3
Koperasi Sekolah Wadah Pupuk Nilai Integriti, Ihsan dan Keadilan
Oleh: RAHMAT MOHD DID
"Daripada hanya sembilan buah koperasi perintis, jumlah terkini koperasi sekolah yang berdaftar telah mencecah 2,499 buah di seluruh negara. Angka ini menunjukkan potensi besar yang boleh dicapai jika lebih banyak koperasi sekolah memanfaatkan peluang-peluang yang disediakan pihak kerajaan dan ANGKASA untuk menceburkan diri dalam perniagaan berimpak tinggi sekali gus memberi lebih banyak pulangan kepada anggota dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya. Tambahnya lagi, penganjuran AKKS, PKS dan Ikon Muda Koperator Sekolah bukan sekadar acara tahunan malah merupakan platform penting untuk meraikan kecemerlangan dan semangat koperasi yang wujud di setiap sekolah. “Kecemerlangan tersebut bukan hanya mencerminkan kejayaan dalam perniagaan koperasi, malah juga keberkesanan dalam membentuk generasi muda yang berdaya saing, berintegriti serta berwawasan. Dengan bertemakan 'Koperasi Sekolah Pemangkin Generasi MADANI,' majlis ini adalah lambang sokongan ANGKASA terhadap usaha gigih warga koperasi sekolah dalam meningkatkan ekonomi bagi tujuan pembelajaran dan kebajikan komuniti," jelas beliau.
Koperasi sekolah yang telah berusia lebih lima dekad sejak 1968 merupakan wadah penting dalam memupuk nilai-nilai seperti integriti, ihsan dan keadilan dalam kalangan pelajar. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh koperasi sekolah membuktikan bahawa gerakan ini bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran, malah juga individu yang mempunyai daya fikir global serta jati diri nasional yang teguh. Demikian menurut Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan sewaktu menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 10 Januari 2024. Katanya, ANGKASA sebagai badan induk gerakan koperasi negara terus komited dalam membimbing koperasi sekolah agar terus berjaya dan menempa nama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan ketika menyampaikan ucapan perasmian.
Koperasi Sekolah Sebagai Instrumen Kemajuan Sosioekonomi Pelajar dan Sekolah
Oleh: RAHMAT MOHD DID
Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 Peringkat Kebangsaan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. Tambahnya, penjanaan pendapatan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan pelajar, guru, dan sekolah dengan menawarkan barangan pada harga yang lebih rendah, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan pelajar serta kos sara hidup mereka. Sehingga Jun 2024, statistik interim Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mencatatkan 2,499 koperasi sekolah telah berdaftar dengan keanggotaan seramai 2.1 juta orang. Ini adalah bukti jelas bahawa koperasi sekolah terus berkembang sebagai institusi ekonomi yang kukuh dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sekolah dan Masyarakat.
ANGKASA percaya gerakan koperasi sekolah mampu menjadi wadah penjanaan pendapatan tanpa menjejaskan proses pembelajaran murid di dalam kelas. Pendekatan tersebut telah terbukti berkesan dalam memberikan pengalaman pembelajaran praktikal di luar bilik darjah serta memupuk nilai kerjasama dan sahsiah yang baik kepada pelajar. Keuntungan yang diperoleh koperasi akan dikembalikan kepada pelajar dalam bentuk dividen atau boleh digunakan untuk membantu sekolah seperti menyediakan kemudahan prasarana yang lebih baik. Demikian antara intipati ucapan Anggota Lembaga ANGKASA
merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis
Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail.
Dari Meja Presiden
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Koperasi. Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua warga koperasi di Malaysia! Dengan penuh rasa syukur, kita menyambut tahun baru ini dengan semangat baharu untuk memperkukuh peranan gerakan koperasi sebagai nadi kepada pembangunan ekonomi negara. Tahun 2024 telah menyaksikan pelbagai pencapaian yang membanggakan, dan kini kita perlu bergerak lebih jauh untuk merealisasikan potensi penuh koperasi. Di awal tahun 2025 ini, marilah kita merenung kembali kejayaan dan cabaran yang telah kita lalui. Saya berharap koperasi negara dapat terus meningkatkan daya saing melalui inovasi, teknologi, dan pengukuhan solidariti anggotanya.
Kita perlu bersatu hati dalam menjayakan matlamat pembangunan lestari, sejajar dengan visi negara. Kerjasama yang erat antara koperasi, kerajaan, dan masyarakat adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan ini.
Akhir kata, marilah kita melangkah ke tahun 2025 dengan penuh optimis dan keazaman untuk menjadikan koperasi negara lebih kukuh dan berdaya maju. Bersama- sama, kita boleh menjadikan gerakan koperasi sebagai model ekonomi yang unggul dan dihormati di peringkat global.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
Selamat Tahun Baharu 2025
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease