WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

INFO SEMASA 13

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA-UUM Perbaharui MoU, Pastikan Kesinambungan Kerjasama Strategik

membuka baharu yang mampu memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia. Kerjasama tersebut juga akan meningkatkan perkongsian ilmu antara pihak akademik dengan koperasi, yang mana UUM dapat menyumbangkan hasil kajian dan amalan terbaik yang relevan untuk diaplikasikan dalam operasi harian koperasi. MoU berkenaan meliputi peluang pelbagai bidang strategik antaranya adalah Cooperative Leadership Programme , Projek Inkubasi Cendawan, penyelidikan yang relevankepadakepentingangerakan koperasi dan pembangunan bakat muda koperasi. Sebagai rekod, MoU terdahulu yang tamat pada 21 September 2023 telah membolehkan seramai 47 kakitangan ANGKASA mengikuti program di peringkat Sarjana ( Master ) di UUM dengan ditaja sepenuhnya oleh ANGKASA. Langkah itu bagi meningkatkan keupayaan dan kompetensi pengurusan kakitangan melalui program Master of Business Administration (MBA). Terdahulu, Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad dalam ucapannya berkata, hasil yang akan diperoleh melalui kerjasama tersebut bakal menyumbang kepada negara dengan cara mengukuhkan

dalam lapangan perniagaan. Tambah beliau, dengan adanya inkubator itu, peserta akan dilatih untuk menguasai kemahiran praktikal dalam perusahaan, sekali gus membuka peluang untuk mengembangkan industri tanaman cendawan di Malaysia. UUM juga akan menyumbangkan kepakaran dan inovasi dalam bidang pertanian moden, dengan menyediakan penyelidikan terkini dan teknologi baharu yang dapat membantu meningkatkan hasil tanaman cendawan jenis Kukur dan Tiram. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak. pengetahuan berkaitan pemasaran, tadbiruruskorporat,keusahawanan serta kerja-kerja konsultasi dan juga penyelidikan untuk manfaat bersama UUM dan ANGKASA. "Saya juga yakin bahawa koperasi adalah pendekatan yang efektif bukan sahaja dalam merangsang pembangunan usahawan, bahkan berupaya memainkan peranan besar dalam membantu golongan B40 menangani cabaran peningkatan kos sara hidup. Model perniagaan koperasi itu sendiri dilahirkan bagi mengukuhkan rantaian bekalan, dengan mengurangkan peranan dan penglibatan orang tengah sekali gus berupaya menstabilkan harga barangan keperluan di pasaran," katanya. Hadir sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd AzlanYahya,PengerusiANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Perlis, Haji Ashikin Talib, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat dari kiri) bertukar dokumen MoU bersama Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam satu majlis di Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024.

"Hari ini, melalui usaha yang diterajui oleh Pusat Kecemerlangan ANGKASA dan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) UUM, kita mengambil keputusan untuk meneruskan kesinambungan hubungan kerjasama strategik ini yang pastinya akan membawa impak yang cukup besar kepada pembangunan modal insan dalam landskap gerakan koperasi negara", ujar beliau. Tambahnya, inisiatif itu menunjukkan komitmen padu antara ANGKASA dengan UUM dalam memperkukuh pendidikan, latihan serta pembangunan modal insan untuk sektor koperasi. Menurut beliau lagi, gabungan sumber dan kepakaran kedua-dua pihak dijangka

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

ANGKASA dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah memperkukuh hubungan melalui pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memastikan kesinambungan kerjasama serta memperluas skopnya dalam bidang strategik yang lain. MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah manakala UUM diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Dato' Dr. Mohd Fo'ad Sakdan dalam satu majlis di Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024.

ANGKASA-UUM Teroka Kerjasama dalam Bidang Penanaman Cendawan

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah mengetuai lawatan ANGKASA ke Tapak Cadangan Projek Inkubator Penanaman Cendawan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada 29 Disember 2024 bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang tersebut. Projek tersebut merupakan salah satu daripada beberapa bidang strategik yang dipersetujui oleh ANGKASA dan UUM menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada hari yang sama. Katanya, kerjasama tersebut akan menjadikan tapak berkenaan sebagai inkubator kepada koperasi dan mahasiswa yang berminat dalam bidang tanaman cendawan yang akhirnya membantu mereka mencipta peluang kerjaya sendiri khususnya

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (dua dari kanan) mengetuai lawatan ANGKASA ke Tapak Projek Penanaman Cendawan di Universiti Utara Malaysia. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri), Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (kanan sekali), Timbalan Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Prof. Dr. Haji Abdul Razak Chik (tengah) dan Pensyarah Kanan UUM College of Business , Dr. Hartinee Abbas (kiri sekali).

Cendawan Tiram menjadi antara tanaman kepada produk pilihan untuk projek inkubator penanaman cendawan di UUM.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease