WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

2

Koperasi Sekolah Model Kemenjadian Usahawan Muda di Peringkat Global

Oleh: RAHMAT MOHD DID

malah dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Menurut beliau, IYC2025 merupakan medan terbaik untuk memperkukuh peranan koperasi sekolah dalam membangunkan sifat keusahawanan dan modal insan berkualiti. Menerusi sambutan IYC2025, koperasi sekolah disaran untuk meneroka peluang keusahawanan melalui program dan aktiviti yang akan dilaksanakan hasil kolaborasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa). Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. "Saya juga yakin dan percaya menerusi penglibatan dalam IYC2025 ini, koperasi sekolah dapat meneroka sektor-sektor baharu yang lebih relevan dengan perkembangan semasa seperti ekonomi digital, teknologi hijau dan industri kreatif”, katanya. Tambah beliau, ANGKASA turut melihat potensi luas untuk meningkatkan perkongsian sumber dan kepakaran antara koperasi di ASEAN dan Asia khususnya model koperasi sekolah. “Keunikan koperasi sekolah di Malaysia, ditambah dengan kejayaan pencapaian sebanyak 37 buah koperasi sekolah membabitkan koperasi

sekolahKPM(19buah-Harian,KolejVokasional, Agama) dan MARA - MRSM (18 buah) telah berjaya mencatat perolehan lebih RM1 juta manakala sebuah koperasi (Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad) mencapai perolehan RM2 juta. Pencapaian ini menjadi model kepada masyarakat antarabangsa untuk turut membangunkan koperasi sekolah di negara masing-masing. Sebagai contoh, di Kemboja, dua buah koperasi sekolah telah berjaya ditubuhkan, iaitu Norol Iman High School Cooperative dan An-Nikmah School Cooperative. Ini merupakan satu kebanggaan kerana tanpa usaha berterusan daripada para guru dan pelajar, kejayaan seperti ini tidak mungkin dapat dicapai. Sekiranya lebih banyak koperasi sekolah ditubuhkan di luar negara, lebih banyak peluang kerjasama strategik dan perniagaan serantau antara koperasi dapat diwujudkan. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan koperasi dalam kalangan pelajar melalui pengalaman perniagaan rentas negara, malah menyumbang kepada peningkatan perolehan koperasi sekolah pada masa hadapan,” jelasnya. Sebanyak 300 koperasi sekolah melibatkan 360 guru dan pelajar telah diraikan dalam AKKS, PKS dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘Koperasi Sekolah Pemangkin Generasi Madani’ yang berlangsung bermula 10 hingga 12 Januari 2025.

ANGKASA menyeru koperasi sekolah di seluruh negara agar memainkan peranan aktif dalam usaha membentuk kemenjadian usahawan muda di peringkat antarabangsa seiring dengan semangat Tahun Koperasi Antarabangsa (IYC) 2025. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, langkah tersebut bertepatan dengan tema IYC2025 iaitu ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’ yang menekankan koperasi sebagai platform penting dalam membentuk generasi muda

yang bukan sahaja berjiwa koperasi,

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika menyampaikan ucapan perasmian penutupan.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama guru dan pelajar dari Koperasi SMK Machang Bubuk Pulau Pinang Berhad.

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra bersama guru dan pelajar dari Koperasi SMK Merbau Miri Berhad.

Sidang Pengarang

Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat • Halim Haji Ibrahim Pengurus • Mohd. Zakuan Azmi Pengarang

Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. Seksyen Penerbitan Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)

• Nor Azah Abd. Aziz • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor

Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease