KOPERASI 17
Wadah
JANUARI 2025
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Berhad (KPR FELCRA Bayai Berhad) Bayai Herbs: Produk Kebanggaan KPR FELCRA Bayai Berhad
Oleh: RAHMAT MOHD DID
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Berhad (KPR FELCRA Bayai Berhad) merupakan salah satu koperasi berjaya di Negeri Sembilan dan berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada 100 koperasi terbaik di Malaysia. Koperasi tersebut yang ditubuhkan pada 6 Julai 1996 atas inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan Projek FELCRA Bayai (AJKKP) berperanan bagi merancakkan aktiviti ladang koperasi di kawasan Batu Kikir seperti aktiviti kontrak ladang FELCRA, lesen G1 (CIDB dan bumiputera) serta kredit sehinggalah yang terkini kontrak menjual dan membeli buah kelapa sawit. Koperasi ini juga menjalankan aktiviti kedai runcit, perkhidmatan sewaan jentera (traktor dan jentera korek kaut), ternakan lebah kelulut, projek tanaman pokok buluh, perkhidmatan hibah dan wasiat (MyANGKASA Amanah Berhad) serta penanaman herba terpilih (kacip fatimah, limau kasturi dan serai makan) secara sistem selingan bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi jenama Bayai Herbs dengan kolaborasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Bermula tahun 2020, produk-produk Bayai Herbs mula diperkenalkan dan dipasarkan oleh KPR FELCRA Bayai Berhad menerusi jualan di kedai koperasi, jualan secara dalam talian dan reruai jualan di serata Malaysia. Pelbagai produk mereka antaranya termasuklah kapsul Kacip Fatimah, teh Kacip Fatimah, syampu dan sabun mandian. Pengerusinya, Haji Zainudin Kalam berkata, produk Bayai Herbs menerima permintaan yang tinggi dan sering kehabisan stok. Pada tahun 2023, perolehan daripada jualan produk Bayai Herbs mencecah RM23,000.00 manakala tahun 2024 meningkat kepada RM30,000.00. Bagi memenuhi permintaan yang semakin tinggi, koperasi sentiasa berusaha meningkatkan hasil tanaman serta menaik taraf peralatan selain merancang untuk menghasilkan lebih banyak produk baharu seperti losyen, teh herba serai, sabun basuh pinggan dan lain-lain pada masa hadapan. Selain itu, KPR Bayai Berhad juga dalam proses untuk menjadikan ladang mereka di Simpang Pertang sebagai hub agroedutourism dengan kerjasama FRIM. Menerusi kerjasama tersebut dan peruntukan RM1 juta daripada FELCRA, mereka yakin projek tersebut boleh memberi nilai tambah kepada koperasi selain meluaskan pendedahan kepada masyarakat khususnya pelajar dan peladang tentang amalan perladangan yang baik dan efisien.
Produk-produk di bawah jenama Bayai Herbs.
Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah (depan, tiga dari kanan), Pengerusi KPR FELCRA Bayai Berhad, Haji Zainudin Kalam (depan, empat dari kiri) dan ahli-ahli jawatankuasa koperasi bergambar di hadapan mesin penyulingan minyak pati.
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Berhad
No. 36A, Wisma Bayai, Jalan Beringin 4, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. +601 – 4374 8009 kprbayai@yahoo.com
Alamat Telefon
E-mel Tarikh ditubuhkan Jumlah keanggotaan Facebook Aktiviti
6 Julai 1996
351 orang
KPR FELCRA Bayai Bhd Pertanian, kontrak pembinaan, kedai runcit, projek herba, sewa jentera, projek buluh, perkhidmatan hibah dan wasiat.
KPR FELCRA Bayai Berhad turut mengusahakan ladang tanaman herba.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease