WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2024

RENCANA 18

JANUARI 2024

Mengintegrasikan Siswa Terokai Keusahawanan Koperasi PROGRAM PENSIJILAN PROFESIONAL USAHAWAN KOPERASI MILLENIA INOVATIF

Menyebarkan kelebihan berkoperasi menjadi teras utama badan induk gerakan koperasi nasional atau lebih dikenali sebagai ANGKASA. Peranan ini termaktub dalam manifesto ANGKASA yang berbunyi “… ANGKASA mendukung cita-cita mengembangkan seluas-luasnya masyarakat bercorak kerjasama (koperasi).” Atas dasar ini, ANGKASA telah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk memperkasakan keusahawanan koperasi kepada golongan muda khususnya graduan universiti. Kerjasama ini, telah terjalin sejak tahun 2020 apabila kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada 17 Julai 2020 berteraskan matlamat untuk meningkatkan taraf pendidikan, penyelidikan dan pembangunan koperasi. Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkuat, mempromosi dan mengembangkan kerjasama dalam bidang koperasi, perniagaan, keusahawanan dan kepimpinan atas dasar persamaan dan faedah bersama. Melalui kerjasama ini juga, ANGKASA dan UMK sepakat menubuhkan ANGKASA – UMK Research Academy (AURA) yang berperanan sebagai pusat rujukan kecemerlangan koperasi berteraskan penyelidikan, latihan dan konsultasi. Berteraskan kekuatan kerjasama ini, UMK melalui AURA telah berkolaborasi dengan ANGKASA memperkenalkan pensijilan profesional keusahawanan koperasi buat julung kalinya kepada mahasiswa dan mahasiswi UMK melalui Program Usahawan Koperasi Millenia Inovatif (PUKMi) dalam geran PENJANA KPT-PACE Kementerian Pengajian Tinggi. Golongan muda (belia dan siswa) merupakan antara sasaran utama yang difokuskan kerajaan dan ANGKASA untuk terlibat dan menceburi keusahawanan koperasi. Penglibatan mereka bukan sahaja penting sebagai pelapis kepimpinan koperasi tetapi juga untuk membawa pembaharuan dalam gerakan koperasi khususnya berkaitan teknologi dan pendigitalan bagi memastikan koperasi terus berdaya saing dan mampan. Berdasarkan Indeks Kajian Belia Malaysia 2022 (IBM’22), populasi belia Malaysia (umur antara 15 – 30 tahun) berjumlah 8.90 juta orang daripada 34.69 juta penduduk Malaysia dengan pecahan 4.60 juta (51.70 %) belia lelaki dan 4.30 juta (48.31 %) belia perempuan. Namun, keterlibatan golongan ini dalam koperasi masih rendah. Ini dapat dilihat daripada bilangan koperasi belia dan koperasi siswa yang didaftarkan di negara ini. Justeru mereka ini perlu diperkasakan, ditarik dan diberi pendedahan mahupun kesedaran untuk terlibat dan menyertai keusahawanan koperasi sebagai pilihan utama bagi guna tenaga penuh yang memberi impak yang besar kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. UMK sebagai universiti awam berteraskan keusahawanan mempunyai keupayaan ini. Hal ini kerana UMK juga telah terlibat dalam membangunkan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi (EIE) yang menekankan enam fokus utama pembangunan kurikulum program keusahawanan, iaitu asas pengetahuan dalam keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan lanjutan Oleh DR. NOOR RAIHANI ZAINOL Pengarah ANGKASA – UMK Research Academy (AURA)

dan juga bidang perniagaan. Selain itu, UMK juga menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang memperolehi pengiktirafan global daripada Accreditation Council For Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) sebagai Universiti Keusahawanan. PENJANA KPT-PACE merupakan program peningkatan kemahiran dan pengukuhan kompetensi graduan melalui pensijilan profesional berasaskan kepakaran dan kompetensi mengikut bidang bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Melalui PUKMi, seramai 50 orang graduan UMK telah mendapat latihan keusahawanan koperasi dalam bimbingan ANGKASA sebagai penyedia perkhidmatan dengan kerjasama dan kepakaran UMK, SKM, IKMa dan koperasi-koperasi terpilih. PUKMi yang berlangsung selama sebulan di Kampus Kota, UMK direka khusus untuk mengintegrasikan belia siswa UMK menerokai

keusahawanan dan pengalaman langsung. Sebanyak 12 modul, aktiviti dan ujian psikometrik telah dibangunkan khusus untuk program ini oleh tenaga pakar industri (sektor koperasi) dan akademik mengikut kepakaran masing-masing. Ini bagi memastikan objektif dan tahap kualiti program mencapai sasaran yang ditetapkan. koperasi secara teori Manakala konsep pembelajaran yang diterapkan dalam program ini adalah secara indoor dan outdoor serta pembelajaran kendiri. Pembelajaran dalam kelas selama 10 hari melibatkan dua tahap. Tahap pertama (Reka Bentuk Pemikiran dan Idea Perniagaan) pengisian modul dan aktiviti lebih kepada pengenalan dan kefahaman koperasi, ekosistem dan keusahawanan koperasi, peranan ANGKASA sebagai penggerak keusahawanan koperasi, tadbir urus koperasi, perundangan koperasi, proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.

Koperasi dan Kajian Kes Dijalankan Peserta PUKMi KPT-PACE

Bil.

Koperasi

Kajian Kes

Cooperative Effort: The Idea to Expand the Business and to Maintain the Success of the Cooperative for Two Decades Cultivating a Collaborative Financial Ecosystem: A Method of Empowering Local Communities through the Periodic Loan Offer of Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Bhd. Sustainable Consumption: A Study of Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad of Fering the Best Services to Consumers. Kestabilan Kewangan Kakitangan: Menawarkan Perkhidmatan Kredit sebagai Penyokong Kewangan dan Peranan dalam Pertumbuhan Perniagaan Strengthening Financial Stability: The Level of Community Financial Needs Based on Credit Promotion among Members of the Kelantan Islamic Council Cooperative (MAIK) Revitalizing State Economies: Exploring the Contributions of Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Berhad through Palm Plantation Social Impact Investing: Investigating the Growth and Success of Cooperative Enterprises with Impact-Focused Funding.

1

Koperasi Kakitangan dan Keluarga Air Kelantan Bhd.

2

Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Bhd.

3

Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd

4

Koperasi Kakitangan KADA Bhd

5

Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan Berhad

6

Koperasi.Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan Bhd.

7

Koperasi Rakyat Kelantan Bhd

Sumber: ANGKASA – UMK Research Academy (AURA), 2023

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease