KOPERASI 16
JANUARI 2024
Perkhidmatan Percetakan Tingkat Pendapatan Koperasi Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB)
Timbalan Pengarah Politeknik Merlimau Melaka, Ts. Zan Aizuwan Abidinizan (tengah) bergambar bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) .
Oleh NOR AZAH ABD AZIZ
Kejayaan Merlimau Melaka Berhad (KPMMB) membentuk budaya keusahawanan melalui penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti peruncitan memberi inspirasi kepada barisan kepimpinan dan pengurusan koperasi untuk mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas. Koperasi Politeknik Keberanian Anggota Lembaga Koperasi (ALK) mengembangkan perniagaan kedai percetakan melalui Kedai Koperasi harus dijadikan contoh yang perlu diikuti oleh koperasi lain terutamanya koperasi sekolah. Strategi jualan berkesan menjadi faktor penting kepada kemampuan KPMMB untuk terus memperluas aktiviti perniagaan koperasi seperti mengusahakan kiosk makanan dan minuman, kedai serbaneka, kedai dobi layan diri dan menyediakan perkhidmatan menyewa jubah konvokesyen. Menurut Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Merlimau Melaka, Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin, perniagaan kedai percetakan milik KPMMB memberi sumbangan pendapatan besar sejak diwujudkan pada tahun 2015, iaitu mencapai keuntungan mencecah RM40,000 sehingga September 2023.
Perbincangan antara pengurusan Politeknik Merlimau Melaka dengan barisan Anggota Lembaga KPMMB.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease