RENCANA
14
Wadah
JANUARI 2025
Ke Arah Merealisasikan 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat' – IYC2025 : Satu Perlaksanaan
Koperasi Antarabangsa (IYC) bertemakan 'Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat'. Resolusi ini memberi pengiktirafan terhadap sumbangan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan, Badan Apeks dan kepimpinan koperasi masa kini untuk memastikan tema ini menjadi realiti. Tanggungjawab ini melibatkan penyusunan perancangan secara bersepadu kerana melibatkan aspek jati diri koperasi dan tadbir urus koperasi.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) ke - 78 pada Disember 2023 melalui resolusi A/78/L71 telah mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Oleh: DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Anggota Lembaga ANGKASA HAJI AHMAD MARZUKI ISMAIL Pengurus Besar Bahagian Pendidikan dan Pembangunan Produk ANGKASA
Di Malaysia, bilangan dan anggota baharu koperasi meningkat setiap tahun, iaitu dianggarkan bilangan koperasi antara 100 hingga 150 buah. Manakala bilangan anggota baharu meningkat antara 20,000 - 50,000 setahun. Sehingga tahun 2024, terdapat 15,000 buah koperasi dan bilangan anggota telah mencecah 7.5 juta orang. Statistik ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat keseluruhannya sejajar dengan tema IYC2025 bukannya satu tekanan atau bebanan jika wujud kesefahaman dan kerjasama dalam pelaksanaannya. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) perlu memainkan peranan ini dengan terancang dan sistematik. Pendekatan secara bersepadu untuk koperasi berdaftar memperkukuh dan memperkasakan pembangunannya ke arah pengiktirafan ini perlu diberi penekanan. Tanpa mengira jenis program, tema ini dijadikan sebagai salah satu kertas kerja wajib untuk dibentangkan agar kepimpinan koperasi iaitu Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Pengurusan bukan sahaja memahami malah juga menghayatinya untuk dilaksana di peringkat koperasi masing- masing. Fokus ke atas masyarakat adalah satu prinsip koperasi khususnya Prinsip ke-7. Masyarakat terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum, agama dan gender. Aspek lain yang perlu diberi perhatian termasuklah tahap pendidikan, pekerjaan dan sosioekonomi keluarga. Dalam usaha memperkukuh gerakan koperasi, usaha menyedarkan masyarakat tentang kepentingan dan manafaat koperasi perlu dilaksanakan mengikut ekosistem setempat. Hal ini perlu disesuaikan dengan jenis program.
Penglibatan dan Penyertaan Masyarakat
Pemupukan Budaya Berkoperasi
Peningkatan Sosioekonomi Masyarakat
Perkongsian Ilmu dan Maklumat Koperasi
Kerjasama Kalangan Masyarakat
PERANAN KOPERASI
Program Pembangunan Masyarakat
Memacu Ekonomi Masyarakat
Peningkatan Sokongan dan Kerjasama Masyarakat
Rajah 1:Aspek-aspek Penting yang Perlu Digerakkan oleh Koperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease