WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2025

INFO SEMASA 8

Wadah

JANUARI 2025

Mohon Kecualikan Cukai Modal Berbayar Koperasi untuk Pulangan Lebih Besar kepada Anggota

Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan ketika memberikan ucapan dalam Sambutan 70 Tahun Koperasi Astana Raja Berhad di Rembau, Negeri Sembilan pada 22 Disember 2024.

Oleh: RAHMAT MOHD DID

Kerajaan diseru supaya mengkaji semula cukai modal berbayar koperasi yang ditetapkan pada RM750,000 ke atas bagi membolehkan lebih banyak perolehan koperasi dapat dipulangkan kepada anggotanya. Menurut Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Rembau, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan, tujuan koperasi ditubuhkan adalah untuk memajukan sosioekonomi anggota khususnya di luar bandar. Oleh yang sedemikian, langkah tersebut dilihat wajar dan seiring dengan wawasan kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai jambatan antara kerajaan dengan masyarakat. “Jika cukai ini dapat dikecualikan, maka anggota dapat merasa pulangan dividen yang lebih besar sekali gus memberi impak lebih besar kepada perkembangan gerakan koperasi di negara ini," jelasnya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Sambutan 70 Tahun Koperasi Astana Raja Berhad (KARB) di Rembau, Negeri Sembilan pada 22 Disember 2024. Tambahnya, KARB telah menunjukkan teladan yang baik dalam memajukan sektor perladangan khususnya di luar bandar dan patut dijadikan contoh kepada koperasi-koperasi baharu yang lain. “Saya yakin KARB mampu mengembangkan perniagaan dan terus maju pada masa hadapan seterusnya tergolong dalam kalangan 100 koperasi terbaik di Malaysia,” katanya. Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan, Encik Radiatul Fitri Dollah dalam ucapannya berkata, bukan mudah untuk sesebuah koperasi bertahan dan terus berkembang selepas 70 tahun penubuhannya, namun KARB telah membuktikan bahawa mereka mampu. “Apa yang perlu difokuskan kini adalah untuk terus meningkatkan prestasi hasil tanaman sawit dan jadikan koperasi atau syarikat lain yang lebih besar sebagai rujukan,” ujarnya. Pengerusi KARB, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah yang juga Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan dalam ucapannya berkata, KARB yang ditubuhkan pada 12 April 1954 dianggotai seramai 531 orang serta memiliki 220 ekar ladang sawit. “Kami komited untuk terus memajukan koperasi dari segi perolehan, kerjasama dan menceburkan diri dalam bidang-bidang baharu. Setakat ini, KARB telah tersenarai dalam 350 koperasi terbaik negara dan harapan kami adalah untuk berada di kedudukan 100 terbaik di masa hadapan,” jelasnya. Sebelum itu, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam Sesi Bicara Presiden

YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada mantan Anggota Lembaga Koperasi Astana Raja Berhad, Haji Mohd Idris bin Haji Yusoh (kiri sekali).

Sebahagian daripada tetamu yang hadir.

telah membincangkan tentang kekuatan koperasi dari segi kepenggunaan. “Dengan kekuatan anggota seramai 7.2 juta orang di seluruh negara, gerakan koperasi di Malaysia mempunyai suara yang cukup besar dari segi kepenggunaan dan mampu mencipta pasaran sendiri. "Justeru, koperasi perlu mencari jalan untuk terus berkembang menerusi kerjasama dengan koperasi atau syarikat swasta serta mencipta produk sendiri yang boleh dipasarkan kepada seluruh anggota dan masyarakat, seterusnya memberi pulangan lebih besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Tambahnya lagi, ANGKASA juga sedang berusaha untuk mewujudkan ekosistem dalam semua sektor terutamanya dalam pembekalan barangan keperluan harian. “Sebagai contoh, rantaian pembekalan ayam daripada anak ayam oleh koperasi sehinggalah pemprosesan ayam, penjualan ayam dan pembelian ayam oleh anggota koperasi. Ini merupakan peluang yang boleh direbut oleh semua koperasi yang berminat dan berkemampuan,” ujarnya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kota, YB Tuan Suhaimi Aini.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease