INFO SEMASA 18
Wadah
JANUARI 2025
ANGKASA Urus Dana Program TARGET kepada 20 Pengusaha
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (empat kanan) ketika mengadakan lawatan ke pusat pengumpulan getah yang diusahakan Musafir Jaya (M) Sdn. Bhd. di Kuala Nerang, Kedah pada 29 Disember 2024.
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
serta latihan selama tiga hari di Pusat Latihan LGM Sg. Sari, Kedah. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam lawatan ringkasnya ke pusat pengumpulan hasil getah yang diusahakan oleh Musafir Jaya (M) Sdn. Bhd. iaitu penerima pertama dana itu telah menyerahkan sendiri dokumen Perjanjian Penyaluran Dana dan diterima oleh Pengurusnya iaitu Encik Mohd Subhi bin Musa di pejabat syarikat berkenaan yang terletak di Kampung Nako, Kuala Nerang pada 29 Disember 2024. Dana tersebut yang berjumlah RM140,000 bakal digunakan bagi tujuan modal pusingan pembelian getah skrap daripada pekebun kecil serta pengurusan
kewangan tersebut akan dikawal selia oleh Bahagian Kewangan ANGKASA manakala tadbir urus perniagaannya pula akan dipantau oleh Bahagian Pertanian Asas Tani dan Perladangan ANGKASA bersama LGM. Hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
ANGKASA akan menguruskan Pinjaman Mudah Modal Pusingan Tanpa Faedah untuk Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) melalui dana Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk 20 buah syarikat di negeri Kedah. Penerima tersebut turut merangkumi dua buah koperasi iaitu Koperasi Pekebun Kecil Daerah Padang Terap Berhad dan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Belimbing Tolak Berhad dan kedua-dua buah koperasi tersebut telah menjalani sesi kursus
MHSB, Zurich Tawar Skim Perlindungan Khas Anggota Koperasi
melanggan produk tersebut. "ANGKASA akan memastikan skim ini akan diuruskan dengan tatakelola yang baik bagi menjamin pampasan dapat disampaikan secara terus kepada waris tanpa keraguan bersama dengan perlindungan produk tambahan seperti hibah, wasiat dan pengurusan pusaka. Ini satu inisiatif baharu yang menjadi kelainan kepada skim ini berbanding produk di pasaran sedia ada," katanya. Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad, Puan Nur Fatihah Mustafa dalam ucapannya berkata, skim berkenaan menawarkan tiga jenis pelan mampu milik serendah RM33.00 sebulan. "Skim ini menyediakan perlindungan akibat kematian semula jadi sehingga RM70,000.00 dan sehingga RM150,000.00 bagi kematian akibat kemalangan. Selain itu, skim ini juga menawarkan perlindungan Hilang Upaya Kekal, Penyakit Terminal danYuranAmbulansyangdilihatdapatmeringankan kewangan ahli dan waris sekiranya ditimpa musibah yang tidak diingini," ujar beliau. Katanya lagi, skim itu turut menawarkan perlindungan Kehilangan Pekerjaan Tanpa Sukarela akibat kemalangan berjumlah RM10,000.00 sebagai satu inisiatif untuk menawarkan produk yang lebih berdaya saing. Di samping itu, skim itu turut menyediakan pilihan pengurusan agihan manfaat takaful melalui satu lagi anak syarikat ANGKASA, MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) bagi memastikan manfaat takaful dapat diuruskan secara lebih sistematik. Hadir sama ialah Pengerusi Zurich Takaful Malaysia Berhad dan Zurich Takaful General Malaysia Berhad, Cik Hasnah Omar, Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Produk Skim Perlindungan MyANGKASA Plus di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 9 Januari 2025.
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
Malaysia Berhad dan Zurich Takaful General Malaysia Berhad. Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MHSB, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, objektif utama skim tersebut adalah untuk memberikan manfaat perlindungan kewangan kepada koperasi kredit dan institusi kewangan yang terlibat sekiranya berlaku musibah terhadap peminjam. Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Skim Perlindungan MyANGKASA Plus di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya, Selangor pada 8 Januari 2025. Menurut beliau, sebagai permulaan, ANGKASA menyasarkan penjawat awam daripada 1.2 juta yang ada, khususnya mereka yang membuat pembiayaan peribadi dengan koperasi yang dianggotainya untuk
ANGKASA menerusi subsidiarinya, MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) memperkenalkan Skim Perlindungan MyANGKASA Plus yang direka khas untuk anggota koperasi yang sekarang menghampiri angka 7.2 juta orang sekali gus membantu mereka menerusi skim perlindungan komprehensif dengan pembayaran premium mampu milik. Inisiatif tersebut yang mempelopori produk tambah nilai baharu dalam perkhidmatan Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) adalah hasil kerjasama antara MHSB dengan Zurich Takaful
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease