WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

KOPERASI 15

JANUARI 2024

Rumah kedai dua tingkat yang menempatkan kedai runcit, kedai gunting rambut dan pusat tuisyen.

Projek yang dibina dalam dua fasa itu adalah atas saranan pihak kerajaan negeri supaya semua kemudahan awam seperti sekolah, masjid, klinik, pengangkutan awam dan sebagainya dapat dibangunkan dalam satu kawasan dan kosnya ditanggung secara bersama oleh tiga koperasi berkenaan. Fasa I melibatkan pembinaan lebih 1,000 unit rumah sementara Fasa II pula membabitkan sebanyak 145 unit rumah. Kediaman yang dibangunkan dalam kedua-dua fasa tersebut merangkumi rumah jenis teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat dan studio serta rumah kedai. KPMPB juga dalam usaha membina sebuah hotel lima tingkat sejak tahun 2016 dengan belanja mencapai RM7 juta, yang dijangka akan disiapkan pada tahun 2025. Hotel yang sedang dibangunkan oleh koperasi itu menyediakan 83 bilik, empat bilik seminar dan sebuah kafeteria. Selain itu, koperasi juga sedang dalam perancangan untuk membangunkan lima lot tanah di Titi Tinggi, RTP Padang Besar, Perlis bagi membina rumah banglo, rumah berkembar, teres dan kos rendah. Setiausaha KPMPB, Encik Hamzah Abu Hassan berkata, untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 yang belum diaudit, koperasi tersebut mempunyai keanggotaan seramai 2,478 orang, modal syer anggota berjumlah RM6,575,216.14, aset dan keuntungan masing-masing bernilai RM26,816,185.20 dan RM550,086.04. Katanya, penambahan modal syer dari tahun ke tahun memastikan KPMPB memiliki keupayaan kewangan untuk melaksanakan pelbagai projek tanpa bergantung kepada pinjaman bank. Langkah strategik itu memastikan kestabilan kewangan dan kejayaan jangka panjang koperasi. Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad (KPMPB) Alamat Telefon E-mel Tarikh ditubuhkan Facebook Jumlah keanggotaan Aktiviti No 2, Jalan Jaafar Taha, Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 05-3113959 kpmpb1915@yahoo.com 24 April 1953 Koperasi Perumahan Melayu Perak Berhad 2,478 orang • Perumahan • Hartanah • Pelancongan (Perhotelan)

Taman Perpaduan Koperasi satu-satunya projek gabungan KPMPB, KAGUM dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM).

Bangunan hotel milik KPMPB yang dijangka mula beroperasi tahun ini.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease