WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

KOPERASI 19

Wadah

JANUARI 2025

ANGKASA Serah Sumbangan CoopCare kepada Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Terkesan Banjir

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

ANGKASA telah menyerahkan sumbangan CoopCare kepada anggota Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad yang terjejas ekoran musibah banjir yang berlaku di sekitar kawasan pusat perniagaan koperasi berkenaan pada hujung Oktober 2024. Sumbangan berupa produk barangan asas itu telah disampaikan sendiri oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah sewaktu mengadakan lawatan ringkas ke koperasi tersebut di Jitra, Kedah pada 29 Disember 2024. Beliau juga menyatakan persetujuan untuk menghulurkan sumbangan ANGKASA sebanyak RM5,000 kepada koperasi berkenaan bagi meringankan beban kerugian yang dialami. Banjir yang melanda seluruh bangunan koperasi itu telah menyebabkan kerugian sekitar RM250,000 sekali gus menjejaskan operasi perniagaan runcit, dobi dan juga kilang pengeluaran kopi. Sementara itu, Naib Pengerusi koperasi, Puan Ruszan Musa yang mewakili pengerusi dalam ucapannya merakamkan rasa terima kasih dan bersyukur atas bantuan yang telah diterima daripada ANGKASA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Pengerusi ANGKASA Negeri Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Pengurus Besar Kanan Kumpulan Hubungan Strategik ANGKASA, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menyerahkan sumbangan ANGKASA kepada Naib Pengerusi Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Puan Ruszan Musa. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (kanan) dan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh (kiri).

TABUNG BENCANA BANJIR CoopCare ANGKASA Setiap sumbangan akan disalurkan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD 86-0044543-3 rujukan sumbangan: CoopCareANGKASA

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease