PENGANTARABANGSAAN KOPERASI 10
Yayasan Infaq ANGKASA Sumbang RM90 Ribu kepada Tiga Koperasi di Kemboja
Oleh MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
Presiden ANGKASA merangkap Pengasas Yayasan Infaq ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, bantuan berkenaan merupakan usaha ANGKASA dalam meningkatkan kelestarian dan pembangunan ekonomi koperasi di luar negara. Tambah beliau, sumbangan itu juga bertujuan untuk membantu menggerakkan perniagaan koperasi supaya dapat menjana pendapatan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan pelajar di sekolah mahupun komuniti setempat khususnya umat Islam di sekitar daerah tersebut. “Melalui perniagaan yang diusahakan akan mewujudkan pula peluang pekerjaan. Begitulah bagaimana koperasi dapat memberi sumbangan
besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti,” katanya. Hadir sama dalam majlis ialah Ali Lembaga Yayasan Infaq ANGKASA, Dato’ Haji Ahmad Tajudin Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Pelancongan Kemboja, Mohammad Younes, Wakil Mufti Kerajaan Kemboja, H.E Sim Mohd Daud, Wakil Masyarakat KCA Kariah Masjid, Mr. Nhok Nai, Pengerusi Norol Iman High School Cooperative, Ustaz Ashari Saleh, Pengerusi An-Nikmah School Cooperative, Mr. Math Alpy, Pengarah Urusan An-Nikmah School Cooperative, Mr. Him Ismail dan Pengurusan Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf, Encik Safian Abdul Rahman.
ANGKASA melalui Yayasan Infaq ANGKASA telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM90,000.00 kepada tiga koperasi di Kemboja. Tiga koperasi tersebut adalah KHPOP Cooperative Association (KCA) Kariah Masjid, Norol Iman High School Cooperative dan An-Nikmah School Cooperative. Sumbangan yang merangkumi sebuah kontena, modal permulaan, pengubahsuaian kedai runcit, peralatan kedai seperti peti sejuk beku dan pembelian stok barangan berlangsung dalam majlis yang diadakan di setiap koperasi pada 15 hingga 17 Januari 2024.
Yaya
Delegasi ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bergambar bersama penduduk setempat di hadapan kontena yang disumbangkan oleh Yayasan Infaq ANGKASA kepada KHPOP Cooperative Association (KCA) Kariah Masjid di wilayah Tbong Khmum, Kemboja pada 15 Januari 2024.
Dele
Kedai runcit yang diusahakan oleh KCA Kariah Masjid.
Ketibaan Datuk Seri Dr. Abdul Fattah ke KCA Kariah Ma tersebut.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease