WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 10

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA Seru DEKOPIN Bersama-sama Majukan Gerakan Koperasi Muslim Melalui OIC-CU

LIPUTAN LUAR NEGARA

Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (kanan sekali) ketika menghadiri Musyawarah Nasional (MUNAS) Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) 2024 yang telah dirasmikan oleh Sekretaris Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Yth. Bpk. Ahmad Zabadi (dua dari kiri). Turut sama ialah Ketua Umum DEKOPIN, Yth. Bpk. Prof. Dr. H.A.M Nurdin Halid (kiri sekali). (Kredit foto: Kadin Indonesia).

Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN Pengurus Seksyen Pembangunan Perniagaan Antarabangsa / ASEAN Co-operative Organization Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA ANGKASA menyeru Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) supaya dapat bersama-sama ANGKASA memajukan gerakan koperasi yang diterajui oleh komuniti Muslim global melalui OIC Co-operative Union (OIC-CU). Perkara berikut disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan Musyawarah Nasional (MUNAS) DEKOPIN 2024 di Jakarta Utara, Indonesia pada 18 Disember 2024. Menurut beliau, bagi menjayakan perancangan untuk membawa OIC-CU bergerak lebih jauh ke hadapan seperti ACO dan ICA, sokongan dan dokongan pihak DEKOPIN sangat diperlukan kerana Indonesia mempunyai majoriti komuniti Islam terbesar di Asia Tenggara. Di samping harapan untuk terus menjayakan gerakan koperasi Muslim melalui OIC-CU, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut mengumumkan penganjuran pelbagai program mercu ( flagship ) gerakan koperasi di Malaysia yang bakal diadakan pada tahun 2025 termasuk penganjuran ASEAN

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan pembukaan dalam MUNAS DEKOPIN 2024.

Co-operative Dialogue 2025 (ACD 2025) yang akan diterajui oleh ANGKASA dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Beliau juga turut berharap agar DEKOPIN dapat memberikan sokongan padu kepada ANGKASA sepanjang penganjuran program tersebut selain dapat bersama-sama membantu menjayakan ekspo dan persidangan koperasi ASEAN yang bakal menjadi program sampingan

ACD 2025. MUNAS DEKOPIN 2024 yang dirasmikan oleh Sekretaris Kementerian Koperasi Republik Indonesia, Yth. Bpk. Ahmad Zabadi menyaksikan Yth. Bpk. Prof. Dr. H.A.M Nurdin Halid dipilih sebagai Ketua Umum DEKOPIN untuk tempoh 2024-2029. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Umum DEKOPIN, Yth. Drs. Agung Sudjatmoko dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah.

Sebahagian daripada perwakilan DEKOPIN yang hadir.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ketika menjawab pertanyaan wakil media tempatan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease