RENCANA 19
JANUARI 2024
Impak Program PUKMi, PENJANA KPT-PACE
50 peserta dianugerahkan Sijil Profesional Usahawan Koperasi. 50 peserta menjadi anggota Koperasi Mahasiswa UMK Berhad dan diberi modal saham RM50 seorang. Penghasilan kajian mindset keusahawanan dalam kalangan peserta program. Penghasilan 7 kajian kes koperasi yang akan diterbitkan. Peserta mendapat latihan profesional koperasi daripada kepakaran ANGKASA, SKM, IKMa dan UMK. Pengalaman langsung dari koperasi-koperasi besar berjaya di Kelantan melalui sesi lawatan ke koperasi.
Sumber: ANGKASA – UMK Research Academy (AURA), 2023
Selepas pembelajaran secara teori, peserta ditempatkan di koperasi terpilih selama tujuh hari untuk menjalankan kajian kes. Kajian yang dihasilkan perlu dibentangkan di hadapan koperasi dan mentor yang telah dilantik seterusnya dilengkapkan untuk diterbitkan. Melalui kajian kes ini, peserta dapat mempelajari secara langsung pentadbiran, pengurusan, perniagaan dan budaya koperasi. Dari situ, pengalaman ini diharapkan dapat memberi kesedaran tentang kelebihan koperasi sebagai satu bidang keusahawanan ketiga penting selepas sektor awam dan swasta yang boleh diceburi oleh pelajar apabila tamat pengajian nanti. Pada tahap kedua (Penciptaan Teroka Baharu), peserta akan mempelajari modul yang lebih mendalam memfokuskan kepada pemikiran reka bentuk dan idea perniagaan, pembangunan pelan perniagaan, inovasi dan kepintaran pasaran, impak ESG dan keterampilan dan komunikasi dalam perniagaan. Seterusnya, peserta dibawa melawat ke koperasi, syarikat pemula dan perusahaan kecil dan sederhana antaranya, Bosseven Engineering Sdn. Bhd. dan Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.
Antara objektif utama lawatan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang kepelbagaian perniagaan dalam ekonomi hari ini, dan mereka juga dikehendaki membuat perbandingan dengan koperasi yang dikaji daripada segi tadbir urus, perniagaan dan lain-lain. Seterusnya, penemuan itu dibentangkan sekali lagi di hadapan koperasi, syarikat dan mentor pendidikan yang dilantik untuk mendapat maklum balas. Akhirnya, kajian yang telah ditambah baik akan dinilai untuk penerbitan jurnal SCOPUS. Pada akhir program, peserta diraikan dengan pelbagai persembahan kreatif daripada pelajar dan sesi penganugerahan kecemerlangan seperti Peserta Lelaki dan Perempuan Paling Aktif, Kumpulan Terbaik, Kajian Terbaik dan Pembentangan Terbaik dalam majlis penyampaian sijil yang dihadiri oleh pengurusan tertinggi ANGKASA, UMK, SKM dan wakil koperasi dan syarikat yang terlibat. Program ini mencapai objektif yang ditetapkan melalui tinjauan dan soal selidik mindset keusahawanan yang dijalankan sebelum dan selepas program. Hasil dapatan menunjukkan pemikiran keusahawanan koperasi dalam kalangan peserta
telah meningkat daripada 20 peratus (sebelum) kepada 28.5 peratus (selepas) (tahap tinggi 76 % - 100 %) dan 50.5 peratus kepada 67.5 peratus (tahap tinggi (51% - 75%). Hampir keseluruhan peserta menyatakan program ini berkesan dan seharusnya diteruskan lagi. Peserta yang mengikut program ini akan diserapkan secara automatik sebagai anggota Koperasi Mahasiswa UMK Berhad dengan tajaan RM50 bagi setiap peserta daripada geran sebagai modal saham. RUJUKAN Dr. Noor Raihani Zainol, Dr. Mohd Azlan Yahya, 2023, Gerakan Koperasi Era Pandemik: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad: Petaling Jaya. Jubli Emas ANGKASA, Menjulang Aspirasi Koperasi, 2022, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad: Petaling Jaya. ANGKASA-UMK Research Academy (AURA), 2023.
Sumber: ANGKASA – UMK Research Academy (AURA), 2023
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease