WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

KOPERASI 16

Wadah

JANUARI 2025

Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Marang Berhad Popularkan Beg Batik Terengganu ke Pasaran Antarabangsa

Setiap produk kraf tangan dihasilkan dengan teliti oleh kakitangan koperasi.

Haji Mohamed meninjau penghasilan produk kraf tangan.

Pengerusi ANGKASA Negeri Terengganu, Haji Mohamed Yusoff (tiga dari kiri) bergambar bersama guru-guru dan anggota Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Marang Berhad di hadapan ‘TAPAi’ iaitu butik dan bengkel kraf tangan milik koperasi itu di Marang, Terengganu.

Bendahari koperasi, Puan Suhaila Muhammad menunjukkan sebahagian daripada beg hasil jahitan koperasi.

Sebahagian daripada produk keluaran koperasi.

Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

terutamanya memartabatkan penghasilan produk batik oleh golongan OKU di samping mempromosikan produk beg batik asli Terengganu yang merupakan warisan tradisional. Sementara itu menurut Bendahari dalam koperasi, Puan Suhaila Muhammad, guru-guru yang melatih adalah seramai 40 orang yang juga merupakan anggota koperasi dan kakitangan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. Pelatih OKU diberi tunjuk ajar menguruskan diri di samping dilatih untuk bekerja hasil sokongan pihak kraf tangan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pihak koperasi juga menjalin kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Terengganu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik dan JKM selain menerima tempahan beg dari syarikat-syarikat korporat. Hasil tangan anggota OKU juga turut dipamerkan dalam pameran besar anjuran Kraf Tangan Malaysia seperti Hari Kraf Kebangsaan dan juga Pesona Kraf di Kompleks Conlay, Kuala Lumpur selain bekerjasama dengan pihak Malaysian Airline System (MAS) dengan menghantar produk secara berkala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

Koperasi turut menerima tempahan secara pukal dan berkala daripada pihak kerajaan dan swasta seperti Batek Village, Inkaa Clothing, Saetru UMT, Usaha Jana Sdn. Bhd., Bank Islam, SME Corp, Yayasan Pembangunan Usahawan dan JKM. Menurut beliau, waktu bekerja juga adalah fleksibel bergantung kepada tahap kesihatan dan emosi pekerja OKU. Apabila menerima tempahan yang berskala besar daripada pelanggan, koperasi akan mengagihkannya juga kepada PDK dari daerah lain seperti PDK Mutiara Kasih, PDK Hulu Terengganu, PDK Bandar Marang, PDK Bukit Payung dan PDK Merchang. Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Berhad

Koperasi Komuniti Cakna Wakaf Tapai Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2019 bertujuan untuk memberi kemahiran, latihan dan memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai anggota Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang jahitan atau kraf tangan berasaskan kain batik. Menerusi matlamat tersebut, koperasi menyasarkan peningkatan jumlah individu OKU yang mahir dalam bidang jahitan sekali gus membantu mereka untuk menjana pendapatan selain membantu meluaskan pasaran produk yang dihasilkan sehingga ke peringkat lebih jauh melalui platform koperasi. Antara produk yang menjadi perhatian adalah beg batik yang dihasilkan daripada kain batik Terengganu. Setiap beg akan dihasilkan dengan corak yang berlainan secara kraf tangan oleh pelatih OKU. Terkini, koperasi menggunakan mesin penekan haba bagi menggantikan seterika dalam pembuatan lapik dalam beg atau topi. Menerusi penggunaan mesin tersebut, koperasi boleh menghasilkan sehingga 1,000 beg dalam masa dua minggu. Pengerusi koperasi, Encik Zakaria Salleh berharap agar lebih banyak jaringan dapat diwujudkan di peringkat antarabangsa

Lot 10678, Bangunan Perkedaian Wakaf Tapai, Jalan Lubuk Perah, 21040 Marang, Terengganu Darul Iman. +6019-962 3324 pdkwakaftapai@gmail.com

Alamat Telefon

E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan Facebook Aktiviti

15 Julai 2019

83 orang

TAPAi by PPDK Wakaf Tapai Pembuatan dan jualan beg batik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease