WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

ANGKASA 13

JANUARI 2024

Melangkah Bersama IKMa: Sedekad dalam Dunia Penerbitan

Oleh MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR

Dalam dinamika sektor koperasi di Malaysia, bidang penerbitan memainkan peranan signifikan, memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan dan penyebaran ilmu serta informasi terkini berkaitan koperasi agar dapat disebarkan secara berterusan kepada gerakan koperasi serta masyarakat umum. Penekanan terhadap bahan penerbitan untuk koperasi bermula kerana terdapat permintaan tinggi daripada para koperator, penyelidik tempatan dan masyarakat yang memerlukan informasi mengenai gerakan koperasi dalam dan luar negara. Sebagai satu-satunya pusat pendidikan dan latihan koperasi di Malaysia, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) giat menerbitkan bahan rujukan dan bacaan berkaitan koperasi serta menjadi rujukan utama penyelidik tempatan dan antarabangsa. Usaha itu selaras dengan fungsi IKMa sebagaimana yang termaktub dalam Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968, Akta 1589, di bawah Seksyen 4 (b), iaitu mencetak atau menerbitkan bahan penerbitan berkaitan koperasi. Oleh itu, penerbitan majalah IKMa tidak hanya terhad kepada para koperator malah juga menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan pendedahan tentang koperasi melalui bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh institut tersebut. Penerbitan di IKMa bermula sejak penubuhannya pada tahun 1956, dengan bahan terbitan awal seperti laporan tahunan dan prospektus ditulis sendiri oleh YBhg. Dato’ Abd Majid Haji Mohamed, yang menjadi Pengetua Maktab Bekerja Sama- Sama Malaya (nama rasmi IKMa ketika awal penubuhannya). Pada sekitar tahun 70-an, penerbitan IKMa semakin berkembang melalui penerbitan majalah Ilham yang berkonsepkan buletin. Kemudian, pada tahun 1984, majalah Ilham telah diberi nafas baru dan dijenamakan semula kepada Berita Maktab Kerjasama Malaysia (Berita MKM) yang diterbitkan setiap suku tahun bermula Januari 1984 sehingga 1999. Majalah tersebut memaparkan aktiviti MKM ketika itu seperti seminar, program luar, aktiviti koperasi, informasi

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Encik Mohd Zaib Mat Yunus (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hamidah Mohd Jos (tiga dari kiri) bersama kakitangan Unit Penerbitan iaitu Puan Wan Nur Ain (kiri sekali), Puan Zaharatul Laili (dua dari kiri), Puan Sharepah (dua dari kanan) dan Encik Norhisyam (kanan sekali).

Sesi perbincangan antara Encik Mohd Zaib dan Puan Hamidah bersama dengan kakitangan Unit Penerbitan.

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), agensi di bawah KUSKOP, ANGKASA, Perpustakaan Negara Malaysia dan agensi lain. Di samping itu, pengedaran juga akan dilakukan melalui latihan, bengkel, seminar dan program lain yang dianjurkan oleh IKMa. Selain daripada pengedaran dalam bentuk salinan cetak, semua bahan penerbitan IKMa turut dimuat naik ke dalam portal IKMa, Facebook Penerbit IKMa, dan portal e-Learning IKMa supaya masyarakat dapat mengakses bahan bacaan secara dalam talian melalui platform itu secara percuma. IKMa juga merancang untuk mendaftar sebagai ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dengan tujuan memastikan bahawa bahan penerbitan IKMa lebih berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan MAPIM. Selain itu, IKMa berhasrat untuk meningkatkan jumlah bahan terbitan dalam Bahasa Inggeris, bertujuan menyebarkan maklumat tentang koperasi ke peringkat global.PenerbitanIKMadiharapkanmenjadi rujukan utama di Malaysia dan di rantau Asia melalui perpustakaan IKMa yang kini telah memiliki lebih daripada 30,000 buku dalam pelbagai bidang termasuk koperasi.

berkaitan hari koperasi, dan rencana daripada koperator. Pada tahun 2000, Berita MKM kemudiannya ditransformasikan kepada majalah INFO yang memfokuskan aktiviti dalaman IKMa sehingga kini. Majalah Dimensi Koop, yang mula diterbitkan pada tahun 1992, menggunakan format separa ilmiah di mana setiap sumbangan penulisan adalah hasil eksklusif daripada Pegawai Latihan IKMa sendiri. Keunikan Majalah Dimensi Koop terletak pada isu yang merangkumi semua aspek termasuk tadbir urus, kewangan, ekonomi, teknologi maklumat, risiko, sumber manusia, dan pelbagai isu lain yang bukan sahaja relevan malah juga dapat dipraktikkan, sebagai panduan berguna bagi gerakan koperasi di Malaysia.

Majalah DIMENSIKOOP dan INFO terbitan IKMa.

Walaupun majalah tersebut berkonsep separa ilmiah, penggunaan bahasa yang santai dan mudah difahami tetap menarik perhatian lebih banyak pembaca, menjadikannya lebih dapat dijangkau oleh khalayak yang lebih luas. Gerak kerja penyuntingan majalah Dimensi Koop dan Majalah INFO diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan), Encik Mohd Zaib Mat Yunus bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hamidah Mohd Jos. Kedua-duanya memegang peranan sebagai ketua editor. Sejak tahun 2019, fungsi penerbitan telah diletakkan di bawah Unit Pembangunan Modal Insan yang diketuai oleh Encik Mohd Zaib. Unit berkenaan bertanggungjawab untuk

mengawasi dan mengelola semua bentuk penerbitan IKMa, termasuk buku, majalah, jurnal, monograf penyelidikan, kajian kes, prosiding, dan bahan penerbitan ilmiah berkaitan koperasi. Ini melibatkan kolaborasi dengan Pegawai Latihan IKMa, ahli akademik dari universiti awam dan swasta, agensi, serta pihak berkepentingan dalam gerakan koperasi. Bahan penerbitan IKMa khususnya majalah akan diedarkan kepada setiap zon dan cawangan IKMa, Kementerian

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease