WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

KOPERASI 17

JANUARI 2024

Ahli jawatankuasa bersedia bertugas pada masa yang ditetapkan.

Katanya, perkhidmatan percetakan yang diusahakan KPMMB menunjukkan pencapaian positif dan semakin berkembang sekitar tahun 2018 apabila mendapat perhatian daripada sejumlah kira-kira 3,000 pelajar politeknik termasuk seramai 1,300 pelajar luar kampus kerana kedudukannya yang strategik iaitu berada di perkarangan kampus politeknik. “Perkhidmatan bahan percetakan percetakan digital, fotostat, penjilidan, perkhidmatan laminate disediakan kepada pelajar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat seawal jam 8 pagi hingga 5 petang sekali gus memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. “KPMMB amat menitikberatkan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar dengan menerapkan idea yang kreatif serta inovatif dalam perniagaan. KPMMB berkeyakinan bahawa koperasi menjadi platform terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan bakat keusahawanan di samping menjadi pusat melahirkan usahawan hebat. Jawatan yang disandang pelajar dalam koperasi juga dilihat menjadi pendorong kepada mereka untuk lebih bersemangat bergelar usahawan hebat dengan menerapkan minda koperasi dalam diri masing-masing,” ujarnya. Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin menyatakan, KPMMB komited dalam memberikan perkhidmatan percetakan yang berkualiti tinggi kepada warga koperasi melalui sokongan gerak kerja secara berpasukan anggota pelajar dan pekerja yang berpengalaman serta berdedikasi. Beliau berkata, KPMMB merancang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Merlimau Melaka untuk mencetak barangan berbentuk cenderamata sebagai sumber baharu dalam meningkatkan pendapatan koperasi. Katanya, sekarang koperasi memiliki dua mesin fotostat, tiga mesin mencetak, dua komputer dan peralatan lain yang membolehkan koperasi mengendalikan pelbagai jenis projek percetakan berskala kecil dan sederhana. Sementara itu, Pengerusi KPMMB, Encik Mohamad Rasyidi bin Yusof berkata, koperasi berazam untuk sentiasa memberi perkhidmatan terbaik kepada anggota terutama pelajar, warga kampus dan komuniti setempat. Tambah beliau, koperasi sedang mengorak langkah menceburi sektor hartanah dengan membeli beberapa lot rumah kedai untuk disewakan kepada pelajar kampus yang memerlukan.

Anggota dapat mencetak laporan dengan lebih cepat melalui kemudahan yang disediakan.

Usaha tersebut katanya, adalah sebagai alternatif dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi untuk meningkatkan perolehan koperasi bagi manfaat anggota.

Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad(KPMMB) Alamat

Politeknik Merlimau, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka.

Telefon E-mel

06-263 6687 KPMMBerhad123@gmail.com

Tarikh ditubuhkan

8 Oktober 2002

Facebook Jumlah keanggotaan

Koperasi Politeknik Merlimau 5,015 orang

• Kedai runcit ' coopMART ' • Sewaan jubah untuk istiadat konvokesyen • Kedai percetakan • Stesen bakeri • Kedai dobi • Bekalan peralatan pembelajaran

Aktiviti

Anggota berpeluang membeli pelbagai barangan di ' coopMART ' setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kedai runcit ' coopMART' milik koperasi mendapat sambutan daripada pelajar kampus.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease