RENCANA 15
Wadah
JANUARI 2025
Antaranya ialah:
Impak positif (i) hingga (v) ini dapat imej koperasi dan gerakan koperasi. Imej ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kemasyarakatan malah juga sumbangannya kepada peningkatan taraf hidup, peluang pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Melalui usaha yang berterusan, masyarakat akan berfikir sebelum membuat keputusan dalam mendapatkan keperluan dan kehendak seharian. Kemudahan mengangkat dan menonjolkan perkhidmatan koperasi setempat dijadikan pilihan utama seperti kedai runcit, dobi, tempat basuh kereta, kedai gunting rambut, homestay, farmasi dan Ar-Rahnu. Selain daripada itu, ALK perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Majlis Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah, Majlis Belia Daerah, Lembaga Pertubuhan Peladang, RISDA, FELDA dan lain-lain. Agensi setempat mempunyai peruntukan tertentu dalam pembangunan sosioekonomi. Kerjasama ini meliputi program pameran, jualan harga patut, pertandingan dan sebagainya. Pendekatan ini dapat membantu dari segi mempercepat usaha mengangkat imej gerakan koperasi. Bagi koperasi yang menghadapi masalah pengurusannya, ALK boleh mendapatkan kerjasama daripada ANGKASA Negeri, SKM Negeri dan Wilayah serta koperasi dari daerah berhampiran.
Kejayaan dalam merealisasikan tema IYC 2025 di peringkat setempat akan mempengaruhi koperasi lain untuk melaksanakannya di peringkat koperasi masing-masing. Dalam memastikan program berjalan dengan baik, koperasi perlu peka terhadap maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada SKM, ANGKASA dan IKMa. Maklumat ini dijadikan panduan perbincangan di Mesyuarat Lembaga koperasi. awal koperasi
i. Seminar, bengkel dan kursus; ii. Program Kemasyarakatan (gotong royong, tanaman pokok dan kebersihan alam sekitar); iii. Program Karnival dan Hari Jualan Harga Patut; iv. Pameran (peringkat daerah, negeri dan kebangsaan); dan v. Pertandingan (esei, lukisan, video, pidato, puisi dan kuiz) dan lain-lain. Tanpa mengira jenis dan fungsi koperasi, usaha secara berterusan dan konsisten amat penting bagi mengangkat imej dan peranan gerakan koperasi dalam kehidupan seharian. ALK perlu tingkatkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Antara peranan koperasi ditunjukkan dalam rajah 1. ALK dan pengurusan koperasi perlu meneliti dan mengenal pasti pendekatan terbaik untuk melaksanakannya. Bagi memastikan setiap pendekatan memberi impak positif, pelaksanaannya perlu teratur dan dinilai. Antara impak positif melalui pelbagai pendekatan ialah: i. Peningkatan individu menjadi anggota koperasi; ii. Penubuhan koperasi baharu; iii. Peningkatan sokongan dan kerjasama dalam kalangan anggota; iv. Peningkatan urus niaga dalam kedai koperasi; dan v. Peningkatan sosioekonomi anggota.
Rumusan
'Budaya Berkoperasi' cukup murni kerana menitikberatkan kerjasama antara satu sama lain dalam memenuhi aspirasi bersama. Setiap individu didorong untuk melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung. Dengan mengganggotai koperasi, konsep ini dapat memantapkan kehidupan bermasyarakat dan mewujudkan suasana harmonis dalam kehidupan seharian yang lestari serta mensejahterakan rakyat sejagat. Melalui perancangan yang teratur dan sistematik di peringkat koperasi, usaha mengangkat keupayan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat lebih mudah. Setiap koperasi perlu menyediakan peruntukan khas berdasarkan keupayaan dan kemampuan koperasi dalam merealisasikan program kemasyarakatan. Tidak mustahil dalam tempoh masa antara dua hingga lima tahun, koperasi menjadi sebahagian kehidupan masyarakat di Malaysia.
Cadangan Pelaksanaan Program IYC2025 adalah seperti Jadual A
BIL. 1. 2.
NAMA PROGRAM Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC2025) Peringkat Kebangsaan Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah & Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan Persidangan Koperasi ASEAN & Asean Co-operative Organization (ACO) Annual General Meeting Pameran Koperasi ASEAN Roundtable – Kementerian Menyelia Koperasi ASEAN Konvensyen Pemerkasaan Koperasi Kebangsaan Sempena Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA (MAPA) Ke-39 Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK) 2025
ANJURAN KUSKOP / ANGKASA ANGKASA ANGKASA ANGKASA/SKM KUSKOP/ANGKASA ANGKASA KUSKOP/ANGKASA KUSKOP/ANGKASA Koperasi LLM & ANGKASA/SKM ANGKASA/IKMa Bank Rakyat Koperasi Premier Semua Agensi / Koperasi ANGKASA ANGKASA
TEMPAT ANGKASA Pulau Pinang
3. 4. 5. 6. 7.
TBD TBD TBD TBD TBD TBD Jambatan Pulau Pinang ANGKASA
8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
Sambutan Hari Koperasi Negara Cultural Cooperative Night Run Forum Perdana Ehwal Islam Coopreneur Fiesta Program Ilmu (Forum/Seminar/Wacana Ilmu) Coop Treasure Hunt 2025 Coop Fun Run/Walk Aktiviti lain yang dirancang sepanjang tahun
TBD TBD TBD TBD TBD
TBD: To be decided Kalendar Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 (IYC 2025)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease