S
JANUARI 2024 JILID: WP06/1
ANGKASACoop
www.angkasa.coop KDN PP19744/02/2023 (035373)
COOP Charity Run 2024 : Promosi Gaya Hidup Sihat Warga Koperasi
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan dan sebahagian peserta Coop Charity Run 2024 bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2024. Turut kelihatan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pendidikan telah menganjurkan program Coop Charity Run 2024 bersama gerakan koperasi dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga koperasi. Wilayah Persekutuan Seramai 700 peserta terdiri daripada koperator koperasi sekolah dan koperasi dewasa menyertai
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
program yang melibatkan dua kategori larian sejauh tujuh kilometer dan tiga kilometer, bertempat di Dataran DBKL, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2024.
ANGKASA melalui ANGKASA Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan
BERSAMBUNG DI MUKA 3
ANGKASA 2
JANUARI 2024
Sidang Pengarang
Presiden • Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Presiden • Dr. Mohd. Azlan Yahya Anggota Lembaga ANGKASA • Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan • Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail • Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa • Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik Panel Penasihat Editorial • Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah • Dato’ Haji A. Aziz Deraman • Datuk Zulkefli Hamzah • Dr. Zaharani Ahmad • Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA)
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA • Dato' Haji Abdullah Haji Jusoh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA (Menjalankan Fungsi Pengurus Besar Kanan Kumpulan Perhubungan Strategik)
Pruf Dan Rekaletak • Datin Hajah Fauziah Zainal Diterbitkan Oleh ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (4630/12.5.71) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya
• Halim Haji Ibrahim Penolong Pengarang (Menanggung Tugas Pengurus) • Nor Azah Abd. Aziz Pengarang • Nadiah Kamarudin • Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz • Rahmat Mohd. Did • Mohamad Zairul Hafiz Sardin • Mohd Idzdihar Nooridzahir Pereka Grafik • Faizatulliza Mohd. Nor
Selangor Darul Ehsan. Seksyen PELANCAR
Muat Turun Aplikasi
Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Perhubungan Strategik E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (253940-X)
Mudah Alih PELANCAR PERCUMA
Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur.
3 ANGKASA
JANUARI 2024
DARI MUKA 1
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berpeluang menyempurnakan Acara Pelepasan ( Flag Off ) dan program turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, Haji Efendee OP Andu,
Pengarah DBKL, Encik Mohd. Muzammer Jamaludin, Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Hajah Sharifah Aminah Syed Mohssain dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Alias Hamzah. Program Coop Charity Run 2024 yang merupakan tahun kedua anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan itu adalah bertujuan
menyokong dasar kerajaan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, program tersebut juga adalah wadah saluran amal di mana hasil kutipan daripada penyertaan disumbangkan kepada Koperasi Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit, Kuala Lumpur dan Madrasah Tahfiz Al- Quran Syazwan Kg. Perwira Jaya, Kuala Lumpur.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Anggota Lembaga ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman memulakan larian bersama peserta Coop Charity Run 2024 .
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan tetamu jemputan bergambar dengan peserta yang menerima hadiah cabutan bertuah berupa basikal.
Sebahagian peserta menyertai larian dan kayuhan basikal sejauh tujuh kilometer dan tiga kilometer.
Dari Meja Presiden
Tahun 2023 telah berlalu begitu pantas dan kini kita telah melangkah ke tahun 2024 sekali gus membuka satu lagi lembaran baharu dalam kehidupan. Seiring dengan pertambahan usia, maka kita perlu lebih bersedia untuk memikul lebih banyak tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan bagi memastikan gerakan koperasi negara terus cemerlang seiring dengan perkembangan semasa yang kian mencabar. Saya merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga koperasi di seluruh negara yang telah memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam melakar pelbagai kejayaan memajukan koperasi masing-masing. Pengiktirafan dan kejayaan yang dikecapi sudah pasti tidak datang bergolek tetapi datang daripada perancangan, kerjasama dan pelaksanaan kerja yang teliti, mantap serta berpegang teguh kepada objektif yang sama.
Saya berharap warga koperasi dapat memainkan peranan dengan penuh tanggungjawab, jujur dan berintegriti serta penuh kesungguhan dan keikhlasan dalam usaha meningkatkan prestasi ekonomi koperasi bagi memperkukuh gerakan koperasi negara.
Akhir kata, saya menyeru seluruh warga koperasi untuk terus bekerja kuat, bersemangat dan komited dalam menjayakan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan ANGKASA untuk melihat gerakan koperasi negara kekal mencipta kejayaan gemilang di persada negara dan antarabangsa. Selamat Tahun Baharu 2024.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO)
ANGKASA 4
JANUARI 2024
24 Pasukan Pengamal Media Sertai Pertandingan Boling Persahabatan Anjuran ANGKASA
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (berdiri, tujuh dari kiri) bersama pengamal media yang menyertai Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya pada 21 Januari 2024.
Oleh NADIAH KAMARUDIN
pertama hingga ke-10 bagi kategori jatuhan pin terbanyak dan wang tunai untuk pemain terbaik (lelaki dan perempuan). PasukandaripadaAstroAwanimunculsebagai johan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,800.00 dan trofi manakala naib johan adalah pasukan Harian Metro yang menerima wang tunai RM1500.00 dan trofi. Tempat ketiga dengan wang tunai RM1,200.00 dan trofi pula dimenangi oleh pasukan TV3. Selain itu, pelbagai hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan berjumlah RM50,000.00 telah diberikan antaranya adalah barangan elektrik, baucar penginapan oleh MyANGKASA Akademi dan Resort Langkawi, baucar RM500.00 oleh MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dan kredit tunai e-dompet MyISCO-Mcash. MAAB turut menyalurkan baucar rebat bernilai RM500.00 untuk setiap peserta yang boleh digunakan untuk produk MyWasiat (rebat RM150.00) dan produk MyHibah / MyAset Pilihan Pasangan (rebat RM350.00). Hadir sama dalam program itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA yang terdiri daripada Dato' Haji Kamarudin Ismail, Dato' Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato' Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato' Haji Mohd Alias Hamzah, Timbalan Pengerusi ANGKASA Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Shafie Idris, Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,
Encik Kamaruddin Mape, Timbalan Pengarang Kumpulan, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Azhari Muhidin, Timbalan Ketua Pengarang Berita BERNAMA, Encik Arul Rajoo Durar Raj dan Pengurus Kanan (Tugas-Tugas Khas) Kumpulan Media Karangkraf, Encik Hashim Anang. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman ANGKASA, Dato' Haji Shaharudin Mohd Sa'ad, Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim, Penasihat Korporat (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin, Penasihat Korporat (Kewangan), Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin, Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Pembangunan Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim. Pertandingan tersebut turut menerima tajaan subsidiari, syarikat bersekutu dan koperasi naungan ANGKASA, iaitu MyANGKASA Holdings Sdn Bhd, MAAB, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., MyISCO Sdn. Bhd., Koperasi Usahawan Industri Asas Tani (KOIAT), Koperasi Pengilang Produk F&B Berhad, Koperasi Sukarelawan Rakyat SelangorBerhad (KRiSS), Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad, One Akasia Solution Sdn. Bhd., Panjang Langkah Sdn. Bhd. dan Cameron Valley.
Seramai 72 peserta yang mewakili 24 pasukan daripada pelbagai agensi media telah menyertai Pertandingan Boling Persahabatan ANGKASA dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya pada 21 Januari 2024. Pertandingan yang menjadi acara tahunan ANGKASA itu diadakan untuk menghargai peranan signifikan disumbangkan oleh rakan media dalam meningkatkan kesedaran umum mengenai usaha dan inisiatif oleh gerakan koperasi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara rakan media yang terlibat adalah BERNAMA, TV3, Sin Chew Media, Utusan Malaysia, The Malaysia Reserve, New Straits Times, Berita Harian, Astro Awani dan Al Hijrah Media Corporation. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, pihaknya sentiasa menghargai usaha media yang menjadi perantara ANGKASA dengan masyarakat. Katanya, ANGKASA berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuh pada masa akan datang melalui aktiviti bersama dalam usaha menyebarluaskan maklumat mengenai koperasi sebagai wadah perjuangan ekonomi yang mapan kepada masyarakat dan negara. Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai dan trofi untuk pemenang tempat
ANGKASA 5
JANUARI 2024
Kerajaan Negeri Pulau Pinang Sokong Usaha ANGKASA Bangunkan Ekonomi Komuniti Melalui Koperasi
Lawatan rasmi barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang ke Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid (tujuh dari kiri) yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah (tujuh dari kanan).
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Dato' Dr. Mohamad berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bersama barisan Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang ke pejabat beliau di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, KOMTAR, Pulau Pinang pada 8 Januari 2024. Selain menyampaikan taklimat mengenai projek yang sedang dijalankan, ANGKASA Negeri Pulau Pinang turut memanfaatkan kunjungan itu untuk meneliti penambahbaikan dalam rancangan jangka panjang ANGKASA. Objektifnya adalah untuk mengangkat imej landskap gerakan koperasi di negeri tersebut, menjadikannya sebuah organisasi yang berteraskan perniagaan terutamanya dalam sektor pertanian dan peruncitan. Sementara itu, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah juga turut mencadangkan kerajaan negeri berkenaan untuk membantu usaha meluaskan bidang peruncitan melalui koperasi kariah masjid agar dapat memberi manfaat sosioekonomi kepada masyarakat khususnya anggota koperasi dan mengurangkan kos sara hidup golongan B40. Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman, barisan JPAN Pulau Pinang serta Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
Kerajaan Pinang menyokong penuh usaha ANGKASA melalui pejabat perhubungannya di negeri tersebut untuk membangunkan projek ekonomi berdaya saing. Negeri Pulau Antara projek dan program ekonomi komuniti yang kini sedang rancak dilaksanakan oleh ANGKASA Negeri Pulau Pinang adalah Projek Inkubator Tanaman Fertigasi Rock Melon, Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) dan Program Pembangunan Wakaf Yayasan ANGKASA dalam usaha pemerkasaan ekonomi melalui koperasi. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri menyokong usaha proaktif ANGKASA dan menyatakan kesudian untuk bekerjasama dalam usaha membangunkan ekonomi rakyat di negeri tersebut melalui gerakan koperasi. "Koperasi adalah wadah penting dalam agenda pembasmian kemiskinan dan dalam hal ini, saya mahu gerakan koperasi sebagai gerakan yang membantu rakyat. Justeru, saya percaya pendekatan melalui koperasi, banyak usaha pemerkasaan ekonomi boleh dibangunkan khususnya bagi mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan,” katanya.
Sesi perbincangan antara ANGKASA Negeri Pulau Pinang dengan YB Dato’ Dr. Mohamad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dan Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (kiri) bergambar bersama YB Dato’ Dr. Mohamad.
ANGKASA 6
JANUARI 2024
Perangi Rasuah: ANGKASA, PAKAR Rancang Kerjasama untuk Memperkasa Tadbir Urus Koperasi
Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya (lima dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Presiden Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR), Dato' Sri Shamshun Baharin (empat dari kiri) semasa Kunjungan Hormat PAKAR di Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 15 Januari 2024.
Oleh WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti, Encik Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak. PAKARtelahdilancarkansecara
ANGKASA bakal menjalin kerjasama strategik dengan Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (PAKAR) dalam memperkasakan tadbir urus koperasi menerusi usaha mendidik dan memberi kefahaman kepada anggota koperasi mengenai kesan dan bahaya rasuah. Pelaksanaan program mengenai kesedaran menyebarluas kefahaman terhadap pencegahan rasuah dan salah guna kuasa menjadi fokus utama kepada kerjasama strategik tersebut khususnya melibatkan penyertaan koperasi kluster besar. Timbalan Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, isu melibatkan tadbir urus dan kepimpinan menjadi inti pati utama dalam pelaksanaan program berkenaan dalam usaha membentuk anggota koperasi dan entiti koperasi untuk memiliki tahap pemahaman dan kesedaran yang tinggi mengenai antirasuah, integriti dan tata kelola yang baik dan berkesan. Beliau berkata, sebagai langkah awal kepada pelaksanaan program kesedaran itu, ANGKASA dan PAKAR bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak lama lagi bagi merealisasikan inisiatif tersebut untuk kepentingan gerakan. Dr. Mohd Azlan berkata demikian ketika menerima Kunjungan Hormat PAKAR di
rasmi oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Azam Baki pada 15 Mac 2023 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan kini beroperasi di Kompleks SPRM Selangor, Shah Alam, Selangor. PAKAR aktif melaksanakan program khidmat nasihat perundingan dan ceramah berkaitan integriti, antirasuah, salahguna kuasa dan tata kelola yang baik. Selain itu, perkhidmatan lain yang ditawarkan adalah persediaan persijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) bagi meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan masyarakat kepada entiti berkenaan. PAKAR merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dibarisi oleh Ahli Jawatankuasa Pusat terdiri daripada bekas Pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) / SPRM . Mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing yang menyokong segala usaha kerajaan dalam pencegahan rasuah serta bertindak sebagai semak imbang kepada kerajaan dan komuniti.
Presiden PAKAR, Dato' Sri Shamshun Baharin.
Ibu Pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 15 Januari 2024. Kunjungan PAKAR yang diketuai Presidennya, Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil turut disertai Setiausaha Agung PAKAR, Tuan Samri Dollah serta barisan Ahli Jawatankuasa Pusat PAKAR, Tuan Dzulkarnain Haseki dan Dato' Shaharudin Mohd Sa'ad. Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim, Ketua Pegawai Kewangan ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim, Pengurus Besar Bahagian Sekretariat, Haji Anuar Bulin, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Haji Ibrahim dan Pengurus Besar Bahagian
KOPERASI SEKOLAH 7
JANUARI 2024
Catat Perolehan RM2 Juta Bukti Koperasi Sekolah Setaraf Koperasi Dewasa Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama para tetamu dan barisan kepimpinan Koperasi KV Tanah Merah Berhad. Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kanan) dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che Isa (tujuh dari kiri) serta Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah (lima dari kiri) dan Pengarah Kolej Vokasional Tanah Merah merangkap Pengerusi Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, Haji Che Asran Md. Amin (tujuh dari kanan).
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Gerakan koperasi sekolah memainkan peranan setaraf dengan koperasi dewasa dalam meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan menjadikan sektor koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi negara. Ini dibuktikan melalui kejayaan Koperasi Kolej Vokasional (KV) Tanah Merah Berhad yang telah merekodkan perolehan melebihi RM2 juta pada tahun 2023. Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kejayaan Koperasi KV Tanah Merah Berhad mencapai perolehan tersebut adalah bukti tekad kesungguhan seluruh anggota dan ALK dalam mencapai matlamat koperasi sepanjang 31 tahun penubuhannya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Pengiktirafan Perolehan RM2 Juta Koperasi Sekolah di kolej berkenaan di Tanah Merah, Kelantan pada 11 Januari 2024. Tambah beliau, adalah penting untuk pelajar memahami bahawa menjadi seorang usahawan berjaya, bukan sahaja keuntungan yang diberikan perhatian, malah koperasi sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kebolehan dan bakat mereka khususnya dalam bidang keusahawanan. “Perolehan ini bukan sekadar angka tetapi cerminan kerja keras anda semua yang telah bersatu hati mengorbankan masa serta tenaga untuk memastikan Koperasi KV Tanah Merah Berhad menjadi perintis dalam mentransformasikan koperasi sekolah setaraf dengan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi dewasa. Selain itu, dengan angka keanggotaan koperasi sekolah yang memberangsangkan, saya percaya koperasi sekolah juga mampu membantu kerajaan menangani isu yang berkaitan dengan kepenggunaan. Contohnya, penjualan barang keperluan pada harga yang berpatutan dengan bekalan terjamin melalui Projek Barangan Asas 100 (BA100),” jelas beliau. Katanya, koperasi sekolah pada hari ini, bukan sahaja sekadar menerapkan prinsip dan jati diri koperasi, malah juga menjadi sebahagian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan kokurikulum sekolah sebagai nadi utama mencorakkan generasi akan datang melalui sistem pendidikan yang menekankan nilai-nilai
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah menurunkan tanda tangan pada plak Coop Trade Centre KV Tanah Merah Berhad.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah berbual bersama tenaga pengajar ketika mengadakan kunjungan ke Coop Trade Centre.
Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengarah KV Tanah Merah merangkap Pengerusi Koperasi KV Tanah Merah Berhad, Haji Che Asran Md. Amin dan Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Murid KV Tanah Merah, Encik Khairul Anuar Ramlan.
kemanusiaan. Perkara itu juga bukan sahaja kaya budaya ilmunya, malah juga tinggi sahsiah dan adab dalam membentuk generasi MADANI. Hadir sama dalam majlis itu ialah Anggota Lembaga ANGKASA, iaitu Dato' Haji Kamarudin Ismail dan Dato' Haji Che Mohd Shukree Che
ANGKASA 8
JANUARI 2024
MyANGKASA Villa Bina 3,000 Unit Rumah Bernilai RM450 Juta Tahun 2024
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa di Kampung Mahligai, Bachok, Kelantan. Turut kelihatan ialah Anggota Lembaga ANGKASA Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (dua dari kanan) serta Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA), Dato’ Dr. Haji Mohamed Saat Ismail (empat dari kanan), Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah (tiga dari kiri) dan Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB), Datuk Ir. Haji Shukri Muslim (dua dari kiri).
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Ismail yang juga Anggota Lembaga ANGKASA dan Datuk Ir. Haji Shukri Muslim serta Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Dato' Sr. Dr. Haji Kamarul Rashdan Salleh. Melalui projek berkenaan, sebagai permulaan MBSB akan membina sebanyak tujuh unit MyANGKASA Villa sekali gus menjadikan koperasi sebagai instrumen penting dalam mengorak langkah untuk menyediakan rumah mampu milik untuk anggota koperasi seterusnya diperluas kepada rakyat di negara ini. MBSB kini bergerak pantas dengan mengadakan taklimat MyANGKASA Villa kepada generasi kedua di FELDA Sungai Mas, Pengerang, Johor dan FELDA Keratong 5, Rompin, Pahang dan beberapa lokasi lain melalui Program 'MyVilla Jelajah FELDA' di seluruh negara. Selain itu, MBSB juga berhasrat untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pembeli rumah yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan generasi kedua FELDA melalui skim perumahan `COOP HOME’. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah, Pengerusi COOPUSMA, Dato’ Dr. Haji Mohamed Saat Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Encik Halim Haji Ibrahim.
ANGKASA melalui subsidiarinya, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (MBSB) menyasarkan untuk membina sejumlah 3,000 unit rumah mampu milik kepada anggota koperasi dengan kos bernilai RM45 juta pada tahun ini. Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyatakan, inisiatif menerusi Projek MyANGKASA Villa tersebut bakal memberi manfaat kepada anggota koperasi dalam kalangan B40 yang masih belum memiliki rumah serta mereka yang menghadapi kesulitan mendapatkan pinjaman kewangan daripada institusi kewangan. Melalui usaha komprehensif itu katanya, anggota koperasi dapat menggapai impian memiliki rumah sendiri seterusnya menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lestari dan makmur. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa milik MBSB dengan kerjasama Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) di Kampung Mahligai, Bachok, Kelantan pada 11 Januari 2024. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi MBSB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, barisan Ahli Lembaga Pengarah MBSB ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin
Sebahagian tetamu yang hadir dalam Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan MyANGKASA Villa.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bersama tetamu melakukan lawatan tapak Projek Perumahan MyANGKASA Villa di Kampung Mahligai.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah bergambar bersama barisan tetamu jemputan.
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 9
JANUARI 2024
ANGKASA Sokong Kolaborasi antara Cambodia Agricultural Cooperative Alliance bersama ASEAN Co-operative Organization
Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Naib Presiden Cambodia Agricultural Cooperative Alliance (CACA), Mr. Dok Luan di Phnom Penh, Kemboja pada 16 Januari 2024. Turut bersama ialah Pengurus Seksyen Malaysian Business Office (MBO), Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Penyelidikan dan Pembangunan ANGKASA, Hajah Wan Azwati Wan Mohamed.
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Dalam usaha untuk memperkukuh ikatan serantau dan mempromosikan industri pertanian yang bersifat kolaboratif, ANGKASA menyokong usaha Cambodia Agricultural Cooperative Alliance (CACA) untuk menjadi ahli ASEAN Co-operative Organization (ACO) serta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh ACO. Presiden ACO merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden CACA, Mr. Dok Luon di Phnom Penh, Kemboja pada 16 Januari 2024. “Kita menggalakkan CACA untuk terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh ACO. Penyertaan ini membuka peluang jaringan, perkongsian pengetahuan dan projek kolaboratif yang dapat memberi manfaat besar kepada landskap pertanian Kemboja dan serantau ASEAN,” katanya. Tambah beliau, langkah tersebut bertujuan untuk membina jambatan kerjasama serta mempromosikan pertukaran pengetahuan dan meningkatkan perbincangan bersama dalam sektor pertanian. “Melalui sinergi itu juga, koperasi dapat bersama-sama mengatasi cabaran, serta
Sesi perbincangan antara Datuk Seri Dr. Abdul Fattah dengan Mr. Dok Luon.
memperkuat dan menyokong pembangunan komuniti pertanian. Usaha kolaboratif berkenaan tidak hanya memberikan manfaat kepada sektor pertanian di Kemboja, malah memberi
sumbangan yang penting kepada matlamat lebih besar untuk membentuk rangkaian koperasi serantau yang kukuh dan saling terhubung,” jelas beliau.
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 10
Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang RM90 Ribu kepada Tiga Koperasi di Kemboja
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bantuan berkenaan merupakan usaha ANGKASA dalam meningkatkan kelestarian dan pembangunan ekonomi koperasi di luar negara. Tambah beliau, sumbangan itu juga bertujuan untuk membantu menggerakkan perniagaan koperasi supaya dapat menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan pelajar di sekolah mahupun komuniti setempat khususnya umat Islam di sekitar daerah tersebut. “Melalui perniagaan yang diusahakan akan mewujudkan pula peluang pekerjaan. Begitulah bagaimana koperasi dapat memberi sumbangan
besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti,” katanya. Hadir sama dalam majlis ialah Ali Lembaga Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Haji Ahmad Tajudin Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Pelancongan Kemboja, Mohammad Younes, Wakil Mufti Kerajaan Kemboja, H.E Sim Mohd Daud, Wakil Masyarakat KCA Kariah Masjid, Mr. Nhok Nai, Pengerusi Norol Iman High School Cooperative, Ustaz Ashari Saleh, Pengerusi An-Nikmah School Cooperative, Mr. Math Alpy, Pengarah Urusan An-Nikmah School Cooperative, Mr. Him Ismail dan Pengurusan Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Encik Safian Abdul Rahman.
ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM90,000.00 kepada tiga koperasi di Kemboja. Tiga koperasi tersebut adalah KHPOP Cooperative Association (KCA) Kariah Masjid, Norol Iman High School Cooperative dan An-Nikmah School Cooperative. Sumbangan yang merangkumi sebuah kontena, modal permulaan, pengubahsuaian kedai runcit, peralatan kedai seperti peti sejuk beku dan pembelian stok barangan berlangsung dalam majlis yang diadakan di setiap koperasi pada 15 hingga 17 Januari 2024.
Yaya
Delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama penduduk setempat di hadapan kontena yang disumbangkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA kepada KHPOP Cooperative Association (KCA) Kariah Masjid di wilayah Tbong Khmum, Kemboja pada 15 Januari 2024.
Dele
Kedai runcit yang diusahakan oleh KCA Kariah Masjid.
Ketibaan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ke KCA Kariah Ma tersebut.
11
JANUARI 2024
asan Infaq ANGKASA turut menyumbangkan sebuah kontena kepada Norol Iman School Cooperative yang digunakan oleh koperasi itu untuk memulakan perusahaan kedai runcit.
egasi ANGKASA serta tenaga pengajar dan murid An-Nikmah School Cooperative bergambar di hadapan kontena yang disumbangkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA.
asjid disambut oleh kanak-kanak di kawasan
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah beramah mesra bersama penduduk setempat.
PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 12
JANUARI 2024
ANGKASA Kembangkan Pasaran Produk Koperasi ke Sumatera
Oleh NURMURNI WAHAB
ANGKASA telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin Riau) dengan matlamat untuk menggalakkan promosi dan pemasaran produk hasil keluaran koperasi di Malaysia dan Indonesia, serta meningkatkan kerjasama perdagangan antara kedua- dua negara serumpun tersebut. MoU tersebut telah ditandatangani antara Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dengan Ketua KADIN Riau, H Masuri SH di Pekanbaru pada 28 Disember 2023. Dato’ Haji Kamarudin berkata, MoU itu merupakan susulan kunjungan hormat delegasi KADIN bertemu barisan kepimpinan ANGKASA pada 8 Ogos 2023. Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan untuk mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya keusahawanan koperasi. MoU berkenaan turut merangkumi promosi produk 100 Product Champion , mewujudkan kerjasama strategik antara ANGKASA dengan badan pengusaha produk di Riau dan mengenal pasti produk yang berpotensi untuk dipasarkan di Malaysia menerusi Projek Barangan Asas 100 (BA100). Pada 27 Disember 2023, delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Dato’ Haji Kamarudin juga telah melakukan kunjungan hormat kepada Konsul Konsulat Malaysia Pekanbaru, Encik Mohammed Hosnie Shahiran Ismail. Pertemuan itu bertujuan untuk berkongsi peranan masing-masing dan membincangkan inisiatif yang dapat memperkuat hubungan kedua pihak, sekaligus merancang langkah strategik yang akan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi koperasi di kedua-dua negara. Antara produk koperasi di Malaysia yang terlibat dalam industri tersebut adalah Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor Berhad, Koperasi Pembangunan Daerah Petaling Berhad, Koperasi Pekebun Kecil Daerah Batu Pahat Berhad dan Koperasi Usaha Anak FELDA Berhad. Hadir sama dalam lawatan ANGKASA ke Pekanbaru ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid, Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Ahmad Marzuki Ismail. Penolong Pengurus Seksyen Pemborongan dan Peruncitan Bahagian Peneraju ANGKASA
Anggota Lembaga ANGKASA, Dato' Haji Kamarudin Ismail mengunjungi gerai yang mempamerkan produk keluaran koperasi di Malaysia dan Indonesia.
Dato' Haji Kamarudin Ismail menyampaikan cenderamata kepada Konsul Konsulat Malaysia Pekanbaru, Encik Mohammed Hosnie Shahiran Ismail semasa kunjungan hormat di pejabat beliau pada 27 Disember 2023. Turut kelihatan ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abd. Hamid (kanan sekali) , Pengerusi ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman (dua dari kiri) dan Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan dan Pembangunan Keusahawanan ANGKASA, Haji Ahmad Marzuki Ismail (kiri sekali)
Dato' Haji Kamarudin Ismail (tiga dari kanan) bersama delegasi koperasi daripada Malaysia yang mengikuti lawatan ke Pekanbaru, Indonesia pada 28 Disember 2023.
ANGKASA 13
JANUARI 2024
Melangkah Bersama IKMa: Sedekad dalam Dunia Penerbitan
Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR
Dalam dinamika sektor koperasi di Malaysia, bidang penerbitan memainkan peranan signifikan, memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan dan penyebaran ilmu serta informasi terkini berkaitan koperasi agar dapat disebarkan secara berterusan kepada gerakan koperasi serta masyarakat umum. Penekanan terhadap bahan penerbitan untuk koperasi bermula kerana terdapat permintaan tinggi daripada para koperator, penyelidik tempatan dan masyarakat yang memerlukan informasi mengenai gerakan koperasi dalam dan luar negara. Sebagai satu-satunya pusat pendidikan dan latihan koperasi di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) giat menerbitkan bahan rujukan dan bacaan berkaitan koperasi serta menjadi rujukan utama penyelidik tempatan dan antarabangsa. Usaha itu selaras dengan fungsi IKMa sebagaimana yang termaktub dalam Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968, Akta 1589, di bawah Seksyen 4 (b), iaitu mencetak atau menerbitkan bahan penerbitan berkaitan koperasi. Oleh itu, penerbitan majalah IKMa tidak hanya terhad kepada para koperator malah juga menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan pendedahan tentang koperasi melalui bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh institut tersebut. Penerbitan di IKMa bermula sejak penubuhannya pada tahun 1956, dengan bahan terbitan awal seperti laporan tahunan dan prospektus ditulis sendiri oleh YBhg. Dato’ Abd Majid Haji Mohamed, yang menjadi Pengetua Maktab Bekerja Sama- Sama Malaya (nama rasmi IKMa ketika awal penubuhannya). Pada sekitar tahun 70-an, penerbitan IKMa semakin berkembang melalui penerbitan majalah Ilham yang berkonsepkan buletin. Kemudian, pada tahun 1984, majalah Ilham telah diberi nafas baru dan dijenamakan semula kepada Berita Maktab Kerjasama Malaysia (Berita MKM) yang diterbitkan setiap suku tahun bermula Januari 1984 sehingga 1999. Majalah tersebut memaparkan aktiviti MKM ketika itu seperti seminar, program luar, aktiviti koperasi, informasi
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hamidah Mohd Jos (tiga dari kiri) bersama kakitangan Unit Penerbitan iaitu Puan Wan Nur Ain (kiri sekali), Puan Zaharatul Laili (dua dari kiri), Puan Sharepah (dua dari kanan) dan Encik Norhisyam (kanan sekali).
Sesi perbincangan antara Encik Mohd Zaib dan Puan Hamidah bersama dengan kakitangan Unit Penerbitan.
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensi di bawah KUSKOP, ANGKASA, Perpustakaan Negara Malaysia dan agensi lain. Di samping itu, pengedaran juga akan dilakukan melalui latihan, bengkel, seminar dan program lain yang dianjurkan oleh IKMa. Selain daripada pengedaran dalam bentuk salinan cetak, semua bahan penerbitan IKMa turut dimuat naik ke dalam portal IKMa, Facebook Penerbit IKMa, dan portal e-Learning IKMa supaya masyarakat dapat mengakses bahan bacaan secara dalam talian melalui platform itu secara percuma. IKMa juga merancang untuk mendaftar sebagai ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan tujuan memastikan bahawa bahan penerbitan IKMa lebih berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan MAPIM. Selain itu, IKMa berhasrat untuk meningkatkan jumlah bahan terbitan dalam Bahasa Inggeris, bertujuan menyebarkan maklumat tentang koperasi ke peringkat global.PenerbitanIKMadiharapkanmenjadi rujukan utama di Malaysia dan di rantau Asia melalui perpustakaan IKMa yang kini telah memiliki lebih daripada 30,000 buku dalam pelbagai bidang termasuk koperasi.
berkaitan hari koperasi, dan rencana daripada koperator. Pada tahun 2000, Berita MKM kemudiannya ditransformasikan kepada majalah INFO yang memfokuskan aktiviti dalaman IKMa sehingga kini. Majalah Dimensi Koop, yang mula diterbitkan pada tahun 1992, menggunakan format separa ilmiah di mana setiap sumbangan penulisan adalah hasil eksklusif daripada Pegawai Latihan IKMa sendiri. Keunikan Majalah Dimensi Koop terletak pada isu yang merangkumi semua aspek termasuk tadbir urus, kewangan, ekonomi, teknologi maklumat, risiko, sumber manusia, dan pelbagai isu lain yang bukan sahaja relevan malah juga dapat dipraktikkan, sebagai panduan berguna bagi gerakan koperasi di Malaysia.
Majalah DIMENSIKOOP dan INFO terbitan IKMa.
Walaupun majalah tersebut berkonsep separa ilmiah, penggunaan bahasa yang santai dan mudah difahami tetap menarik perhatian lebih banyak pembaca, menjadikannya lebih dapat dijangkau oleh khalayak yang lebih luas. Gerak kerja penyuntingan majalah Dimensi Koop dan Majalah INFO diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Encik Mohd Zaib Mat Yunus bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hamidah Mohd Jos. Kedua-duanya memegang peranan sebagai ketua editor. Sejak tahun 2019, fungsi penerbitan telah diletakkan di bawah Unit Pembangunan Modal Insan yang diketuai oleh Encik Mohd Zaib. Unit berkenaan bertanggungjawab untuk
mengawasi dan mengelola semua bentuk penerbitan IKMa, termasuk buku, majalah, jurnal, monograf penyelidikan, kajian kes, prosiding, dan bahan penerbitan ilmiah berkaitan koperasi. Ini melibatkan kolaborasi dengan Pegawai Latihan IKMa, ahli akademik dari universiti awam dan swasta, agensi, serta pihak berkepentingan dalam gerakan koperasi. Bahan penerbitan IKMa khususnya majalah akan diedarkan kepada setiap zon dan cawangan IKMa, Kementerian
KOPERASI 14
JANUARI 2024
71 Tahun Penuh Dedikasi KPMPB dalam Sektor Hartanah Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad (KPMPB)
Sebahagian daripada projek perumahan Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad (KPMPB) yang dinamakan Le Greene dan Taman Perpaduan Koperasi.
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
kontraktor. Di samping itu, KPMPB mempunyai beberapa buah rumah kedai yang disewakan kepada anggota dan juga bukan anggota serta memberikan pembiayaan kepada anggota. Pada awal tahun 1960-an, koperasi tersebut mula membangunkan sebuah penempatan di atas tanah seluas 105 ekar di Rapat Setia, Ipoh, di mana pembangunannya berlaku dengan pesat. Antara projek besar KPMPB adalah membangunkan projek perumahan iaitu Taman Perpaduan Koperasi berkeluasan 126 ekar di Batu 5, Tambun, Ipoh yang dijalankan secara bersepadu dengan dua koperasi lain, iaitu Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) dan Koperasi Guru Melayu Perak Berhad (KAGUM) pada 2001.
Usaha penempatan perumahan khususnya untuk masyarakat Melayu di negeri Perak telah mendorong beberapa pegawai tinggi di negeri itu untuk mewujudkan sebuah koperasi yang diberi nama, Ipoh Malays Cooperative Housing Society Limited pada 24 April 1953. untuk mewujudkan Setelah 71 tahun ditubuhkan, koperasi tersebut bertukar nama kepada Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad (KPMPB) pada 21 Jun 2019 dan kegiatan utama koperasi adalah sebagai pemaju perumahan sementara subsidiari KPOMPB Bina Sdn. Bhd. berperanan sebagai
Setiausaha KPMPB, Encik Hamzah Abu Hassan.
Perbincangan mengenai projek usahasama antara KPMPB dengan Koperasi Guru Melayu Perak Berhad (KAGUM).
Bangunan KPMPB yang disewakan kepada Kolej Poly-Tech MARA.
KOPERASI 15
JANUARI 2024
Rumah kedai dua tingkat yang menempatkan kedai runcit, kedai gunting rambut dan pusat tuisyen.
Projek yang dibina dalam dua fasa itu adalah atas saranan pihak kerajaan negeri supaya semua kemudahan awam seperti sekolah, masjid, klinik, pengangkutan awam dan sebagainya dapat dibangunkan dalam satu kawasan dan kosnya ditanggung secara bersama oleh tiga koperasi berkenaan. Fasa I melibatkan pembinaan lebih 1,000 unit rumah sementara Fasa II pula membabitkan sebanyak 145 unit rumah. Kediaman yang dibangunkan dalam kedua-dua fasa tersebut merangkumi rumah jenis teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat dan studio serta rumah kedai. KPMPB juga dalam usaha membina sebuah hotel lima tingkat sejak tahun 2016 dengan belanja mencapai RM7 juta, yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2025. Hotel yang sedang dibangunkan oleh koperasi itu menyediakan 83 bilik, empat bilik seminar dan sebuah kafeteria. Selain itu, koperasi juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan lima lot tanah di Titi Tinggi, RTP Padang Besar, Perlis bagi membina rumah banglo, rumah berkembar, teres dan kos rendah. Setiausaha KPMPB, Encik Hamzah Abu Hassan berkata, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang belum diaudit, koperasi tersebut mempunyai keanggotaan seramai 2,478 orang, modal syer anggota berjumlah RM6,575,216.14, aset dan keuntungan masing-masing bernilai RM26,816,185.20 dan RM550,086.04. Katanya, penambahan modal syer dari tahun ke tahun memastikan KPMPB memiliki keupayaan kewangan untuk melaksanakan pelbagai projek tanpa bergantung kepada pinjaman bank. Langkah strategik itu memastikan kestabilan kewangan dan kejayaan jangka panjang koperasi. Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad (KPMPB) Alamat Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Facebook Jumlah keanggotaan Aktiviti No 2, Jalan Jaafar Taha, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 05-3113959 kpmpb1915@yahoo.com 24 April 1953 Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad 2,478 orang • Perumahan • Hartanah • Pelancongan (Perhotelan)
Taman Perpaduan Koperasi satu-satunya projek gabungan KPMPB, KAGUM dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).
Bangunan hotel milik KPMPB yang dijangka mula beroperasi tahun ini.
KOPERASI 16
JANUARI 2024
Perkhidmatan Percetakan Tingkat Pendapatan Koperasi Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB)
Timbalan Pengarah Politeknik Merlimau Melaka, Ts. Zan Aizuwan Abidinizan (tengah) bergambar bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) .
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Kejayaan Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) membentuk budaya keusahawanan melalui penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti peruncitan memberi inspirasi kepada barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas. Koperasi Politeknik Keberanian Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mengembangkan perniagaan kedai percetakan melalui Kedai Koperasi harus dijadikan contoh yang perlu diikuti oleh koperasi lain terutamanya koperasi sekolah. Strategi jualan berkesan menjadi faktor penting kepada kemampuan KPMMB untuk terus memperluas aktiviti perniagaan koperasi seperti mengusahakan kiosk makanan dan minuman, kedai serbaneka, kedai dobi layan diri dan menyediakan perkhidmatan menyewa jubah konvokesyen. Menurut Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Merlimau Melaka, Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin, perniagaan kedai percetakan milik KPMMB memberi sumbangan pendapatan besar sejak diwujudkan pada tahun 2015, iaitu mencapai keuntungan mencecah RM40,000 sehingga September 2023.
Perbincangan antara pengurusan Politeknik Merlimau Melaka dengan barisan Anggota Lembaga KPMMB.
KOPERASI 17
JANUARI 2024
Ahli jawatankuasa bersedia bertugas pada masa yang ditetapkan.
Katanya, perkhidmatan percetakan yang diusahakan KPMMB menunjukkan pencapaian positif dan semakin berkembang sekitar tahun 2018 apabila mendapat perhatian daripada sejumlah kira-kira 3,000 pelajar politeknik termasuk seramai 1,300 pelajar luar kampus kerana kedudukannya yang strategik iaitu berada di perkarangan kampus politeknik. “Perkhidmatan bahan percetakan percetakan digital, fotostat, penjilidan, perkhidmatan laminate disediakan kepada pelajar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat seawal jam 8 pagi hingga 5 petang sekali gus memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. “KPMMB amat menitikberatkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dengan menerapkan idea yang kreatif serta inovatif dalam perniagaan. KPMMB berkeyakinan bahawa koperasi menjadi platform terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan bakat keusahawanan di samping menjadi pusat melahirkan usahawan hebat. Jawatan yang disandang pelajar dalam koperasi juga dilihat menjadi pendorong kepada mereka untuk lebih bersemangat bergelar usahawan hebat dengan menerapkan minda koperasi dalam diri masing-masing,” ujarnya. Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin menyatakan, KPMMB komited dalam memberikan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi kepada warga koperasi melalui sokongan gerak kerja secara berpasukan anggota pelajar dan pekerja yang berpengalaman serta berdedikasi. Beliau berkata, KPMMB merancang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau Melaka untuk mencetak barangan berbentuk cenderamata sebagai sumber baharu dalam meningkatkan pendapatan koperasi. Katanya, sekarang koperasi memiliki dua mesin fotostat, tiga mesin mencetak, dua komputer dan peralatan lain yang membolehkan koperasi mengendalikan pelbagai jenis projek percetakan berskala kecil dan sederhana. Sementara itu, Pengerusi KPMMB, Encik Mohamad Rasyidi bin Yusof berkata, koperasi berazam untuk sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada anggota terutama pelajar, warga kampus dan komuniti setempat. Tambah beliau, koperasi sedang mengorak langkah menceburi sektor hartanah dengan membeli beberapa lot rumah kedai untuk disewakan kepada pelajar kampus yang memerlukan.
Anggota dapat mencetak laporan dengan lebih cepat melalui kemudahan yang disediakan.
Usaha tersebut katanya, adalah sebagai alternatif dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi untuk meningkatkan perolehan koperasi bagi manfaat anggota.
Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad(KPMMB) Alamat
Politeknik Merlimau, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka.
Telefon E-mel
06-263 6687 KPMMBerhad123@gmail.com
Tarikh ditubuhkan
8 Oktober 2002
Facebook Jumlah keanggotaan
Koperasi Politeknik Merlimau 5,015 orang
• Kedai runcit ' coopMART ' • Sewaan jubah untuk istiadat konvokesyen • Kedai percetakan • Stesen bakeri • Kedai dobi • Bekalan peralatan pembelajaran
Aktiviti
Anggota berpeluang membeli pelbagai barangan di ' coopMART ' setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kedai runcit ' coopMART' milik koperasi mendapat sambutan daripada pelajar kampus.
RENCANA 18
JANUARI 2024
Mengintegrasikan Siswa Terokai Keusahawanan Koperasi PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL USAHAWAN KOPERASI MILLENIA INOVATIF
Menyebarkan kelebihan berkoperasi menjadi teras utama badan induk gerakan koperasi nasional atau lebih dikenali sebagai ANGKASA. Peranan ini termaktub dalam manifesto ANGKASA yang berbunyi “… ANGKASA mendukung cita-cita mengembangkan seluas-luasnya masyarakat bercorak kerjasama (koperasi).” Atas dasar ini, ANGKASA telah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk memperkasakan keusahawanan koperasi kepada golongan muda khususnya graduan universiti. Kerjasama ini, telah terjalin sejak tahun 2020 apabila kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Julai 2020 berteraskan matlamat untuk meningkatkan taraf pendidikan, penyelidikan dan pembangunan koperasi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkuat, mempromosi dan mengembangkan kerjasama dalam bidang koperasi, perniagaan, keusahawanan dan kepimpinan atas dasar persamaan dan faedah bersama. Melalui kerjasama ini juga, ANGKASA dan UMK sepakat menubuhkan ANGKASA – UMK Research Academy (AURA) yang berperanan sebagai pusat rujukan kecemerlangan koperasi berteraskan penyelidikan, latihan dan konsultasi. Berteraskan kekuatan kerjasama ini, UMK melalui AURA telah berkolaborasi dengan ANGKASA memperkenalkan pensijilan profesional keusahawanan koperasi buat julung kalinya kepada mahasiswa dan mahasiswi UMK melalui Program Usahawan Koperasi Millenia Inovatif (PUKMi) dalam geran PENJANA KPT-PACE Kementerian Pengajian Tinggi. Golongan muda (belia dan siswa) merupakan antara sasaran utama yang difokuskan kerajaan dan ANGKASA untuk terlibat dan menceburi keusahawanan koperasi. Penglibatan mereka bukan sahaja penting sebagai pelapis kepimpinan koperasi tetapi juga untuk membawa pembaharuan dalam gerakan koperasi khususnya berkaitan teknologi dan pendigitalan bagi memastikan koperasi terus berdaya saing dan mampan. Berdasarkan Indeks Kajian Belia Malaysia 2022 (IBM’22), populasi belia Malaysia (umur antara 15 – 30 tahun) berjumlah 8.90 juta orang daripada 34.69 juta penduduk Malaysia dengan pecahan 4.60 juta (51.70 %) belia lelaki dan 4.30 juta (48.31 %) belia perempuan. Namun, keterlibatan golongan ini dalam koperasi masih rendah. Ini dapat dilihat daripada bilangan koperasi belia dan koperasi siswa yang didaftarkan di negara ini. Justeru mereka ini perlu diperkasakan, ditarik dan diberi pendedahan mahupun kesedaran untuk terlibat dan menyertai keusahawanan koperasi sebagai pilihan utama bagi guna tenaga penuh yang memberi impak yang besar kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. UMK sebagai universiti awam berteraskan keusahawanan mempunyai keupayaan ini. Hal ini kerana UMK juga telah terlibat dalam membangunkan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (EIE) yang menekankan enam fokus utama pembangunan kurikulum program keusahawanan, iaitu asas pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan lanjutan Oleh DR. NOOR RAIHANI ZAINOL Pengarah ANGKASA – UMK Research Academy (AURA)
dan juga bidang perniagaan. Selain itu, UMK juga menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang memperolehi pengiktirafan global daripada Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) sebagai Universiti Keusahawanan. PENJANA KPT-PACE merupakan program peningkatan kemahiran dan pengukuhan kompetensi graduan melalui pensijilan profesional berasaskan kepakaran dan kompetensi mengikut bidang bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Melalui PUKMi, seramai 50 orang graduan UMK telah mendapat latihan keusahawanan koperasi dalam bimbingan ANGKASA sebagai penyedia perkhidmatan dengan kerjasama dan kepakaran UMK, SKM, IKMa dan koperasi-koperasi terpilih. PUKMi yang berlangsung selama sebulan di Kampus Kota, UMK direka khusus untuk mengintegrasikan belia siswa UMK menerokai
keusahawanan dan pengalaman langsung. Sebanyak 12 modul, aktiviti dan ujian psikometrik telah dibangunkan khusus untuk program ini oleh tenaga pakar industri (sektor koperasi) dan akademik mengikut kepakaran masing-masing. Ini bagi memastikan objektif dan tahap kualiti program mencapai sasaran yang ditetapkan. koperasi secara teori Manakala konsep pembelajaran yang diterapkan dalam program ini adalah secara indoor dan outdoor serta pembelajaran kendiri. Pembelajaran dalam kelas selama 10 hari melibatkan dua tahap. Tahap pertama (Reka Bentuk Pemikiran dan Idea Perniagaan) pengisian modul dan aktiviti lebih kepada pengenalan dan kefahaman koperasi, ekosistem dan keusahawanan koperasi, peranan ANGKASA sebagai penggerak keusahawanan koperasi, tadbir urus koperasi, perundangan koperasi, proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.
Koperasi dan Kajian Kes Dijalankan Peserta PUKMi KPT-PACE
Bil.
Koperasi
Kajian Kes
Cooperative Effort: The Idea to Expand the Business and to Maintain the Success of the Cooperative for Two Decades Cultivating a Collaborative Financial Ecosystem: A Method of Empowering Local Communities through the Periodic Loan Offer of Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Bhd. Sustainable Consumption: A Study of Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad of Fering the Best Services to Consumers. Kestabilan Kewangan Kakitangan: Menawarkan Perkhidmatan Kredit sebagai Penyokong Kewangan dan Peranan dalam Pertumbuhan Perniagaan Strengthening Financial Stability: The Level of Community Financial Needs Based on Credit Promotion among Members of the Kelantan Islamic Council Cooperative (MAIK) Revitalizing State Economies: Exploring the Contributions of Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Berhad through Palm Plantation Social Impact Investing: Investigating the Growth and Success of Cooperative Enterprises with Impact-Focused Funding.
1
Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Bhd.
2
Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Bhd.
3
Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd
4
Koperasi Kakitangan KADA Bhd
5
Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan Berhad
6
Koperasi.Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan Bhd.
7
Koperasi Rakyat Kelantan Bhd
Sumber: ANGKASA – UMK Research Academy (AURA), 2023
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease