4
AKKS: Platform ANGKASA Rai Kecemerlangan Koperasi Sekolah
Anggota Lembaga ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan memukul gong sebagai simbolik perasmian program.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (duduk, tengah) dan barisan tetamu kehormat bergambar bersama penerima anugerah dan hadiah utama.
Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Perniagaan ANGKASA bertajuk 'Menjana Perolehan Koperasi Sekolah'. Majlis penyampaian hadiah khas AKKS pula telah disampaikan kepada pemenang sebagai penghargaan atas usaha gigih dan kreativiti mereka dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Pertandingan Pemantapan Minda Koperasi, Pertandingan Kuiz Murid dan Guru, serta Pertandingan ‘Booth’ Terbaik. Acara cabutan bertuah juga menambah keceriaan majlis dengan pelbagai hadiah menarik. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Pengerusi Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, barisan Anggota Lembaga ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Dato' Haji Mohd Jamil Othman serta barisan Pengerusi ANGKASA Negeri. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Haji Wan Sajiri Wan Hassan, Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Nor Azam Md Salleh, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Shahrizal Mohd Saderi.
ANGKASA melalui Bahagian Sekolah dan Pengajian Tinggi telah menganjurkan Majlis Peluncuran Tahun Koperasi Antarabangsa 2025 dan Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah (AKKS), Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) dan Ikon Muda Koperator Sekolah 2024 sebagai bentuk pengiktirafan kepada koperasi sekolah terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan. Anugerah tersebut yang merupakan acara penting dalam usaha ANGKASA mengiktiraf gerakan koperasi sekolah telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah di Seberang Perai, Pulau Pinang pada 12 Januari 2025. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 10 Januari 2025 itu melibatkan penyertaan seramai 360 pelajar dan guru yang mewakili lebih 300 buah koperasi sekolah di seluruh negara. Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah sekali lagi menjadi pentas unggul bagi koperasi sekolah di seluruh Malaysia mempamerkan kreativiti, inovasi dan semangat keusahawanan pelajar. Acara tersebut berlangsung dengan penuh semangat melibatkan penyertaan daripada pelbagai koperasi sekolah dari seluruh negeri di samping memperlihatkan keupayaan golongan muda dalam menghasilkan produk kreatif yang berdaya saing. AKKS kali ini turut diserikan dengan penganjuran Forum Pembangunan
Forum Pembangunan Perniagaan ANGKASA: Menjana Perolehan Koperasi Sekolah menampilkan Pengerusi ANGKASA Negeri Perak merangkap Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi ANGKASA, Haji Mohamed Shafie Abd. Karim (kiri sekali) sebagai moderator.
Sebahagian daripada tetamu yang hadir.
Pelajar Koperasi SMK Tanjong Melaka Berhad (KOPSERTA) bersama produk koperasi yang terdiri daripada makanan ringan dan aksesori yang dihasilkan.
Dua pelajar dari Koperasi Sekolah Menengah Imtiaz Besut Berhad (Terengganu) mempamerkan kebolehan menulis seni khat.
Wakil pelajar Koperasi SM Ghaffar Baba Masjid Tanah Berhad (Melaka) melakukan pembentangan dalam Pertandingan Produk Kreatif Koperasi Sekolah.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease