WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

INFO SEMASA 12

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA-JAIP Sepakat Tingkatkan Potensi Koperasi Kariah Masjid sebagai Pemangkin Perubahan Ekonomi Ummah

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Dato’ Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz ketika mengadakan kunjungan hormat ke JAIP di Kuantan, Pahang pada 27 Disember 2024.

Kehadiran delegasi ANGKASA telah disambut oleh Pengarah JAIP, Dato' Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz serta barisan pengurusan tertinggi JAIP termasuk Timbalan Pengarahnya, Dato' Haji Abdul Zaki Mohd Zain dan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah. Dalam perbincangan tersebut, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah telah memohon agar JAIP dapat mempertimbangkan cadangan supaya mengeluarkan garis panduan baharu khusus mengenai pengurusan koperasi kariah masjid di negeri Pahang sebagai langkah ke hadapan bagi mempertingkatkan lagi kemampuan dan manfaat koperasi dalam membangunkan ekonomi ummah. Perbincangan turut merangkumi mekanisme kawalan dan pemantauan bersama JAIP bagi menjamin ketelusan dan keberkesanan pengurusan koperasi kariah masjid. Dalam perbincangan tersebut juga, Dato' Dr. Haji Zulkifle telah menyatakan sokongan dan persetujuan JAIP untuk mengeluarkan pekeliling kepada kepimpinan koperasi kariah masjid seluruh negeri Pahang tersebut bagi memberikan penerangan, bimbingan serta panduan sebagai langkah membantu menjayakan agenda koperasi. Sehingga November 2024, statistik koperasi kariah masjid di negeri Pahang telah merekodkan pendaftaran sebanyak 58 buah.

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

Koperasi perlu diberikan suntikan semangat yang baharu dan sokongan lebih padu bagi membantu meningkatkan lagi potensinya sebagai pemangkin perubahan ekonomi anggota dan masyarakat. kariah masjid Di samping itu, peranan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Agama Islam juga sangat penting dalam memberikan bimbingan serta panduan terhadap pelaksanaan pelbagai program kelolaan koperasi selaras dengan objektif syariah selain menjamin ketelusan dan keberkesanan pengurusannya. Demikian dinyatakan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengadakan kunjungan hormat ANGKASA ke Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang pada 27 Disember 2024. Beliau yang mengetuai delegasi ANGKASA turut diiringi oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail serta tiga Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang iaitu Haji Mohd Zahidi Haji Hussain (Pahang I (Timur)), Haji Mohamad Hanifah B K Koya Moideen Kutty (Pahang II (Tengah)) dan Dato' Syed Ali Syed Mohammad (Pahang III (Barat)) serta Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah turut berkesempatan melakukan lawatan ringkas terhadap operasi perniagaan yang dijalankan oleh Koperasi Masjid Lama Permatang Badak Berhad di Kuantan. Turut sama ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang I (Timur), Haji Mohd Zahidi Haji Hussain (kanan sekali).

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease