SMK MERBAU MIRI BERHAD KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ BESUT BERHAD

KETIGA

TERENGGANU

KEEMPAT

KOPERASI SM GHAFAR BABA MASJID TANAH BERHAD

MELAKA

KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN BERHAD

KELIMA

PERAK

7

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH (AKKS) 2024 PERINGKAT NEGERI

PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PERINGKAT NEGERI MELAKA

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI MRSM TRANSKRIAN PULAU PINANG BERHAD KOPERASI SMK MACHANG BUBUK PULAU PINANG BERHAD KOPERASI SMK ABDULLAH MUNSHI PULAU PINANG BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK SERI TANJONG MELAKA BERHAD KOPERASI SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA BERHAD KOPERASI SM GHAFAR BABA MASJID TANAH BERHAD

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KETIGA

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI SMK BANDAR RINCHING SEMENYIH BERHAD KOPERASI SMK SAUJANA UTAMA SUNGAI BULOH BERHAD KOPERASI SMK RANTAU PANJANG KLANG BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK KOTA BERHAD

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN

KOPERASI SM VOKASIONAL TANAH MERAH BERHAD KOPERASI SMK BERIS PANCHOR BACHOK BERHAD

KETIGA

KETIGA

PERINGKAT NEGERI PERAK

PERINGKAT NEGERI PAHANG

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK TEMIN JERANTUT PAHANG BERHAD KOPERASI SMK SUNGAI BAGING BERHAD KOPERASI SMK INDERA MAHKOTA 2 BERHAD

NAIB JOHAN

KOPERASI MRSM FELDA SUNGKAI BERHAD KOPERASI MRSM PASIR SALAK BERHAD

NAIB JOHAN

KETIGA

KETIGA

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

PERINGKAT NEGERI KEDAH

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI SMK SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK SULTAN BADLISHAH KULIM KEDAH BERHAD

NAIB JOHAN

KOPERASI SMK SEGAMBUT BERHAD

NAIB JOHAN

KOPERASI MRSM MERBOK BERHAD

KETIGA

KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK BERHAD

KETIGA

KOPERASI SMK TOBIAR PENDANG KEDAH BERHAD

PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

PERINGKAT NEGERI SABAH

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI SMK SEREMBAN JAYA BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK TANSAU BERHAD

NAIB JOHAN

KOPERASI SMK BATU KIKIR NEGERI SEMBILAN BERHAD

NAIB JOHAN

KOPERASI MAKTAB SABAH BERHAD KOPERASI SMK MADAI KUNAK BERHAD

KETIGA

KOPERASI SMK SERI PAGI BERHAD

KETIGA

PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ DUNGUN BERHAD KOPERASI SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU BERHAD KOPERASI SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ BESUT BERHAD

JOHAN

KOPERASI SMK MERBAU MIRI BERHAD

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN

KOPERASI SMK SEMERAH PADI KUCHING BERHAD KOPERASI SMK BANDAR BINTULU BERHAD

KETIGA

KETIGA

PERINGKAT NEGERI JOHOR

PERINGKAT NEGERI PERLIS

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

KEDUDUKAN

NAMA KOPERASI

JOHAN

KOPERASI KOLEJ VOKASIONAL KLUANG BERHAD KOPERASI MRSM BATU PAHAT BERHAD KOPERASI SMK PEKAN BARU MUAR BERHAD

JOHAN

KOPERASI MRSM ARAU BERHAD KOPERASI MRSM BESERI PERLIS BERHAD

NAIB JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

INFO SEMASA 8

Wadah

JANUARI 2025

Mohon Kecualikan Cukai Modal Berbayar Koperasi untuk Pulangan Lebih Besar kepada Anggota

Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan ketika memberikan ucapan dalam Sambutan 70 Tahun Koperasi Astana Raja Berhad di Rembau, Negeri Sembilan pada 22 Disember 2024.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Kerajaan diseru supaya mengkaji semula cukai modal berbayar koperasi yang ditetapkan pada RM750,000 ke atas bagi membolehkan lebih banyak perolehan koperasi dapat dipulangkan kepada anggotanya. Menurut Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, tujuan koperasi ditubuhkan adalah untuk memajukan sosioekonomi anggota khususnya di luar bandar. Oleh yang sedemikian, langkah tersebut dilihat wajar dan seiring dengan wawasan kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai jambatan antara kerajaan dengan masyarakat. “Jika cukai ini dapat dikecualikan, maka anggota dapat merasa pulangan dividen yang lebih besar sekali gus memberi impak lebih besar kepada perkembangan gerakan koperasi di negara ini," jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Sambutan 70 Tahun Koperasi Astana Raja Berhad (KARB) di Rembau, Negeri Sembilan pada 22 Disember 2024. Tambahnya, KARB telah menunjukkan teladan yang baik dalam memajukan sektor perladangan khususnya di luar bandar dan patut dijadikan contoh kepada koperasi-koperasi baharu yang lain. “Saya yakin KARB mampu mengembangkan perniagaan dan terus maju pada masa hadapan seterusnya tergolong dalam kalangan 100 koperasi terbaik di Malaysia,” katanya. Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Encik Radiatul Fitri Dollah dalam ucapannya berkata, bukan mudah untuk sesebuah koperasi bertahan dan terus berkembang selepas 70 tahun penubuhannya, namun KARB telah membuktikan bahawa mereka mampu. “Apa yang perlu difokuskan kini adalah untuk terus meningkatkan prestasi hasil tanaman sawit dan jadikan koperasi atau syarikat lain yang lebih besar sebagai rujukan,” ujarnya. Pengerusi KARB, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah yang juga Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan dalam ucapannya berkata, KARB yang ditubuhkan pada 12 April 1954 dianggotai seramai 531 orang serta memiliki 220 ekar ladang sawit. “Kami komited untuk terus memajukan koperasi dari segi perolehan, kerjasama dan menceburkan diri dalam bidang-bidang baharu. Setakat ini, KARB telah tersenarai dalam 350 koperasi terbaik negara dan harapan kami adalah untuk berada di kedudukan 100 terbaik di masa hadapan,” jelasnya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Sesi Bicara Presiden

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada mantan Anggota Lembaga Koperasi Astana Raja Berhad, Haji Mohd Idris bin Haji Yusoh (kiri sekali).

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

telah membincangkan tentang kekuatan koperasi dari segi kepenggunaan. “Dengan kekuatan anggota seramai 7.2 juta orang di seluruh negara, gerakan koperasi di Malaysia mempunyai suara yang cukup besar dari segi kepenggunaan dan mampu mencipta pasaran sendiri. "Justeru, koperasi perlu mencari jalan untuk terus berkembang menerusi kerjasama dengan koperasi atau syarikat swasta serta mencipta produk sendiri yang boleh dipasarkan kepada seluruh anggota dan masyarakat, seterusnya memberi pulangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Tambahnya lagi, ANGKASA juga sedang berusaha untuk mewujudkan ekosistem dalam semua sektor terutamanya dalam pembekalan barangan keperluan harian. “Sebagai contoh, rantaian pembekalan ayam daripada anak ayam oleh koperasi sehinggalah pemprosesan ayam, penjualan ayam dan pembelian ayam oleh anggota koperasi. Ini merupakan peluang yang boleh direbut oleh semua koperasi yang berminat dan berkemampuan,” ujarnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota, YB Tuan Suhaimi Aini.

INFO SEMASA 9

Wadah

JANUARI 2025

Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Sembilan 2024: Iktiraf Sumbangan Koperasi dalam Perniagaan

Caption

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun (duduk, tengah) bergambar bersama barisan tetamu kehormat dan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan selepas merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Sembilan 2024 di Seremban, Negeri Sembilan pada 18 Disember 2024.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Sembilan 2024 menempa sejarah tersendiri apabila dihadiri dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun dalam satu acara yang berlangsung meriah di Klana Resort Seremban pada 18 Disember 2024. Majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 530 tetamu mewakili lebih 60 buah koperasi di seluruh Negeri Sembilan itu turut diserikan dengan sesi penyampaian beberapa anugerah kecemerlangan kepada koperator dan koperasi.

Sebahagian daripada 530 tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin dalam ucapannya berkata, gerakan koperasi di Negeri Sembilan mampu mencipta kejayaan yang lebih besar berdasarkan kepada perkembangan sosioekonomi semasa dan aktiviti perniagaan yang semakin berdaya maju. Katanya, prestasi gerakan koperasi Negeri Sembilan yang begitu memberangsangkan itu dibuktikan dengan data oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sehingga Disember 2023 menunjukkan bilangan koperasi berdaftar sudah mencecah angka 780 buah dengan 192,503 anggota. Jumlah syer atau yuran pula sebanyak RM123.24 juta dan aset sebanyak RM400.72 juta manakala perolehan pula telah mencapai RM190.05 juta. Beliau juga mahu semua koperasi di Negeri Sembilan meneruskan usaha dengan lebih giat selain mendoakan agar gerakan koperasi terus maju dan memberi sumbangan bermakna kepada anggota dan masyarakat. Sementara itu, Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Haji Ibrahim Haji Abdullah yang mewakili Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, majlis tersebut dianjurkan dengan objektif untuk menjalinkan ikatan ukhuwah, meraikan kecemerlangan serta membina rangkaian pemasaran dan perniagaan dalam kalangan koperasi seluruh Negeri Sembilan.

Selain itu katanya, penganjuran kali kedua itu juga adalah bagi memberi pengiktirafan terhadap pencapaian koperasi dan koperator dalam pembangunan koperasi. Secara tidak langsung, usaha tersebut dapat menyemarakkan semangat koperasi dalam meningkatkan kecemerlangan dan memberi manfaat yang berterusan serta semangat untuk mengukuhkan kecemerlangan gerakan koperasi dengan daya saing tinggi ke arah globalisasi. Beliau juga turut berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Encik Azizul Alias, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Haji Zaidan Haji Abd. Hadi, Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad, Pengarah SKM Cawangan Negeri Sembilan, Tuan Radiatul Fitri Dollah dan barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 10

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA Seru DEKOPIN Bersama-sama Majukan Gerakan Koperasi Muslim Melalui OIC-CU

LIPUTAN LUAR NEGARA

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) ketika menghadiri Musyawarah Nasional (MUNAS) Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) 2024 yang telah dirasmikan oleh Sekretaris Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Yth. Bpk. Ahmad Zabadi (dua dari kiri). Turut sama ialah Ketua Umum DEKOPIN, Yth. Bpk. Prof. Dr. H.A.M Nurdin Halid (kiri sekali). (Kredit foto: Kadin Indonesia).

Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN Pengurus Seksyen Pembangunan Perniagaan Antarabangsa / ASEAN Co-operative Organization Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA ANGKASA menyeru Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) supaya dapat bersama-sama ANGKASA memajukan gerakan koperasi yang diterajui oleh komuniti Muslim global melalui OIC Co-operative Union (OIC-CU). Perkara berikut disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Musyawarah Nasional (MUNAS) DEKOPIN 2024 di Jakarta Utara, Indonesia pada 18 Disember 2024. Menurut beliau, bagi menjayakan perancangan untuk membawa OIC-CU bergerak lebih jauh ke hadapan seperti ACO dan ICA, sokongan dan dokongan pihak DEKOPIN sangat diperlukan kerana Indonesia mempunyai majoriti komuniti Islam terbesar di Asia Tenggara. Di samping harapan untuk terus menjayakan gerakan koperasi Muslim melalui OIC-CU, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengumumkan penganjuran pelbagai program mercu ( flagship ) gerakan koperasi di Malaysia yang bakal diadakan pada tahun 2025 termasuk penganjuran ASEAN

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan pembukaan dalam MUNAS DEKOPIN 2024.

Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang akan diterajui oleh ANGKASA dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Beliau juga turut berharap agar DEKOPIN dapat memberikan sokongan padu kepada ANGKASA sepanjang penganjuran program tersebut selain dapat bersama-sama membantu menjayakan ekspo dan persidangan koperasi ASEAN yang bakal menjadi program sampingan

ACD 2025. MUNAS DEKOPIN 2024 yang dirasmikan oleh Sekretaris Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Yth. Bpk. Ahmad Zabadi menyaksikan Yth. Bpk. Prof. Dr. H.A.M Nurdin Halid dipilih sebagai Ketua Umum DEKOPIN untuk tempoh 2024-2029. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umum DEKOPIN, Yth. Drs. Agung Sudjatmoko dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah.

Sebahagian daripada perwakilan DEKOPIN yang hadir.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menjawab pertanyaan wakil media tempatan.

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 11

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA Disaran Beri Tumpuan kepada Sektor Pelancongan di Indonesia

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengetuai kunjungan hormat ANGKASA bertemu Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin (tengah) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. (Kredit foto: Facebook rasmi Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta).

Sesi perbincangan antara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan ANGKASA.

Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN

1.9 juta pelancong Malaysia yang berkunjung ke Indonesia. Dengan jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 661 buah penerbangan pergi balik dari Indonesia ke Malaysia setiap minggu dengan lebih daripada enam penerbangan sehari dari Jakarta ke Malaysia. Seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, pihak kedutaan telah menyasarkan jumlah pelancong Indonesia yang melawat Malaysia melebihi 3.6 juta orang setahun. Jumlah tersebut merupakan jumlah purata pelancong Indonesia yang melawat Malaysia sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia. Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa pada tahun 2024, seramai 5,000 pekerja dari Malaysia telah berdaftar dengan pihak kedutaan manakala 1,124 pelajar Malaysia yang berdaftar di kedutaan sedang melanjutkan pelajaran di beberapa universiti terkemuka di seluruh Indonesia.

Jumlah pelajar Indonesia yang belajar di universiti di Malaysia juga terus meningkat setiap tahun. Sehingga 2023, seramai 4,600 orang pelajar Indonesia sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia dan pihak kedutaan menyasarkan peningkatan jumlah tersebut kepada 8,000 orang menjelang tahun 2025. Peluang itu seharusnya diambil oleh sektor koperasi bagi mengembangkan lagi industri pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. Hadir sama ialah Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Mr. Gobinath Nadarajah, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, Mr. Suresh Kumar R. Palasanthiran, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengarah Perhubungan Antarabangsa DEKOPIN, Yth. Bpk. Ilham Nasai dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Faizul Dato' Hanapi.

Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin mencadangkan supaya sektor koperasi di Malaysia dapat memberi tumpuan dalam membangunkan sektor pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong Indonesia untuk berkunjung ke Malaysia. Hasrat tersebut telah disampaikan kepada delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika kunjungan hormat ANGKASA ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. Menurut beliau, berdasarkan statistik tahun 2023, jumlah pelancong Indonesia yang berkunjung ke Malaysia adalah seramai 3.1 juta orang berbanding ANGKASA Cadang Perluas Perkhidmatan COOPUMRAH ke Indonesia

Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN

ANGKASA memperluas perkhidmatan COOPUMRAH kepada komuniti Muslim di Indonesia khususnya di sekitar kepulauan Jawa dan Sumatera. berhasrat untuk Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Encik Hairi Mohd. Yakzan ketika mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. Pihak kedutaan juga katanya telah menyasarkan seramai 3.6 juta pelancong Indonesia bakal melawat Malaysia pada tahun 2025. Justeru, ANGKASA melalui rangkaian produk pelancongan koperasi seperti CoopStay, CoopHotel dan CoopSpa diseru untuk mengambil peluang bagi meningkatkan jualan dan keterlibatan semasa berlangsungnya Tahun Melawat Malaysia 2026. Justeru, melihat kepada jumlah komuniti muslim di Indonesia dan keperluan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan ejen pelancongan bagi mengerjakan ibadah umrah (mutawif), pihak kedutaan mencadangkan agar perkhidmatan COOPUMRAH

Delegasi ANGKASA bergambar bersama Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Encik Hairi Mohd. Yakzan (tengah) di Pejabat Tourism Malaysia Jakarta pada 20 Disember 2024.

yang diterajui ANGKASA dapat diperluas ke negara tersebut. Menurut beliau, daripada 280 juta penduduk di seluruh 17,000 kepulauan di Indonesia, seramai 87.2% penduduknya beragama Islam. Beberapa peluang yang perlu diterokai oleh ANGKASA antaranya dalam bidang pelancongan berkaitan umrah adalah penyediaan pakej transit umrah di Kuala Lumpur. Pada masa ini, cabaran biasa dihadapi oleh majoriti jemaah umrah di Indonesia adalah kos penerbangan yang tinggi kerana penduduk yang berada di luar kepulauan Jawa Barat perlu menanggung kos pengangkutan atau penerbangan dari tempat mereka untuk ke lapangan terbang di Jakarta sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi. Justeru, ANGKASA melihat ini sebagai peluang bagi memperkenalkan pakej transit umrah di Kuala Lumpur kerana kos penerbangan dari beberapa lokaliti

di luar kepulauan Jawa Barat ke Kuala Lumpur adalah lebih murah berbanding kos penerbangan ke Jakarta. Selain itu, ANGKASA juga disaran supaya melihat peluang lain bagi memperluas lagi pakej pelancongan seperti pelancongan kesihatan dan pendidikan kerana peluang tersebut berupaya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada sektor koperasi setelah mengambil kira jumlah permintaan bagi perkhidmatan tersebut yang diterima oleh ejen-ejen pelancongan bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC). Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengarah Perhubungan Antarabangsa DEKOPIN, Yth. Bpk. Ilham Nasai dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Faizul Dato' Hanapi.

INFO SEMASA 12

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA-JAIP Sepakat Tingkatkan Potensi Koperasi Kariah Masjid sebagai Pemangkin Perubahan Ekonomi Ummah

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz ketika mengadakan kunjungan hormat ke JAIP di Kuantan, Pahang pada 27 Disember 2024.

Kehadiran delegasi ANGKASA telah disambut oleh Pengarah JAIP, Dato' Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz serta barisan pengurusan tertinggi JAIP termasuk Timbalan Pengarahnya, Dato' Haji Abdul Zaki Mohd Zain dan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah. Dalam perbincangan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah memohon agar JAIP dapat mempertimbangkan cadangan supaya mengeluarkan garis panduan baharu khusus mengenai pengurusan koperasi kariah masjid di negeri Pahang sebagai langkah ke hadapan bagi mempertingkatkan lagi kemampuan dan manfaat koperasi dalam membangunkan ekonomi ummah. Perbincangan turut merangkumi mekanisme kawalan dan pemantauan bersama JAIP bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pengurusan koperasi kariah masjid. Dalam perbincangan tersebut juga, Dato' Dr. Haji Zulkifle telah menyatakan sokongan dan persetujuan JAIP untuk mengeluarkan pekeliling kepada kepimpinan koperasi kariah masjid seluruh negeri Pahang tersebut bagi memberikan penerangan, bimbingan serta panduan sebagai langkah membantu menjayakan agenda koperasi. Sehingga November 2024, statistik koperasi kariah masjid di negeri Pahang telah merekodkan pendaftaran sebanyak 58 buah.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi perlu diberikan suntikan semangat yang baharu dan sokongan lebih padu bagi membantu meningkatkan lagi potensinya sebagai pemangkin perubahan ekonomi anggota dan masyarakat. kariah masjid Di samping itu, peranan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Agama Islam juga sangat penting dalam memberikan bimbingan serta panduan terhadap pelaksanaan pelbagai program kelolaan koperasi selaras dengan objektif syariah selain menjamin ketelusan dan keberkesanan pengurusannya. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengadakan kunjungan hormat ANGKASA ke Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang pada 27 Disember 2024. Beliau yang mengetuai delegasi ANGKASA turut diiringi oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail serta tiga Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang iaitu Haji Mohd Zahidi Haji Hussain (Pahang I (Timur)), Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty (Pahang II (Tengah)) dan Dato' Syed Ali Syed Mohammad (Pahang III (Barat)) serta Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkesempatan melakukan lawatan ringkas terhadap operasi perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Masjid Lama Permatang Badak Berhad di Kuantan. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang I (Timur), Haji Mohd Zahidi Haji Hussain (kanan sekali).

INFO SEMASA 13

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA-UUM Perbaharui MoU, Pastikan Kesinambungan Kerjasama Strategik

membuka baharu yang mampu memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia. Kerjasama tersebut juga akan meningkatkan perkongsian ilmu antara pihak akademik dengan koperasi, yang mana UUM dapat menyumbangkan hasil kajian dan amalan terbaik yang relevan untuk diaplikasikan dalam operasi harian koperasi. MoU berkenaan meliputi peluang pelbagai bidang strategik antaranya adalah Cooperative Leadership Programme , Projek Inkubasi Cendawan, penyelidikan yang relevankepadakepentingangerakan koperasi dan pembangunan bakat muda koperasi. Sebagai rekod, MoU terdahulu yang tamat pada 21 September 2023 telah membolehkan seramai 47 kakitangan ANGKASA mengikuti program di peringkat Sarjana ( Master ) di UUM dengan ditaja sepenuhnya oleh ANGKASA. Langkah itu bagi meningkatkan keupayaan dan kompetensi pengurusan kakitangan melalui program Master of Business Administration (MBA). Terdahulu, Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad dalam ucapannya berkata, hasil yang akan diperoleh melalui kerjasama tersebut bakal menyumbang kepada negara dengan cara mengukuhkan

dalam lapangan perniagaan. Tambah beliau, dengan adanya inkubator itu, peserta akan dilatih untuk menguasai kemahiran praktikal dalam perusahaan, sekali gus membuka peluang untuk mengembangkan industri tanaman cendawan di Malaysia. UUM juga akan menyumbangkan kepakaran dan inovasi dalam bidang pertanian moden, dengan menyediakan penyelidikan terkini dan teknologi baharu yang dapat membantu meningkatkan hasil tanaman cendawan jenis Kukur dan Tiram. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak. pengetahuan berkaitan pemasaran, tadbiruruskorporat,keusahawanan serta kerja-kerja konsultasi dan juga penyelidikan untuk manfaat bersama UUM dan ANGKASA. "Saya juga yakin bahawa koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja dalam merangsang pembangunan usahawan, bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos sara hidup. Model perniagaan koperasi itu sendiri dilahirkan bagi mengukuhkan rantaian bekalan, dengan mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah sekali gus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran," katanya. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd AzlanYahya,PengerusiANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Haji Ashikin Talib, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) bertukar dokumen MoU bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam satu majlis di Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024.

"Hari ini, melalui usaha yang diterajui oleh Pusat Kecemerlangan ANGKASA dan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM, kita mengambil keputusan untuk meneruskan kesinambungan hubungan kerjasama strategik ini yang pastinya akan membawa impak yang cukup besar kepada pembangunan modal insan dalam landskap gerakan koperasi negara", ujar beliau. Tambahnya, inisiatif itu menunjukkan komitmen padu antara ANGKASA dengan UUM dalam memperkukuh pendidikan, latihan serta pembangunan modal insan untuk sektor koperasi. Menurut beliau lagi, gabungan sumber dan kepakaran kedua-dua pihak dijangka

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memperkukuh hubungan melalui pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan kesinambungan kerjasama serta memperluas skopnya dalam bidang strategik yang lain. MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala UUM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam satu majlis di Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024.

ANGKASA-UUM Teroka Kerjasama dalam Bidang Penanaman Cendawan

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengetuai lawatan ANGKASA ke Tapak Cadangan Projek Inkubator Penanaman Cendawan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024 bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang tersebut. Projek tersebut merupakan salah satu daripada beberapa bidang strategik yang dipersetujui oleh ANGKASA dan UUM menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada hari yang sama. Katanya, kerjasama tersebut akan menjadikan tapak berkenaan sebagai inkubator kepada koperasi dan mahasiswa yang berminat dalam bidang tanaman cendawan yang akhirnya membantu mereka mencipta peluang kerjaya sendiri khususnya

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) mengetuai lawatan ANGKASA ke Tapak Projek Penanaman Cendawan di Universiti Utara Malaysia. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (kanan sekali), Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Prof. Dr. Haji Abdul Razak Chik (tengah) dan Pensyarah Kanan UUM College of Business , Dr. Hartinee Abbas (kiri sekali).

Cendawan Tiram menjadi antara tanaman kepada produk pilihan untuk projek inkubator penanaman cendawan di UUM.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease