PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 11
Wadah
JANUARI 2025
ANGKASA Disaran Beri Tumpuan kepada Sektor Pelancongan di Indonesia
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah mengetuai kunjungan hormat ANGKASA bertemu Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin (tengah) di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. (Kredit foto: Facebook rasmi Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta).
Sesi perbincangan antara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan ANGKASA.
Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN
1.9 juta pelancong Malaysia yang berkunjung ke Indonesia. Dengan jumlah tersebut, terdapat lebih daripada 661 buah penerbangan pergi balik dari Indonesia ke Malaysia setiap minggu dengan lebih daripada enam penerbangan sehari dari Jakarta ke Malaysia. Seiring dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026, pihak kedutaan telah menyasarkan jumlah pelancong Indonesia yang melawat Malaysia melebihi 3.6 juta orang setahun. Jumlah tersebut merupakan jumlah purata pelancong Indonesia yang melawat Malaysia sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia. Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa pada tahun 2024, seramai 5,000 pekerja dari Malaysia telah berdaftar dengan pihak kedutaan manakala 1,124 pelajar Malaysia yang berdaftar di kedutaan sedang melanjutkan pelajaran di beberapa universiti terkemuka di seluruh Indonesia.
Jumlah pelajar Indonesia yang belajar di universiti di Malaysia juga terus meningkat setiap tahun. Sehingga 2023, seramai 4,600 orang pelajar Indonesia sedang melanjutkan pelajaran di Malaysia dan pihak kedutaan menyasarkan peningkatan jumlah tersebut kepada 8,000 orang menjelang tahun 2025. Peluang itu seharusnya diambil oleh sektor koperasi bagi mengembangkan lagi industri pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan. Hadir sama ialah Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Mr. Gobinath Nadarajah, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, Mr. Suresh Kumar R. Palasanthiran, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengarah Perhubungan Antarabangsa DEKOPIN, Yth. Bpk. Ilham Nasai dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Faizul Dato' Hanapi.
Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia, TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin mencadangkan supaya sektor koperasi di Malaysia dapat memberi tumpuan dalam membangunkan sektor pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong Indonesia untuk berkunjung ke Malaysia. Hasrat tersebut telah disampaikan kepada delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika kunjungan hormat ANGKASA ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. Menurut beliau, berdasarkan statistik tahun 2023, jumlah pelancong Indonesia yang berkunjung ke Malaysia adalah seramai 3.1 juta orang berbanding ANGKASA Cadang Perluas Perkhidmatan COOPUMRAH ke Indonesia
Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS BORHAN
ANGKASA memperluas perkhidmatan COOPUMRAH kepada komuniti Muslim di Indonesia khususnya di sekitar kepulauan Jawa dan Sumatera. berhasrat untuk Hasrat tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization , Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Encik Hairi Mohd. Yakzan ketika mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia pada 20 Disember 2024. Pihak kedutaan juga katanya telah menyasarkan seramai 3.6 juta pelancong Indonesia bakal melawat Malaysia pada tahun 2025. Justeru, ANGKASA melalui rangkaian produk pelancongan koperasi seperti CoopStay, CoopHotel dan CoopSpa diseru untuk mengambil peluang bagi meningkatkan jualan dan keterlibatan semasa berlangsungnya Tahun Melawat Malaysia 2026. Justeru, melihat kepada jumlah komuniti muslim di Indonesia dan keperluan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan ejen pelancongan bagi mengerjakan ibadah umrah (mutawif), pihak kedutaan mencadangkan agar perkhidmatan COOPUMRAH
Delegasi ANGKASA bergambar bersama Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Encik Hairi Mohd. Yakzan (tengah) di Pejabat Tourism Malaysia Jakarta pada 20 Disember 2024.
yang diterajui ANGKASA dapat diperluas ke negara tersebut. Menurut beliau, daripada 280 juta penduduk di seluruh 17,000 kepulauan di Indonesia, seramai 87.2% penduduknya beragama Islam. Beberapa peluang yang perlu diterokai oleh ANGKASA antaranya dalam bidang pelancongan berkaitan umrah adalah penyediaan pakej transit umrah di Kuala Lumpur. Pada masa ini, cabaran biasa dihadapi oleh majoriti jemaah umrah di Indonesia adalah kos penerbangan yang tinggi kerana penduduk yang berada di luar kepulauan Jawa Barat perlu menanggung kos pengangkutan atau penerbangan dari tempat mereka untuk ke lapangan terbang di Jakarta sebelum berlepas ke Jeddah, Arab Saudi. Justeru, ANGKASA melihat ini sebagai peluang bagi memperkenalkan pakej transit umrah di Kuala Lumpur kerana kos penerbangan dari beberapa lokaliti
di luar kepulauan Jawa Barat ke Kuala Lumpur adalah lebih murah berbanding kos penerbangan ke Jakarta. Selain itu, ANGKASA juga disaran supaya melihat peluang lain bagi memperluas lagi pakej pelancongan seperti pelancongan kesihatan dan pendidikan kerana peluang tersebut berupaya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada sektor koperasi setelah mengambil kira jumlah permintaan bagi perkhidmatan tersebut yang diterima oleh ejen-ejen pelancongan bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC). Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah, Pengarah Perhubungan Antarabangsa DEKOPIN, Yth. Bpk. Ilham Nasai dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN), Encik Faizul Dato' Hanapi.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease